Bayi digilis lori

KEMAMAN –“Sejak tiga hari lepas Syakir kerap nangis, saya pelik juga sebab dia bukan budak mudah nangis dan waktu bawa pergi pasar minggu dia tiba-tiba muntah.

“Pagi semalam (kelmarin) pula dia makan nasi goreng banyak sangat dan turut ambil nasi dalam pinggan abangnya, kemudian lepas makan dia terus naik ke dalam bakul motosikal abahnya sebelum abahnya sempat naik motor,” luah Zuriah Ismail, 36, mengimbas kembali keletah berlainan anak bongsunya sebelum menerima berita buruk anaknya itu maut digilis lori.

Muhammad Syakir Zufayri Mohd Asri yang manja dipanggil Syakir bakal menyambut ulang tahun kelahiran kedua pada 26 Februari depan maut serta merta di tempat kejadian selepas motosikal yang dinaiki bersama bapanya, Mohd Asri Nawi, 36, dirempuh lori hantu yang sedang mengundur dan tidak sedar akan kehadiran mereka dalam kejadian di Kuari Terengganu Tengah Sdn Bhd, Ibok, Kijal, kelmarin.

Zuriah yang masih lesu kerana terlalu terkejut dengan musibah itu berkata, ketika duduk di dalam bakul motosikal untuk mengikut suaminya keluar ke kawasan kuari Syakir tidak banyak bercakap dan lebih banyak berdiam diri sementara kakak dan abang Syakir, Nor Anis Farhana, 7, dan Muhammad Luqman Rafiqin, 5, tidak ikut.

“Adik jangan tinggal ibu”

Kata ibu tiga anak ini, suaminya ketika itu hanya memakai seluar pendek dan tidak memakai baju kerana hanya mahu pergi sekejap sahaja ke kawasan kuari itu untuk me-ngambil minyak gris kerana mahu membaiki motosikal yang rosak dan dua beranak itu keluar rumah kira-kira jam 8.40 pagi.

“Syakir memang suka mengikut jika abahnya nak ke mana-mana. Saya menerima berita malang kejadian ini selepas dikejutkan dari tidur oleh abang ipar yang datang memberitahu kerana semalam saya demam, namun waktu sampai tempat kejadian orang ramai tak bagi saya lihat dari dekat keadaan anak yang masih berada di bawah tayar belakang lori dan suruh saya balik,” luahnya ketika dikunjungi Sinar Harian di rumah ibunya di Batu 9, Ibok, semalam.
Sejak Syakir baru dilahirkan, Zuriah juga mengakui naluri keibuannya terdetik bahawa anaknya tidak panjang umur tambahan lagi Syakir juga kerap tidak sihat kerana menghidap asma menyebabkannya memiliki fizikal yang kecil dan berat badannya tidak sampai sembilan kilogram.

“Dan saya pernah cakap padanya…adik jangan tinggal ibu…,” kata Zuriah dengan air mata laju mengalir.

Katanya, kehilangan Syakir amat dirasai dan kesedihan tidak dapat diluahkan dengan kata-kata tambahan lagi anaknya itu masih menyusu badan.

Menurutnya, apa yang paling tidak dapat dilupakan karakter anaknya yang agak istimewa iaitu gemar bermain dengan ayam dan kucing berbanding bermain dengan alat permainan serta pandai bercakap dalam loghat Besut seperti memanggil aye (ayam) dan ike (ikan) meskipun suaminya sendiri yang berasal dari Besut loghatnya tidak sepekat itu.

Lihat anak digilis tayar lori

Tragedi menyayat hati itu berlaku tanpa diduga sehingga Mohd Asri yang melihat sendiri Syakir digilis lori dan darah memercik meraung kesedihan sambil cuba mahu mengalihkan anaknya itu yang berada di bawah tayar lori hantu penuh dengan muatan batu kuari.

Bagaimanapun, cubaan Mohd Asri untuk mengalihkan anaknya yang telah kaku untuk dihantar ke hospital dihalang penduduk yang datang memenuhi kawasan kejadian kerana keadaan bayinya itu yang tersepit bersama motosikal di bawah tayar lori itu.

Zuriah berkata, sebelum musibah itu terjadi sebenarnya suaminya sudah mahu pulang ke rumah kerana sudah mengambil minyak tetapi bapa saudaranya, Mohamad Daud, 36, yang bekerja di kuari itu datang ke arah suaminya yang ketika itu berada di atas motosikal kerana mahu bermain dengan Syakir.

Namun, walau Mohamad puas mencuit, Syakir hanya mendiamkan diri sebelum Mohamad dan Mohd Asri terkejut melihat lori mengundur laju ke arah mereka.

“Ketika itu motosikal Honda EX5 yang dinaiki suami saya enjinnya masih hidup tapi walau pedal minyak telah ditekan motosikal tidak bergerak dan dalam keadaan panik itu, suami sempat mencapai tangan Syakir sambil melompat dari motor tapi kata suami yang cerita kejadian itu kepada saya, tangan Syakir licin seperti minyak,” katanya

Bila berpaling lihat anak, Mohd Asri yang sudah jatuh ke depan sedikit hanya mampu melihat percikan darah anaknya.

Akibat musibah itu, kepala bayi malang itu pecah selain patah kaki manakala motosikal yang terpelosok pula terputus dua.

Jenazah Syakir dikebumikan jam 2 petang kelmarin bersebelahan pusara neneknya di Tanah Perkuburan Batu 9.

Otak bertaburan

“Ya Allah Ya Tuhanku apalah salah budak sebesar ini,” itu yang terdetik di hati Safiah Mamat, 71, ketika tersentak melihat Syakir yang juga merupakan cicit saudaranya terpelosok bawah tayar lori.

Ketika tiba di tempat kejadian polis masih lagi belum sampai dan hatinya luluh apabila melihat keadaan otak yang bertaburan sebelum orang ramai kemudian kutip otak dan letakkan dalam plastik.

Sementara itu, kakak Syakir, Nor Anis yang sudah mengerti apa yang berlaku ketika ditanya ke mana adik bongsunya berkata, “Adik tak dok, adik mati”.

http://www.sinarharian.com.my

Advertisements

Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai “bajet pilihan raya umum ke-13”.
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).
“Difahamkan agensi-agensi kerajaan sudah melengkapkan kajian memperkenalkan sistem saraan yang baru, bukan pelarasan tetapi satu sistem yang baru, skim gaji satu lapis yang pernah digunakan sebelum SSB,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Di bawah sistem satu lapis bilangan tangga gaji juga akan ditambah sampai 25 hingga 30 dan kemungkinan lebih dalam gred tertentu.
Minggu lalu, The Malaysia Insider membawa laporan bahawa kerajaan kemungkinan akan menaikkan gaji kakitangan awam dan membayar bonus menerusi bajet kali sebelum menghadapi pilihan raya umum.
Kali terakhir kerajaan meluluskan pelarasan adalah pada 2007 iaitu sehingga 35 peratus dan menaikkan kadar bantuan sara hidup sebanyak 100 peratus.
Bulan lalu, kerajaan membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam. Kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.
Satu sumber berkata, “langkah ini (memperkenalkan sistem saraan baru) juga satu bentuk kenaikan gaji tetapi pelaksanaan menjangkaui kenaikan gaji sebab ia akan membabitkan penyusunan semula skim dan gred.”
“Tindakan paling signifikan ialah memperkenalkan sistem gaji satu peringkat,” kata beliau yang turut merujuk kepada permintaan Cuepacs pada 1995, mendesak kerajaan memperkenalkan semula sistem gaji satu lapis dengan memansuhkan SSB.
Bagaimanapun tuntutan itu tidak dilayan dan kerajaan hanya memberi pelarasan gaji ketika itu.
“Cuepacs juga sebenarnya telah berharap sistem gaji satu lapis akan diperkenalkan semula pada 2002 (ketika SSM diperkenalkan), tetapi tidak menjadi kenyataan.
“Jika ia diperkenalkan semula bermakna ia akan membawa faedah besar kepada kakitangan awam … kenaikan kemungkinan boleh sampai RM300 hingga RM700, bergantung pada skim dan gred masing-masing,” kata sumber itu sambil menambah, maklumat ini benar sehingga semalam dan kemungkinan boleh berubah mengambil kira keadaan ekonomi global dan tempatan.
“Kalau dari segi peratusan, kita boleh katakan kenaikan ini antara lapan hingga 30 peratus, mungkin dalam kes gred tertentu boleh mencapai 40 peratus,” kata sumber itu lagi.
Satu lagi perubahan di bawah sistem saraan baru ini ialah langkah kerajaan menyatukan Kumpulan Sokongan I dan II iaitu perkhidmatan kumpulan rendah di bawah satu grup yang bahawa dikenali sebagai Kumpulan Pelaksana. Nama Kumpulan Pengurusan dan Profesional dijangka akan dikekalkan.
SSM diperkenalkan pada 2002 menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan kakitangan awam.
SSM terdiri daripada sistem gaji tiga lapis dengan kenaikan tahunan secara mendatar, menegak atau melintang dengan masing-masing mempunyai kuota.
Sistem kuota itu yang mencetuskan rasa tidak puas hati dan dakwaan wujud diskriminasi dalam proses penilaian prestasi. Proses penilaian itu kemudian digantikan dengan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan sekali lagi membawa kepada kontroversi.
The Malaysian Insider difahamkan sistem saraan ini, yang mirip dari segi sistem gaji satu lapis yang digunakan sejak negara merdeka sehingga 1991.
Awal bulan ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memberi jaminan bahawa Prospek, sistem baru menggantikan PTK, akan membuka lebih peluang kepada penjawat awam untuk mendapat kenaikan pangkat.
Penjawat awam yang mempunyai kompetensi dan memiliki potensi iaitu melepasi syarat untuk lulus dan melepasi tahap potensi yang telah diukur oleh panel penilai dijamin memperolehi ganjaran.
Prospek yang diperkenalkan Mei lalu hanya akan dilaksanakan sepenuhnya pada 1 Januari ini.
Mei lalu, JPA mengumumkan Prospek sebagai pengganti PTK berkuat kuasa 1 Julai lalu, tidak lagi berasaskan peperiksaan tetapi akan ditentukan oleh panel penilai yang berwibawa.
Ia membabitkan lapan prinsip penilaian baru iaitu falsafah, tujuan, dimensi kompetensi, kaedah penilaian dan pembangunan kompetensi, fleksibiliti, kawalan kualiti, ganjaran dan pencapaian penilaian.

Mamat Nafi Pengaruh Fesyen Tudung Fida

30 Sep – Ekoran perubahan imej kekasihnya yang juga aktres, Fida Ibrahim daripada seorang yang bertudung cantik kini hanya mengenakan serkup kepala ala Dato’ Siti Nurhaliza telah mengundang spekulasi ramai bahawa Fida berubah gara-gara pengaruh negatif semenjak menjalinkan hubungan dengan Mamat Sepah.

Tampil menafikan dakwaan tersebut, Mamat menjelaskan dia tidak ada kaitan mahupun bukan penyebab perubahan imej bertudung yang digayakan Fida sebelum ini.

“Bagi saya kalau Fida bertudung atau tak, saya tak pernah kisah kerana itu adalah fesyen dia yang tidak dipaksa oleh mana-mana pihak dan terlalu peribadi untuk diperkatakan. Bagi saya, apa yang Fida pakai tidak ada sebarang kaitan dengan saya. Jadi kalau Fida nak bertudung atau bertopi, itu adalah haknya,” jelas Mamat ketika ditemui di Rumah Terbuka Astro baru-baru ini.

Tambahnya lagi, “Sebagai teman, saya ada memberi teguran. Saya minta dia memikirkan yang terbaik untuk dirinya. Fikir jika peminat boleh terima fesyen tersebut. Saya jenis yang tidak kisah. Jangan sampai peminat merungut kerana karakter kami berbeza. Saya pakai seluar pendek pun tidak mengapa tetapi dia lahir dalam industri ini dengan bertudung.

“Saya tidak tahu sejauh mana dia menerima teguran saya. Tapi setakat ini saya tak berani nak menyentuh bab pemakaian Fida,” jelas Mamat yang turut kesal apabila ada yang mengatakan imej Fida berubah selepas dia memuat turun foto Fida tanpa memakai tudung baru-baru ini.

Ketika ditanya tentang status hubungan mereka yang dikatakan renggang selepas isu foto tersebut tersebar, Mamat mengakui ia sedikit menjejaskan hubungan mereka dan setakat ini mereka hanya menanti isu ini reda barulah berbincang. Namun hubungan ‘persahabatan’ mereka ini masih diteruskan.

Menurutnya lagi, apa yang berlaku bukan atas kerelaan atau kehendak masing-masing. Malah tidak boleh juga menuding jari menyalahkan mana-mana pihak.

“Saya berani bersumpah insiden tersebut memang tidak disengajakan. Saya seorang yang rabun dan tak perasan langsung gambar tersebut sehinggalah kakak saya meminta saya periksa Facebook semula kerana ada sesuatu yang tak elok dalam album tersebut. Apabila sudah sedar, saya terus padam. Sayangnya beberapa blog terlebih dahulu telah memuat turun gambar tersebut,” akhiri Mamat yang bakal menjalani penggambaran drama 13 episod, “Superlawak FC” untuk Astro Warna tidak lama lagi selain penggambaran “Sepah The Movie” pertengahan Oktober nanti di Johor Bahru.

ADIK ROGOL KAKAK….

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook1094KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar adik setan kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.

Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung benih adiknya.

Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak.

Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.

Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.

Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui, kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad baru-baru ini.

Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.

Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.

Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol, katanya.

Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.

Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.

Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya, katanya.

Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.

Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.

Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun takkan mengubah apa yang berlaku, katanya.

Yanti berkata, adiknya seperti tiada perasaan kerana seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.

Depan ibu dan ayah, dia menunjukkan rasa bersalah dan meminta maaf, tetapi dengan saya, dia buat seolah-olah tiada apa berlaku.

Hubungan saya dengan dia sebelum ini biasa saja, tetapi tidaklah rapat sangat. Mungkin kerana masih terlalu mentah, dia seperti tidak rasa bersalah, katanya.

Menurut Yanti, sukar untuk dia memberitahu punca mengapa adiknya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pada usia semuda itu, adik memang nakal. Bercampur dengan mat rempit dan kadangkala ponteng sekolah.

Barangkali kerana pengaruh rakan, adik jadi lebih tahu mengenai hal berkaitan seks sehingga dia terdorong untuk mencuba. Namun saya langsung tidak menyangka adik sanggup merogol saya, katanya.

Yanti memberitahu, selepas disahkan hamil, ibu bapa terpaksa menyembunyikannya di rumah seorang saudara mereka sebelum dihantar ke sebuah rumah perlindungan.

Saya akan ada di sini (rumah perlindungan) sehingga bayi yang dikandung lahir. Selepas itu saya akan menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat.

Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru. Saya mahu bersekolah semula dan belajar seperti rakan seusia yang lain, katanya.

Ditanya adakah dia memaafkan perbuatan adiknya, Yanti berkata: Mulanya memang saya bencikannya, tetapi lama kelamaan saya terima hakikat. Dia bukan orang lain… dia adik saya.

Saya harap dia menyesali perbuatannya. Perkhabaran terkini yang saya dengar daripada ibu dan ayah, adik kini bersekolah di sekolah pondok. Semoga ilmu diperoleh menjadikannya adik yang soleh, katanya

Lindsay Lohan, Philipp Plein Semakin Intim

Lindsay Lohan dan Philipp Phein

HUBUNGAN profesional antara aktres Lindsay Lohan dan pereka fesyen, Philipp Plein seperti sudah beralih kepada hubungan romantis pula.

Baru-baru ini Lohan dan Plein dilihat sedang bercium sebelum makan malam di Milan, Itali, manakala pengawal peribadi Lohan mengelilingi mereka agar tidak diambil gambar oleh paparazi.

Ketika menikmati makanan segera, piza bersama air mineral, kedua-dua mereka tampak begitu mesra dan saling bermanja walaupun baru sahaja berjumpa pada Jumaat lalu dalam sebuah acara persembahan fesyen.

Plein juga sempat memuji Lohan yang mempunyai susuk badan yang menarik, berbakat dan cantik dan pujian itu ternyata bukan kerana hubungan profesionalnya dengan Lohan.

Bagaimanapun, jurucakap Lohan menafikan tentang perhubungan tersebut dan enggan mengulas lanjut tentang hal itu.

Ada Sebab Irma Enggan Hadir Pernikahan Nabil

KUALA LUMPUR: Pelakon Irma Hasmie tidak akan menghadiri majlis pernikahan dan persandingan bekas kekasihnya, Ahmad Nabil Ahmad (Nabil Raja Lawak) yang akan bernikah dengan Nazirah Ayub, Jumaat (hari ini), demi menghormati hari bahagia pelawak itu.

Irma berkata, dia bimbang sekiranya dia hadir, akan timbul perasaan tidak selesa kedua-dua pengantin atau akan menyinggung perasaan keluarga mereka.

“Saya sudah buat keputusan tidak akan hadir pada majlis itu. Lagipun saya tidak menerima kad jemputan perkahwinan daripada Nabil,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis resepsi persandingan Memey Suhaiza dan Norman Hakim di Hotel Crowne Plaza di sini, malam Khamis.

Nabil dan Nazirah akan bernikah selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya dekat sini, Jumaat sementara majlis resepsi persandingan pula akan diadakan di I-City Shah Alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.

Kata Irma, Nabil ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk memaklumkan majlis berkenaan tetapi atas perbincangan dan persetujuan bersama, adalah lebih baik dia tidak muncul pada kedua-dua majlis itu.

Jelas Irma, sebagai seorang selebriti, dia bimbang kehadirannya nanti menimbulkan macam-macam persepsi selain takut diserbui pihak media untuk meminta pendapat mengenai perkahwinan berkenaan. Ditanya adakah dia menyimpan perasaan dendam terhadap pelakon lelaki itu, Irma berkata dia sudah melupakan peristiwa yang penah beliau di antara mereka selama ini.

Malah Irma juga berkata hatinya semakin tenang selain mendoakan agar perkahwinan berkenaan berjalan dengan baik.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Nabil dan Nazirah. Mudah-mudahan perkahwinan mereka diberkati Allah,” katanya.

Dalam perkembangan lain kata Irma selepas melalukan perubahan dengan mengenakan tudung, tawaran berlakon terhadapnya semakin bertambah.

Jimmy Shanley Teruskan Kes Nusyuz Terhadap Isteri

SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh,25, pada Khamis, membuat keputusan untuk meneruskan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy,32.

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus pada prosiding sebutan semula kes yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Menurut Mohd Noor Aizan, pihaknya juga telah memfailkan jawapan kepada pembelaan yang difailkan oleh Nursuhaila, pada prosiding terdahulu.

Jimmy, yang mengendalikan program ‘Gala TV Plus’ seterusnya memberitahu, dia juga telah memasukkan pelbagai bukti setebal 100 halaman termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga rakaman video dan audio yang akan dikemukakan pada perbicaraan tersebut.

Pada prosiding itu, Hakim Syarie Shaharuddin Selamat turut menegur Jimmy apabila dia mengatakan ‘lakonan’ isterinya semakin menjadi-jadi selepas berpantang.

Shaharuddin: Kamu juga seorang pelakon?

Jimmy: Ya.

Shaharuddin: Kamu jangan berlakon di dalam mahkamah saya.

Pengacara itu seterusnya memohon agar mahkamah dapat memberikan tarikh perbicaraan segera dan Shaharuddin menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh pendengaran permohonan tersebut.

Sementara itu, semasa ditemui di luar mahkamah, Jimmy memberitahu dia memilih untuk berdiam diri selepas Nursuhaila membuat kenyataan media yang mendakwa keretakan rumah tangga mereka disebabkan oleh sikapnya yang pernah memukul dan terlalu mengongkong.

“Saya mendiamkan diri kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Tetapi saya mengumpulkan semua bukti yang akan dikemukakan di mahkamah kelak,” tambahnya.

Jimmy dan Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya tersebut bernikah di rumah kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dekat sini pada 1 Oktober 2010.

Ketika itu, Nursuhaila menerima wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahirnya pada 31 Januari 1986.

Bagaimanapun, pasangan itu hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari menyebabkan Jimmy memfailkan permohonan menuntut Nursuhaila agar kembali taat pada 3 Januari lalu manakala permohonan nusyuz difailkan pada 27 Januari lalu.

Bagaimanapun, pada 15 Julai lalu, Jimmy memberitahu dia sedang berkira-kira sama ada mahu meneruskan kes itu atau tidak selepas dimaklumkan Nursuhaila bersedia untuk kembali semula apabila tamat tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka, Zahrah pada 24 Jun lalu.

Nursuhaila pada 25 Julai lalu akhirnya ‘membuka mulut’ mengenai permasalahan rumah tangga mereka dalam sidang media yang diadakan di pejabat syarikat keluarganya di Damansara Damai, dekat sini.

Pada sidang media itu, Nursuhaila mendakwa Jimmy sebagai seorang yang berperangai pelik dan enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan selain pernah dipukul.