Alat Penimbang Bercakap

Ini ialah kali pertama Kassim akan menaiki kapal terbang. Dia tiba
di lapangan terbang lebih awal untuk mengambil peluang
melihat-lihat lapangan terbang.
Penerbangan ke Langkawi akan berlepas kira-kira dua jam lago.
Kesempatan itu diambil oleh Kassim untuk melihat-lihat kedai-kedai
di lapangan terbang itu. Bagai rusa masuk kampung, kassim begitu
ghairah melihat kedai-kedai yang mempamerkan barangan yang belum
pernah dilihatnya selama ini.
Kassim terhenti seketika melihat sebuah alat penimbang. Bukan dia
tidak perna melihat alat penimbang berat badan tetapi alat
penimbang ini ada kelainan. Tertulis ‘Alat Penimbang Bercakap’ di
situ. Kassim begitu tertarik untuk mencuba.
Dia mengeluarkan syiling 50 sen dan berdiri di alat penimbang itu.
Setelag wang syiling dimasukkan, alat penimbang itu mula bercakap.
“Selamat Petang Encik Kassim. Umur anda 35 tahun, berat badan anda
70 Kilogram dan anda akan bertolak ke Langkawi pada pukul 2 petang.
Kassim tersentak mendengar kata-kata alat itu. Semua yang
diperkatakan mengenai dirinya adalah tepat. Kassim benar-benar
pelik dan mula tidak percaya dengan kehebatan alat itu. Dia
mengeluarkan lagi duit syiling 50 sen dan memasukkan duit syiling.
Alat itu bercakap lagi, “Anda masih lagi Encik Kassim. Umur anda 35
tahun, berat badan anda 70 kilogram dan anda akan bertolak ke
Langkawi pada pukul 2 petang.”
Kening Kassim semakin berkerut kerana tidak percaya dengan apa
yang dilihat dan didengarnya. Dia mencuba lagi. Kali ini dia
mengadap ke belakang pula. Kata-kata dari alat penimbang itu tetap
sama, tepat sekali apa yang diperkatakan mengenai diri Kassim.
Kerana masih tidak percaya lagi dan mahu menguji alat penimbang
itu, Kassim pergi ke kedai pakaian wanita. Dia mengenakan pakaian
wanita, menyolek dirinya hingga wajahnya berbeza dari Kassim yang
asal. “Kali ini alat itu tentu tak kenal aku lagi.” Kata Kassim
dalam hati.
Kassim berdiri semula di alat penimbang itu, memasukkan syiling
dan alat penimbang itu mula bercakap, “Anda masih lagi Encik
Kassim. Umur anda 35 tahun, berat badan anda 70 kilogram dan anda
telah terlepas penerbangan ke Langkawi pukul 2 petang.”
Apa Pengajaran Yang Anda Perolehi
1)_____________________________________________________________
2)_____________________________________________________________
3)_____________________________________________________________
4)___________
rujukan buku :khazanah inspirasi oleh azman ching

Advertisements

Moral Dari Cerita Raja Mencari Menantu

Pengajaran pertama – dalam diri manusia tersedia potensi
yang sungguh hebat. Potensi jarang digunakan. Selalunya potensi itu
akan terserlah bila berada dalam tekanan atau tertekan. Manusia
mampu melakukan apa saja jika terpaksa.
Misalnya, jika tiba-tiba anak anda tercampak ke dalam sungai,
dengan serta merta anda akan terjun ke dalam sungai, berusaha
bermati-matian untuk menyelamatkan anak anda. Pada masa itu, semua
potensi dan kehebatan diri anda akan terkeluar pada masa itu kerana
anda berada dalam keadaan terpaksa, tertekan.
Pengajaran kedua-bila anda sudah menceburkan diri dalam satu-satu
bidang dan anda telah memperolehi faedah dan keuntungan, tak
payahlah anda mempersoalkan apa-apa lagi.
Hikmah Inspirasi:
Setiap kejayaan harus diperjuangkan. Bagi mencapai kejayaan, anda
harus ada kemahuan yang berapi-api dan berani menilai diri sendiri
bagi mengatasi kelemahan dan meningkatkan keistimewaan anda.
– Azman Ching
rujukan buku :khazanah inspirasi oleh azman ching

‘Abah.. bagilah balik tangan Ita”………………….isk..isk…isk…

gambar.
Gambar Dinding
‘Abah.. bagilah balik tangan Ita”………………….isk..isk…isk…

Ini
sebuah kisah yang bisa mengundang air mata siapa sahaja yang
membacanya. Kisah ini saya dapat dari seorang rakan melalui e-mail.
Setiap kali membaca kisah nie mesti bergenang air mata. Walaupu manusia
memang sering melakukan kesilapan…mungkin ada kesilapan yang
dilakukan boleh di maafkan atau diperbetulkan semula..dan mungkin juga
ada kesilapan yang dilakukan bakal mengundang kekesalan yang tidak
berpenghujungnya. Kerana itu Allah telah memberi akal kepada setiap
manusia supaya boleh menilai menimbang dan berfikir sebaik-baiknya dalam
melakukan sesuatu samada baik atau sebaliknya..terlajak perahu boleh
diundur..terlajak perbuatan..sesal selamanya…

Kisah Si Kecil Ita…

Suatu
hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat
letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran
tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya….kerana kereta
itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun
melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya
bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan
Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri
kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan
ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu
langsung tak disedari si pembantu rumah. Pulang petang
itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun
dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar,
berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah
terus menjerit, ‘Siapa punya kerja ni?’ Pembantu rumah yang tersentak
dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya
merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan ‘Tak tahu… !”Saya tak tahu Tuan..! ”Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?’ herdik siisteri lagi. Bila
anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari
bilik. Dengan penuh manja dia berkata ‘Ita buat ayahhh.. cantik kan !’
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja. Si
ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya
didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak
yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus
ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula
belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju
dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong,
tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia
sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan
kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa
masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan
penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu,
membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang
tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam
bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air
sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan
harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah
mengadu. ‘Sapukan minyak gamat tu!’ balas tuannya, bapa si anak. Pulang
dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di
bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga
hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si
ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. ‘Ita
demam… ‘ jawap pembantunya ringkas. ‘Bagi minum panadol tu,’ balas
si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk
bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu
rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat,
pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.
‘Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap’ kata majikannya
itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke
klinik.

Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya
serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu
kanak-kanak itu. ‘Tiada pilihan..’ katanya yang
mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana
jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk. ‘Ia
sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke
bawah’ kata doktor.

Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar
mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah
dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan
berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar
menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari
bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak
menangis kesakitan.

Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya
berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian
ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua
menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara
dalam linangan air mata… ‘Abah.. Mama… Ita tak buat
lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah..
sayang mama.’ katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan
rasa.

‘Ita juga sayang Kak Narti..’ katanya memandang
wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu
meraung seperti histeria. Tidak seorang pun yang melihat
suasana itu tidak menangis…. ‘Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat
apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main
macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,’ katanya bertalu-talu.

Bagaikan
gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia
sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat
menahannya..

“Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda….” (,”)(“,)

Orang Tua Dan Keldai

Hari itu, orang tua dan seorang anaknya berhajat untuk menjual
keldai mereka. Mereka berdua pun berjalan melalui dua buah kampung
untuk sampai ke pasar:
Keldai itu dituntun oleh orang tua itu. Anak lelakinya berjalan di
belakang.
Mereka melalui kampung pertama. Ramai orang yang lalu-lalang di
jalan menujuke pasar. Orang tua yang peramah itu memberi salam
orang yang lalu-lalang. Setelah orang tua, keldai dan anak
lelakinya itu berlalu, terdengar mereka mengata orang tua itu,
“Bodoh betul orang tua itu, ada keldai dituntun sahaja. Keldai kan
untuk tunggangan bukan untuk perhiasa.”
Orang tua itu terdengar kata-kata itu lalu dia menunggang keldai
tersebut. Anaknya pula yang menuntut keldai. Tak lama kemudian
terdengar orang yang lalu-lalang berkata, “Ayah yang tak ada kasih
sayang. Adalah patut, dia senang-senang naik keldai, anaknya
berjalan kaki.”
Orang tua itu pun turun dari keldai. Anak lelakinya pula menunggan
keldai . orang tua itu pula menuntut keldai. Mereka sudah hampir
sampai ke kampung kedua.
Tidak lama kemudian terdengar kata-kata, “Lihatlah anak yang
derhaka. Dia bersenang-senangduduk diatas keldai, ayahnya pula
berjalan.” Mendengar kata-kata itu, orang tua tadi pun menunggangi
keldai.
Sampai di kampung kedua, terdengarlah kaya-kata, “Tengoklah
orang-orang yang tidak ada akal. Adakah patut keldai yang lemah
ditunggang oleh dua orang? Orang tua dan anaknya itu pun turun dari
keldai.
Mereka perpandangan antara satu sama lain dan kemudian memikul
keldai itu. Ramai orang yang gelak dan tersenyum-senyum melihat
perbuatan dua beranak itu. “Apa dah jadi? Sepatutnya orang
menunggan keldai, ini dah terbalik, keldai pula mununggang orang.
Ha! Ha! Ha!” mereka mentertawakan orang tua dan anaknya itu.
Sepanjang perjalanan di kampung kedua, orang tua dan anak-snaknya
itu menjadi bahan ketawa.
Orang tua dan anaknya itu kemudian meletakan keldai lalu
menuntunnya semula. Tak lama kemudian terdengar kata-kata, “Bodoh
betul orang tua itu. Ada keldai dituntun saja. Keldai untuk
tunggangan bukan untuk perhiasan…”
Apa pengajaran yang kita perolehi?: