KANAK-KANAK dan ASTHMA

Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Gejala

Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.

Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.

Diagnosis

Dalam kebanyakan kes doktor boleh membuat diagnosa berasaskan gejala dan tanda-tanda biasa. Pertukaran pantas biasa dalam halangan saluran udara boleh dipastikan dengan penurunan fungsi jantung (pulmonari) selepas bersenam atau menghidu histamina, dan kelegaan setelah menghidu ubat bronkodilator. Kebanyakan orang dengan asma mempunyai alahan; ujian alahan positif menyokong diagnosa asma dan mungkin membantu mengelakkan punca serangan. Ujian lain sebagai contoh x-ray dada mungkin diperlukan untuk memastikan penyakit dada yang lain.

Rawatan

Simptom

Kejadian nafas bersiul dan semput biasanya bertindak balas dengan inhaled bronchodilator yang bertindak dengan menenangkan otot licin (“smooth muscle”) pada dinding bronchi (laluan udara). Kejadian lebih teruk mungkin memerlukan pengambilan singkat steroid ditelan yang memendamkan keradangan dan pembengkakan lapisan pada laluan udara.

bronchodilator dihidu
Short-acting selective beta2-adrenoceptor agonists (ex. albuterol (salbutamol), terbutaline)
Antimuscarinics (ex. ipratropium, oxitropium)
Systemic steroids (ex. prednisone, prednisolone, dexamethasone)
Oxygen to alleviate the hypoxia (but not the asma per se) that is the result of extreme asma attacks.
Jika ketidakhadaman asid (“Acid indigestion -GERD”) merupakan sebahagian dari serangan, ia juga perlu dirawat atau ia akan memulakan proses keradangan semula

Langkah mengelak

Punca seperti haiwan peliharaan dan aspirin perlu dipastikan dan dielakkan. Mereka yang mempunyai simptom asma sepanjang hari biasanya berasa lega dengan ubat penghalang berterusan. Ubat penghalang yang paling berkesan adalah steroid yang dihidu.

Penghidu (inhaler ) kortikosteroid (contohnya flutikasone, budesonide, beclomethasone, mometasone)
Leukotriene antagonis (contohnya montelukast sodium, zafirlukast)
Agonist beta2-adrenoseptor tahan lama (contohnya salmeterol, formoterol)
Penstabil sel Mast (contohnya kromolyn sodium (sodium kromoglykate), nedokromil)
Ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh doktor. Jika serangan asma semakin teruk, jangan tunggu sehingga janji temu seterusnya. Bawa ubat ke mana-mana saja anda pergi. Elakkan daripada menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang yang menghisap rokok. Ambil ubat sebelum anda ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasalah membawa senarai ubat daripada doktor anda.

Advertisements

Umur bukan penghalang cinta Azza & Azlan

2 April, Percintaan yang disulam hampir dua tahun di antara Azza Elite atau nama sebenar Azzarima Zawari, 35, dengan pasangan, Azlan Zulaily yang berusia 25 tahun akhirnya berakhir dengan ikatan perkahwinan pada 1 April yang lepas.

Memilih diijabkabulkan di masjid Bukit Antarabangsa sebagai lokasi untuk hari bersejarah mereka, pasangan raja sehari ini sah diijabkabulkan pada jam 5.30 petang dengan tiga kali lafaz.

“Alhamdullilah, dengan perkahwinan kali kedua ini apa yang saya harapkan agar hubungan ini kekal sehingga ke akhirnya. Tidak lagi mahu kisah yang lalu terjadi kembali. Kami akan sama-sama melayari bahtera ini dengan sebaiknya. Saya bersyukur dipertemukan jodoh dengan Azlan yang pada saya dia merupakan seorang insan yang memahami dan bertanggungjawab. Walaupun perbezaan umur kami agak jauh,”ujar Azza.

Dipetik dari laporan portal hiburan Gua, Azlan yang bekerja sebagai pramugara di syarikat pernerbangan tambang murah Air Asia Berhad, turut bersyukur di atas pernikahan mereka yang telah dirancang sejak dari bulan September tahun lepas berakhir dengan baik. Tambahnya lagi, dia langsung tidak ambil kira perbezaan usia diantaranya dengan isteri, Azza.

“Walaupun perbezaan umur kami jaraknya agak jauh, namun itu langsung tidak menjadi masalah kepada saya. Saya sendiri lupa umur Azza berapa kerana pada saya sama sahaja. Yang membezakannya adalah personaliti seseorang. Janji mereka tahu tugas sebagai suami dan isteri.”

“Tambahan lagi, ikatan kekeluargaan di antara Azza dan anak angkatnya yang kini berusia 7 tahun, Marissa Janna menguatkan lagi niat saya untuk menjadikan Azza sebagai pasangan hidup kerana merasakan Azza mampu menjadi isteri dan juga ibu yang baik dan penyayang kepada anak-anak kami kelak.”

Pasangan ini tampil segak dengan busana tajaan pereka fesyen baru, Syafieq Ayman, dinikahkan oleh jurunikah dan pengurus tadbir Masjid Bukit Antarabangsa, Ustaz Abdul Hakim Abdul Rahman, dengan Azza diwalikan oleh ayahnya Azwari Abdul Aziz walaupun mengalami kesukaran untuk berjalan akibat strok.

Menceritakan detik perkenalan mereka ketika Azza membuat persembahan di pusat membeli- belah Mydin USJ di mana adik Azlan turut membuat persembahan di situ. Tambah Azza lagi, bagi memperingati detik perkenalan mereka, mereka bakal mengadakan majlis resepsi disana pada bulan Mei.

Ditanya tentang lokasi berbulan madu nanti, Azza memberitahu bahawa mereka sudah ada beberapa cadangan destinasi untuk berbulan madu namun masih belum membuat kata putus.

“Kami sudah merancang untuk pergi ke beberapa destinasi yang telah dipilih bersama, namun tempat masih belum diputuskan. Selepas semuanya selesai baru kami fikirkan,” ujarnya.

Tiga selebriti wanita Indonesia murtad

2 April, Kontroversi terbaru yang terjadi di kalangan dunia hiburan Indonesia apabila berita tiga selebriti mereka dikatakan telah menukar agama dalam erti kata lain, murtad tersebar.

Menurut satu sumber, salah seorang daripada selebriti tersebut adalah Pinkan Mambo. Penyanyi yang popular dengan lagu “Kekasih Yang Tak Dianggap” itu sudah dua kali menukar agama, perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh ibunya, Deetje. Deetje yang kecewa dengan tindakan yang dibuat oleh anaknya itu memberitahu bahawa dia belum pernah melihat Pinkan ke gereja, namun dia memberitahu bahawa anaknya itu sudah mula belajar agama lain.

Pinkan atau nama sebenarnya Pinkan Ratnasari Mambo dikatakan telah berubah dengan mendadak sejak kebelakangan ini. Menurut Deetje, dia merasa seperti kehilangan anak namun hanya berserah pada yang maha berkuasa.

“Anak merupakan kurniaan Tuhan dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,”ujar Deetje.

Yang kedua pula adalah selebriti yang terkenal dengan watak Aisha dalam filem “Ayat-Ayat Cinta”, Rianthi Rhiannon Cartwright. Dia turut dikatakan telah menukar ke agama kristian apabila berkahwinan dengan Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan atau lebih dikenali dengan Cas. Perkahwinan mereka dilangsungkan di Gereja Old St Patrick, New York Amerika Syarikat. Berita ini diketahui apabila risalah gereja tersebut tersebar dan memperlihatkan wajah bintang pengacara MTV itu.

Pengurus kepada Rianthi, Adi kemudian dihubungi bagi mengesahkan dakwaan tersebut, namun Adi enggan mengesahkan sebaliknya memberitahu bahawa dia tidak tahu mengenai perkara tersebut dan menjelaskan bahawa dia hanya berhubung dengan Rianthi hanya atas urusan kerja.

Adi mencadangkan agar mendapatkan pengesahan daripada paderi di gereja tersebut namun pihak mereka juga enggan memberi kerjasama.

Selebriti paling terbaru yang didakwa murtad adalah Happy Salmah atau nama sebenarnya Jero Happy Salma Wanasari. Dia dikatakan telah memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan teman lelakinya, Tjokorda Bagus yang berketurunan raja.

Happy yang merupakan seorang model dan pelakon filem dikatakan telah menjalani satu upacara pindah agama Hindu dimana dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani.

Upacara yang diadakan di Villa Ibah, Ubud Indonesia adalah sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara itu adalah antara syarat yang harus dituruti apabila seseorang mahu berkahwin mengikut adat Hindu. Mereka kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan di Puri Saren Kauh, Ubud yang kemudiannya diikuti dengan majlis di Sukabumi.

Happy turut memberitahu bahawa dia tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai status agamanya.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,”kata Happy.

Isu masyarakat Islam di Indonesia, baik lelaki mahupun wanita yang menukar agama lain untuk berkahwin dengan pasangan masing-masing adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana mendakwa ulama berkata ia dibolehkan.

Foto Bogel Kirana Larasati Tersebar?

Baru-baru ini gempar dengan satu lagi foto bogel pelakon dari Indonesia yang telah tersebar meluas di laman web, dan foto bogel tersebut didakwa adalah bintang “Purple Love”, Kirana Larasati.

Walaubagaimanapun, masih ramai orang yakin bahawa gambar tersebut adalah gambar yang telah di “edit” secara digital.

Dalam foto pertama, memperlihatkan seorang wanita sedang berbaring di atas katil tanpa seurat benang, dan foto kedua pula menampakkan wanita tersebut sedang “pose” dalam keadaan separuh bogel dengan menutup payu-daranya dengan rambut.

Satu forum di laman web membincangkan foto yang didakwa milik Kirana itu adalah palsu, dan ramai yang yakin bahawa foto tersebut telah diubah suai.

Salah seorang daripada penulis di forum tersebut juga menyatakan bahawa foto tersebut nampak seperti diubah suai dengan menggunakan ‘Photoshop’ kerana perincian foto disembunyikan menyebabkan ia susah untuk diperinci.

Pada masa sama, pengurus kepada Kirana, Yopie, sekeras-kerasnya menafikan bahawa itu adalah foto Kirana.

“Ia tidak mungkin foto Kirana. Saya kenal dengannya dan dia tidak suka bergambar seperti begitu. Itu bukan gambar dia,” jelas Yopie. – HM

Misteri mistik di sebalik filem ‘Bunohan’

Filem ‘Bunohan’ akan mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 8 Mac 2012. ‘Bunohan’ menjadi sebuah filem yang dinantikan oleh ramai penggiat dan peminat sinema seluruh negara. Filem yang dibarisi oleh para pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Amerul Affendi, Nam Ron dan Husairi Hussien ini diarahkan oleh Dain Said yang juga merupakan pengarah filem kontroversi ‘Dukun’ suatu ketika dulu.

Amerul Affendi depan rumah prop yang menjadi rebutan orang bunian

Seperti filem ‘Dukun’ yang tidak lekang dengan kisah-kisah misteri, filem ‘Bunohan’ ini juga menyimpan beberapa kisah mistik di sepanjang pembikinannya.

Perkara ini diakui dan dikongsi oleh dua pelakonnya Zahiril Adzim dan Amerul Affendi pada satu pertemuan. Ternyata banyak cerita mistiknya melanda penggambaran filem kedua arahan Dain Said ini.“Filem ini paling mencabar di sepanjang karier saya sebagai seorang pelakon. Sebab saya terpaksa berhadapan dengan banyak set penggambaran yang mempunyai seribu kisah mistik. Sangat menakutkan, tapi saya anggap ini sebuah cabaran,” ujar Zahiril Adzim, sebaik ditanya tentang pengalamannya.

Amerul Affendi ketika menceritakan sebuah kejadian di salah satu lokasi berhampiran tasik hijau di Setiu, kelihatan agak resah apabila cuba mengimbas kembali detik penggambaran yang dilaluinya.“Tasik tu memang banyak mistik. Masa tiga orang krew membina pondok untuk tujuan shooting scene saya, Zahiril dan Nam Ron, ada budak kecil yang datang entah dari mana dan berbual dengan mereka tentang hal-hal ghaib di kawasan tu.

Katanya, dah banyak orang yang mati dekat situ. Kemudian bila hampir Maghrib,budak tu masuk ke dalam tasik dan hilang,” cerita Amerul dengan penuh berhati-hati.

“Tapi yang paling cemas, masa hari shooting. Masa tu seorang sahabat saya yang juga bertugas sebagai koreografer bagi aksi Lawi Ayam, nampak banyak makhluk ghaib mengelilingi penjaga konti dan ingin membawanya ke dalam tasik. Setelah berbincang secara ghaib, rupanya masa tu penjaga konti tu dalam keadaan tidak suci. Pada hal, dari awal sudah dimaklumkan oleh sahabat saya syarat-syarat dari ‘penjaga’ tempat tu untuk shooting di situ. Masa tu semua orang rasa lain macam, suasana pun jadi seram sangat-sangat. Tambah pula masa dah hampir Maghrib. Tapi alhamdulillah, setelah sahabat saya terus berbincang dengan makhluk di situ, semua kembali aman dan kami beredar tanpa hal yang buruk berlaku.” sambung Amerul lagi.

Zahiril yang hanya banyak berdiam diri dalam pertemuan itu, kemudiannya menceritakan hal yang berlaku pada hari yang lain di set yang sama, di mana seorang dari krew yang terlibat telah muntah darah sebaik pulang dari lokasi.

“Kecoh juga tempat penginapan kami senja tu. Sampai production terpaksa minta Amerul telefon sahabat yang tahu tentang hal ghaib tu untuk datang. Kebetulan masa tu, sahabat kami tu baru pulang ke KL malam sebelum kejadian. Jadi dia terpaksa datang balik ke Terengganu untuk selesaikan masalah tu. Rupanya krew tu ada mengambil satu cawan purba di kawasan tasik semasa penggambaran,” cerita Zahiril.

Apabila ditanya mengenai kejadian-kejadian mistik lain yang berlaku di sepanjang proses penggambaran filem ini, kedua-dua pelakon berbakat ini mempunyai satu jawapan yang sama, “Banyak”.

Filem ‘Bunohan’ sebelum ini telah menerima pelbagai pengiktirafan di luar negara. Tayangan perdana antarabangsa ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September 2011 dan Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse pada bulan Oktober 2011. Ia juga telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Palm Springs dan tayangan perdana Eropah di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang berprestij pada Januari 2012.

Universal Pictures bertindak sebagai pengedar filem Bunohan di peringkat antarabangsa.Pada 8 Mac 2012 ini, penantian penggemar filem tempatan terhadap kemunculan filem ini di layar perak akan tercapai.

Kejadian Bunian,Jin dan Iblis.

Kalau manusia mengambil masa sembilan bulan 10 hari untuk mengandung dan melahirkan anak ,Jin pula apabila disentuh alat kelamin jin lelaki dan jin perempuan maka jin perempuan itu akan terus mengandung dan melahirkan anak yang terus mukallaf.maka ia berterusan hingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dan paha kiri pasangannya akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telur itu ada 33 pasang benih.Tiap-tipa pasang benih apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri pasangannya akan mengeluarkan benih seperti yang terdahulu.Maka begitulah caranya pembiakan jin dan iblis hingga ke hari kiamat.
Bunian atau orang gahib adalah campuran lelaki atau perempuan jin dengan lelaki atau perempuan manusia. Anak yang terhasil dari percampuran ini dinamakan bunian. Perangai dan tingkah laku dalam beberapa perkara. perkara mengikut manusia dan sebahagiannya lagi mengikut jin.

Jika asal usul manusia Nabi Adam ,asal usul jin pula adalah dari datuk mereka “Jaan” yang sangat beriman dan melahirkan keturunan yang beriman juga. Selepas itu barulah terdapat keturunan Jaan yang kufur.

Asal Kejadian JIN

“Maarij” bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang bercampur antara satu sama lain merah,kuning,hitam dan biru.Sesetengah ulama mengatakan “Al Maarij” ialah api yang sangat terang memiliki suhu yang amat tinggi hingga bercampur antara merah,kuning,hitam dan biru.

Sesetengah pendapat lain mengatakan “Al Maarij” api yang bercampur warnanya dan sama makna dengan “As Samuun” iaitu api yang tidak berasap dan sangat tinggi suhu panasnya.Angin Samuun yang sangat sebati dengan “Al Maarij” itulah Allah SWT jadikan Jaan.

Menurut hadis yang diriwayatkan Ibnu Masaud,angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada 70 bahagian angin Samuun yang sangat panas.

Daripada api yang sangat panas itu Allah jadikan Jin,iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleus-nukleus api.Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa kepadanya,maka jadilah ia seperti yang dikehendaki Allah.Jin juga diberi kelebihan bagi menzahirkan rupa seperti mana yang dikehendaki kecuali rupa Rasullah SAW megikut tahap dan kemampuannya.

Jin juga diperintahkan Allah supaya mengikut syariat Islam.Setelah ditiupkan roh,rupa jin yang sebenarnya hanya diketahui Allah dan Rasulnya.Menurut sesetengah ulama,rupa,tabiat dan kelakuan jin hampir 90% menyamai manusia, namun ada juga yang mengatakan sebaik-baik jin itu adalah sama seperti sejahat-jahat manusia.

Asal campuran kejadian manusia ialah jisim “Kathif” iaitu tanah dan air,Jisim Syafaf campuran api dan angin dan Nurani iaitu akal.roh,nafsu dan hati yang dinamakan “Latifur Rabbaniah” sesuai dengan kejadian sebahagian sebaik-baik kejadian dan “khalifah” di muka bumi.Manakala kejadian Jin pula dari Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan nurani iaitu roh,akal,nafsu dan hati.

Itulah sebagai perkongsian bersama dan yang lebih mengetahui adalah Allah..wassalam.