Bajet 2012, Meminggirkan golongan OKU.

Seperti yang kita semua tahu, belanjawan 2012 telah pun diumumkan oleh menteri kewangan/perdana menteri pada hari jumaat semalam. Saya ikuti pengunguman pembentangan belanjawan tersebut dari mula hingga akhir kot-kot ada berita yang mengembirakan yang akan diumumkan oleh menteri kewangan/perdana menteri untuk golongan OKU. Tetapi, yang ditunggu tak jua kunjung tiba.
Apa yang golongan OKU amat harap-harapkan ialah akan adanya penambahan bagi semua jenis bantuan yang akan diumumkan oleh menteri kewangan/perdana menteri dalam pembentangan belanjawan petang semalam. Persoalannya di sini ialah:
Apakah menteri kewangan/perdana menteri tidak memahami dan tak peka pada golongan OKU ni? Apakah menteri kewangan/perdana menteri tidak memahami dan tidak peka dengan penderitaan yang dialami golongan OKU ni? Apakah menteri kewangan/perdana menteri merasakan bantuan yang diterima oleh golongan OKU sekarang ini dah lebih dari cukup untuk berdepan dengan kenaikkan harga semua jenis barang-barang keperluan masa kini? Apakah menteri kewangan/perdana menteri sendiri merasakan golongan OKU boleh hidup selesa dengan bantuan yang diberi oleh jabatan masyarakat sebanyak rm100-300 sekarang ini? Apakah menteri kewangan/perdana menteri beranggapan golongan OKU ni bukannya pengundi di negara ini? bukankah golongan OKU juga mempunyai hak yang sama untuk menentukan hala tuju dan masa depan Negara sebagai pengundi? Dan beribu-ribu lagi persoalan yang boleh dibangkitkan.
Mungkin bagi segelintir rakyat beranggapan ini lah bajet yang terbaik untuk mereka. Tetapi bagi golongan OKU, bajet 2012 amatlah mengecewakan mereka. Sebab sejak Dato Sri Najib mengambil alih tampuk pemerintahan Tun Abdullah, golongan OKU tertunggu-tungu apakah hadiah dari Perdana Menteri yang baru Dato Sri Najib untuk mereka.
Tema bajet 2012 ialah Kesejahteraan Rakyat. Tema memang cukup cantik dan menarik. Tapi sayang, golongan OKU masih lagi tersisih. Bagi golongan OKU, bajet 2012 tidak membawa apa-apa kepada golongan mereka.
Sampai bilakah golongan Oku akan terus tersepit di tengah kepesatan Negara yang semakin maju? Apalah ertinya kemajuan sesebuah negar itu jika masih terdapat ramai lagi rakyat yang terlalu susah dari segi sosio ekonominya. Dengan kata lain, Negara sahaja yang semakin maju, tetapi rakyatnya masih dihimpit kemiskinan.

Advertisements

Jangan Ubah, Kekalkan Versi asal

Pada post kali ini saya ingin menyentuh tentang pengubahan lagu-lagu versi terdahulu ke versi masa kini.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai di kalangan artis-artis baru yang menyanyikan semula lagu-lagu yang pernah top dan menjadi siulan muda-mudi di waktu lagu-lagu tersebut menempuhi zaman kegemilangannya. Ada di antara lagu-lagu tersebut masih diminati sehingga sekarang. Yang menariknya, ramai dikalangan anak-anak muda sekarang yang meminati lagu-lagu tersebut.
Contohnya: lagu-lagu nyanyian Tansri P.ramlee, lagu-lagu nyanyian Dato Ahmad Jais, Lagu-lagu nyanyian Dato Sudirman, lagu-lagu nyanyian Dato Sharifah Aini, dan ramai lagi. Lagu-lagu mereka tetap diminati dan boleh dinyanyikan dengan baik oleh anak-anak muda zaman sekarang. Sebagai contoh: apabila salah sebuah stesen radio di Negara kita ini menganjurkan pertandingan nyanyian lagu-lagu klasik, yang paling ramai mengambil bahagian ialah anak-anak muda yang rata-rata umur mereka ialah masih dalam lingkungan 20an. Ini menunjukkan lagu-lagu tersebut tetap digemari dari dahulu hinggalah ke masa kini.
Persoalannya: apakah perlu lagu-lagu tersebut diubah versinya yang asal ke versi baru demi memenuhi citarasa masa dan kehendak masa kini? Saya setuju kalau lagu-lagu tersebut dinyanyikan semula oleh artis-artis masa kini. tapi saya tidak bersetuju kalau lagu-lagu tersebut diubah dari versi asal ke versi yang baru semata-mata untuk memenuhi citarasa masa kini dan mengikut peredaran zaman.
Sebagai seorang yang cintakan seni tanahair, saya amat kecewa dengan perkembangan yang sebegini.
Salah satu contoh lagu versi dahulu yang diubah ke versi masa kini.
Penawar rindu nyanyian Datin Orkid Abdullah. Setelah saya dengar beberapa kali lagu tersebut dengan versi sekarang di corong-corong radio, ianya tidak langsung ada persamaannya walau pun sedikit. Saya hanya tahu lagu tersebut adalah lagu penawar rindu setelah suara penyanyi tersebut mendendangkannya.
Lagu penawar rindu nyanyian Datin Orkid ini juga pernah dirakam semula oleh Datin Raffiah buang pada satu masa dahulu. Tetapi Datin Raffiah Buang tetap mengekalkan versi asal lagu tersebut.
Pesanan saya kepada artis-artis masa kini, jika anda bercadang untuk menyanyikan lagu-lagu yang terdahulu, sila jangan mengubah lagu-lagu tersebut dari versi yang asal. Pada saya, jika anda mengubah lagu-lagu tersebut dari versi yang asal, sebenarnya anda telah mencacatkan lagu-lagu tersebut: dan bukan semakin elok. Ingatlah, kewujudan artis-artis masa kini adalah disebabkan perjuangan artis-artis yang terdahulu.

Apakah Nasib Kami

Seperti yang kita semua maklum, PM DS Najib Tun Abdul Razak akan membentangkan Belanjawan untuk tahun 2012 pada hari jumaat depan. Salah satu pengunguman penting yang akan beliau umumkan ialah kenaikkan gaji kaki tangan sector awam sehingga 40% seperti yang telah digembar-gemburkan oleh midia cetak dalam beberapa hari ini. Saya yakin pengunguman ini akan disambut gembira oleh semua penjawat-penjawat awam di seluruh Negara. Dan saya juga cukup yakin pengunguman DS PM Najib ini ramai yang tidak menyukainya. Maksud saya, seperti kelaziman, setiap kali kenaikkan gaji maka segala barang keperluan juga akan dinaikkan harga oleh peniaga-peniaga.
Kalau dah segala barang keperluan naik harga, siapa yang akan menjadi mangsa? Sudah tentu yang akan merasai inpak dari kenaikkan harga segala barang keperluan ialah rakyat yang tak mempunyai pendapatan tetap. Contohnya: orang OKU, masyarakat di luar Bandar dan di kampong-kampung.
Orang OKU:
Masih terlalu ramai lagi orang OKU yang tidak mempunyai pendapatan tetap, dan masih terlalu kecil jumlahnya di kalangan orang OKU yang mempunyai pendapatan tetap. Persoalan saya ialah:
1. Apakah langkah-langkah kerajaan untuk mengatasi inpak dari kenaikkan gaji penjawat-penjawat awam ini yang sudah semestinya peniaga-peniaga juga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga-harga barang keperluan?
2. Apakah kerajaan telah memikirkan cara-cara untuk membantu rakyat yang tidak mempunyai pendapatan tetap ini? Termaksuklah orang-orang OKU, masyarakat luar Bandar dan masyarakat di kampong-kampung?
3. Apakah pihak kerajaan tidak bercadang untuk menaikkan lagi bantuan kepada semua penerima-penerima bantuan dari Jabatan Kebajikkan dan Masyarakat ke satu jumlah yang sesuai dengan harga barang masa kini? Untuk pengetahuan semua pembaca-pembaca blog sekelian, sewa bagi sebuah bilik di kuala lumpur sekarang paling murah pun rm250. Untuk sebuah rumah pula paling murah 800. Sedangkan bantuan yang diterima dari Jabatan Kebajikkan Masyarakat ialah rm300. Begitu juga dengan kos makan di warung-warung lebih kurang sama sahaja dengan kos makan di restoren-restoren.
Dengan kos sara hidup yang amat tinggi ditambah pula dengan kenaikkan harga barang, bagaimana dengan nasib kami yang tak mempunyai pendapatan tetap untuk menjalani kehidupan yang sempurna?
Apakah Nasib Kami?