Yuna Terharu Bakatnya Dihargai

Yuna Merangkul 3 Anugerah?

Lagu “Penakut” membawa tuah kepada penyanyi dan composer Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna apabila berjaya memenangi dua kategori serta satu anugerah khas di Anugerah Industri Muzik ke-18 (AIM18) yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Berjaya merangkul anugerah untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik dalam Lagu (Wanita) serta Lagu Terbaik menerusi “Penakut”, Yuna pada mulanya tidak yakin bahawa lagu tersebut akan memenangi sebarang anugerah kerana muziknya yang agak berbeza.

“Saya akui pada mulanya bimbang dan tidak yakin “Penakut” akan diterima ramai kerana muziknya yang berlainan dan lirik yang lebih mendalam dan bercorak eksperimental. Saya sememangnya tidak menjangkakan kemenangan ini,” jelas Yuna ketika ditemui selepas AIM18 berlangsung.

Penyanyi kelahiran Alor Star ini turut menerima Anugerah Kembara yang mengiktirafkan pencapaiannya membawa muzik Malaysia ke mata dunia menyatakan rasa teruja dan gembira apabila orang menghargai bakat serta usahanya dalam industri ini.

“Tahun ini merupakan tahun kedua saya di AIM dan saya boleh dikatakan masih lagi baru dalam industri ini. Namun saya gembira kerana usaha saya selama ini dihargai.

“Saya bermula daripada peringkat bawah dan perjalanan saya untuk sampai ke tahap ini sangat sukar. Sudah tentu saya rasa terharu apabila orang ramai menyedari kehadiran saya,” ujar penyanyi berusia 25 tahun ini lagi.

Pada malam AIM18 yang diacarakan oleh AC Mizal dan Zizan Razak, pendatang baru Najwa Mahiaddin turut merangkul dua anugerah iaitu Artis Baru Terbaik dan Lagu Inggeris Tempatan Terbaik menerusi lagu “Got To Go”.

Manakala lagu tema filem “Hikayat Merong Mahawangsa” berjudul “Sedetik Lebih” nyanyian Anuar Zain turut meraih dua anugerah iaitu Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki) dan juga Lagu Pop Terbaik.

Album ratu Jazz Malaysia Dato’ Sheila Majid berjudul “The Malaysian Philharmonic Orchestra Celebrates 25 Years Of Sheila Majid” pula teladinobatkan sebagai Album Terbai

Tinggalkan komen