Mati Pucuk

Apakah dia Mati Pucuk?
Tahukah anda apakah tanda-tanda awal mati
pucuk?.
Apabila organ seks lelaki tidak menegang di awal pagi
ketika tuannya masih tidur.
Ia adalah tanda tanda awal mati pucuk.

Bagaimana untuk dia kembali sihat ?. Ia hanya sihat
jika organ kita seperti
buah pinggang, hati, jantung kita sihat. Bagaimana
organ-organ tersebut menjadi
sihat. Hanya apabila mendapat bekalan darah yang mencukupi.

Darah mengandungi oksigen dan zat-zat makanan. Darah
disalurkan melalui
salur darah. Sel-sel akan mati sedikit demi sedikit jika
tidak dapat bekalan darah.
Akhirnya organ-organ akan rosak.

Mengapa darah gagal untuk disalurkan ke zakar, buah
pinggang,
hati, jatung dan lain-lain organ?.

Kerana salur darah kita semakin sempit disebabkan banyak
kolesterol.
Kegagalan zakar untuk mencapai ketegangan atau ereksi,
bukanlah satu penyakit,
tetapi adalah petanda awal atau akibat susulan dari
penyakit seperti Diabetes,
Tekanan Darah Tinggi, Penyakit Jantung.

Perlu diketahui bahawa kandungan kimia di dalam ubat untuk
melegakan
penyakit-penyakit tersebut boleh mengakibatkan LemahTenaga
Batin
dan seterusnya Mati Pucuk

Mati pucuk adalah penyakit yang ditakuti oleh kaum lelaki.
Jangan biarkan ia menjadi lebih parah.

Advertisements

Zakar tak Menegang.
Penyakit Diabetes dan Tekanan Darah Tinggi Boleh Menyempitkan
Saluran Darah Di Zakar.

Saluran darah sempit di zakar menyebabkan ketegangan zakar tidak
dapat bertahan lama.

Bila salur darah sempit darah tidak dapat di bekalkan secukupnya ke
zakar. Maka zakar tidak dapat meneggang. Sumbutan pada salur darah
perlu di bersihkan dengan segera.

Mati Pucuk

Pengenalan
Definisi: Ketidakupayaan dalam memperolehi dan mengekalkan
ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan hubungan seks.

Kajian epidemologi di Malaysia (1997/98) menunjukkan 1.7 juta
lelaki berumur 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk.

Sebab-sebab mati pucuk:

– Masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang
boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis)

– Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan

– Kecederaan pada otak dan saraf tunjang

– Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah

– Kegagalan hati dan buah pinggang

– Penyakit Parkinson

– Angin ahmar

– Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang
berlaku)

– Kesan sampingan ubat-ubatan

Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol,
stres, kegemukan (obesiti)
dan kurang aktiviti fizikal.

Simptom
– Ketidakupayaan untuk memperolehi dan mengekalkan ketegangan

– Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks

– Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi
untuk mencapai kepuasan hubungan seks

Komplikasi

– Kemurungan

– Kebimbangan semasa hubungan

– Masalah perkahwinan

– Rasa rendah diri

– Kualiti hidup rendah / kurang

Rawatan

Rawatan Bukan Ubat

– Mengamalkan cara hidup sihat boleh membantu sesetengah lelaki
dalam masalah ini seperti:

Berhenti Merokok

Mengurangkan berat badan yang berlebihan

Meningkatkan aktiviti fizikal

– Masalah mati pucuk akan bertambah baik jika penyakit diabetes
atau tekanan darah tinggi terkawal.

Rawatan Ubat-ubatan

Ubat-ubatan boleh didapati untuk mengubati mati pucuk dalam bentuk
pil dan suntikan.

Dalam keadaan di mana ubat tidak berkesan atau tidak boleh
digunakan, alat vakum khas dan pembedahan implan mungkin berguna.
(Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum
menggunakan kaedah-kaedah rawatan tersebut)

Pencegahan

– Berhenti Merokok dan pengambilan alkohol

– Pengawalan penyakit darah tinggi dan diabetes secara optima

– Cara hidup yang sihat
Rehabilitasi

– Pengendalian stress.

Lemah Jantung, Lelah dan Darah tinggi.
Tekanan darah tinggi (kadang-kadang dirujuk sebagai “pembunuh
senyap”) harus dipantau selalu .

Jika tidak dikesan atau jika tidak dirawat dengan betul, ia boleh
membawa kepada komplikasi-komplikasi seperti :-

1. Strok – yang berlaku apabila salur darah ke otak disekat,
bocor dan pecah.

2. Jantung – salur darah yang membekalkan otot-otot jantung
disekat sepenuhnya.

3. Kegagalan jantung – jantung tidak dapat mengepam darah
dengan secukupnya.

4. Kerosakan Ginjal.

5. Kerosakan Mata.

Kencing Manis

Tenaga Lemah.
Mata Mula Kabur, Kerap Kencing Waktu Malam, Kencing Tak Lawas,
Mudah Letih adalah Tanda-tanda Awal Kencing Manis.

Memakan Ubat kencing Manis Pada Jangka Masa Yang Lama Di Percayai
Oleh Menyebabkan Mati Pucuk.

[Hubungan+hambar+suami+isteri.jpg]

Kencing Manis Yang Tak Terkawal Boleh Menyebabkan Hubungan Suami
Isteri Dingin.

Apakah bahaya kalau penyakit kencing manis tidak dirawat atau
dikawal dengan baik.

Penyakit ini akan melarat sehingga mendatangkan akibat-akibat buruk
seperti :-

1) Buta

2) Kerosakan buah pinggang

3) Sakit jantung dan penyakit lumpuh

4) Darah tinggi

5) Penyakit saraf

Ini boleh mengakibatkan pesakit hilang deria di bahagian kaki dan
tangan.

Ia tidak dapat merasai sakit, panas dengan itu boleh mencederakan
diri sendiri tanpa disedari

Jangkitan yang menyebabkan Gangrene (tisu-tisu mati) yang boleh
mengakibatkan kehilangan kaki

6)Tidak sedarkan diri

Kalau tidak dirawati dengan serta merta, pesakit boleh maut.

Apa Sebab Sakit Kepala

Apa Sebab Sakit Kepala.
Bila Lemak Melekat Di Dinding Salur Darah Maka Aliran Darah Mula
Tersekat-sekat.
Jantung Terpaksa Berkerja Keras.

Sumbatan pada salur darah Boleh Menyebabkan Salur Darah Mengeras
dan Tidak Kenyal.

Serangan Sakit Jantung Berlaku Dengan Mengejut Dan Boleh Membawa
Maut.

Penyakit tekanan darah tinggi semakin meningkat di Malaysia
sepanjang 10 tahun kebelakangan ini dan kini membabitkan kira-kira
4.8 juta rakyat Malaysia.

Kira-kira 43% rakyat Malaysia yang berumur melebihi 30 tahun
menderita penyakit kronik ini, iaitu peningkatan daripada 33% yang
direkodkan pada tahun 1996.

Tanda dan Gejala

Pengidap Hypertensi/Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami
sebarang gejala

Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak
spesifik seperti sakit kepala atau pening kepala
Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Hypertensi/Tekanan Darah
Tinggi. Selalunya ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang
kepala dan rasa berdenyut (bergantung kepada tahap keterukan
Hypertensi/Tekanan Darah Tinggi)

Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin
telah terlambat.

Kanser Prostat

Kanser Postat.
Kanser Postat Banyak Menyerang Lelaki.

Sumbatan pada salur darah Boleh Menyebabkan Toksik tidak Dapat di
buang dengan Sempurna.

Ketumbuhan kanser prostat :
Kanser ini merebak dari kelanjar; dari beberapa punca didalam
kelenjar, ianya bermula didalam lapisan lemak prostat.

Dari situ ianya merebak ke pundi kencing, saliran kelenjar seminal
dan kelenjar limfa berdekatan. 90% dari sel kanser ini merebak ke
tulang.

Simptom:

1)Kerap kencing dan arus kencing yang perlahan, selalunya pada
waktu malam.

2)Kencing tak puas,

3)Darah atau sperma dalam air kencing .

4)Kalau terdapat sakit-sakit tulang, pinggul atau tulang belakang,
kemungkinan kanser telah melarat.

Batu Karang

Batu Karang.
Suka Tahan Kencing Boleh Menyebabkan Batu Karang.

Kaum Lelaki berumur 25 tahun ke atas dan suka makanan laut terdedah
pada Batu Karang.

Batu Karang Di dalam Buah Pinggang.

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang,
antaranya:

1) Kurang air —

Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi
lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih
mudah mengalami masalah batu karang.

2)Sejarah keluarga atau sendiri —

Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan.
Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko
mengalami masalah sama.

Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih
berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

3)Umur —

kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

4)Jantina —
Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

5)Penyakit tertentu —
Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan
metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul
dalam darah dan membentuk batu karang).

Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah
tinggi juga berisiko mengalami batu karang.

Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia
(kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan
lebih peka menjaga kesihatan.

6)Kesan sampingan ubat —
Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko
pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

7)Pemakanan —
Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti
organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut
bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko
mendapat batu karang.

Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan
bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

8)Kurang bergerak —
Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar
lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad
menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Sakit Gaut

Gaut.
Sakit Gout Boleh Menyerang pada Sendi-sendi kaki.

Kaki Di serang Sakit Gout.

Tanda-tanda dan Komplikasi Sakit Gout

Tanda-Tanda Sakit Gout

Sakit gout biasanya menyerang ibu jari kaki.

Ibu jari yang diserang akan menjadi bengkak kemerahan, panas,
dan mengalami sakit yang ketara.

Serangan sakit gout biasanya berlaku secara tiba-tiba.

Bahagian yang diserang akan menjadi sangat sensitif sehingga
tiupan angin pun boleh membawa kesakitan

Jika tidak dirawat, bengkak tersebut akan berlarutan
berhari-hari sehingga lebih daripada satu minggu.

Kemungkinan besar sakit gout akan menyerang kembali selepas
beberapa minggu atau bulan.

Sakit gout juga boleh menyerang pada sendi-sendi lain seperti
lutut, buku lali, pergelangan tangan dan jari-jari.