Rahsia Gadis Murung Terbongkar

KENINGAU: Sikap murung dialami gadis berusia 16 tahun akhirnya membongkar rahsianya yang dirogol dua kali oleh bapa kandungnya di rumah mereka di Sook sejak Julai lalu.

Dalam dua kejadian berasingan, tubuh mangsa ‘diratah’ oleh darah dagingnya ketika ibunya tiada di rumah.

Mangsa yang tidak bersekolah mengalami trauma dan murung berpanjangan selepas kejadian itu sebelum dihidu oleh ibunya apabila mendapati anak gadisnya bersikap pelik.

Akibat tidak mampu menahan desakan ibunya, mangsa menceritakan kelakuan bapanya berusia 51 tahun merogolnya dua kali iaitu pada Julai lalu dan bulan ini ketika ketiadaannya.

Sebaik mengetahui perkara itu, ibu mangsa membuat laporan polis untuk diambil tindakan terhadap suspek.

Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintendan Zahari Mohamed berkata, laporan itu dilakukan seminggu selepas kejadian rogol (kedua) berlaku.

“Mangsa dirogol dua kali pada Julai lalu jam 7 malam dan 21 Oktober jam 2 petang ketika ibunya tiada di rumah,”
myMetro | Rahsia gadis murung terbongkar

Advertisements

Pekerja TTS Hilang Di Pulau Bohey

SEMPORNA: Pasukan pencari dan penyelamat pada Isnin meneruskan gerakan mencari seorang pekerja Taman-Taman Sabah (TTS) yang dilaporkan hilang sejak Khamis lepas di Pulau Bohey Dulang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Semporna Mohd Razali Awang Ahmad berkata operasi mencari Aksan Lumam, 30, ditumpukan di kawasan hutan di belakang pulau tersebut.

Katanya operasi itu hanya dimulakan semalam selepas laporan kehilangan Aksan yang berasal dari Kampung Bum Bum di sini diterima pada pukul 10 pagi oleh pihak TTS.

Operasi mencari Aksan juga mendapat kerjasama daripada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pihak TTS, katanya ketika dihubungi Bernama.

Mengikut laporan yang diterima, rakan setugas Aksan menyedari kehilangannya pada pukul 11 pagi pada hari itu setelah beliau didapati tidak berada di bilik rumah pekerja TTS di pulau itu.

Katanya selepas mangsa tidak balik ke rumah pekerja hingga petang, pihak TTS berusaha mencari mangsa tetapi gagal sehinggalah laporan dibuat.

Mohd Razali berkata pada hari kehilangan Aksan, ada penduduk kampung yang tinggal di kawasan belakang pulau itu melihat beliau mendayung sampan di perairan berdekatan kampung tersebut. -BERNAMA

Kegiatan Dua Kanak-kanak Mencuri Di Rumah-rumah Putrajaya Terbongkar

ANAK SAPALAH KANAK-KANAK INI?

PUTRAJAYA: Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu. Ketua Polis Putrajaya, Superintenden Abdul Razak Abd Majid berkata seorang rakanmereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri.

Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.

“Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi.

Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya. “Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu,” kata AbdulRazak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini. Abdul Razak berkata setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu.

Beliau berkata dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabilatuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi.

Menurutnya, kanak-kanak itu sepatutnya pergi ke sekolah pada waktu tersebut,sebaliknya ponteng bagi melakukan perkara itu.

“Mereka mengambil duit dan barang-barang yang terdapat dalam rumah yang dibuka dengan menggunakan kunci yang ditemui.

Bagaimanapun ini tidak melibatkanbarang-barang lain yang berharga,” katanya.

Beliau berkata kanak-kanak itu menggunakan wang yang dicuri untuk membeli-belah di Alamanda di sini.

Abdul Razak berkata kedua-dua budak tersebut akan diserahkan kepada JabatanKebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

“Mereka tidak boleh didakwa kerana masih lagi kecil (di bawah umur), oleh itu tindakan susulan akan dibuat oleh JKM,” katanya.

Abdul Razak mengingatkan penduduk di Putrajaya menghentikan amalan meletakkunci di luar rumah ketika keluar demi mengelakkan kejadian curi seperti itudari terus berlaku. – BERNAMA.
SAPALAH AYAH KANAK-KANAK INI?

Boleh tempah melalui SMS

Hehehehe. macam nak tempah kuih raya pula.
SUBANG JAYA: Pilih wanita mengikut selera masing-masing melalui Internet dan tempah melalui SMS. Begitulah mudahnya khidmat disediakan `Pretty Women Club’ atau Kelab Wanita Cantik kepada lelaki hidung belang untuk mendapatkan teman sosial di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perak.

Lebih memeranjatkan, sindiket memperdagangkan wanita berusia 19 hingga 24 tahun dari China, Vietnam, Myanmar, Indonesia dan Filipina itu menawarkan khidmat secara terbuka dengan membuka blog khas yang boleh dilayari sesiapa saja.

Pelanggan hanya perlu melayari blog disediakan untuk memilih nama wanita yang turut disertakan gambar di lapan pusat operasi disediakan dan jika berkenan, terus hantar SMS kepada mereka tanpa melalui orang tengah atau bapa ayam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (ACP) Abdul Jalil Hassan ketika dihubungi berkata, kaedah digunakan Kelab Wanita Cantik adalah cara terbaru sindiket memperdagangkan wanita di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, polis akan menjalankan siasatan lanjut mengenai sindiket berkenaan dalam usaha membasmi kegiatan tidak bermoral itu.

Sumber:
http://kakibising.com

POLIS ENGGAN TERIMA LAPORAN BAPA MANGSA

BAPA mangsa bunuh, Borhan, menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi memaklumkan bahawa Polis Keningau enggan menerima laporan polis yang bakal dibuatnya untuk mendesak polis menjalankan siasatan dan mendakwa bekas teman lelaki anaknya, Inspektor Ahmad Rizal yang dipercayai suspek utama membunuh anaknya, Kartini Binti Borhan.

“Mereka kata tidak perlu buat laporan kerana Inspektor Ahmad Rizal telah membuat laporan dan polis sedang menjalankan siasatan,” kata Borhan yang kecewa kerana hasratnya untuk mendesak Inkues berhubung kematian anaknya tidak diendahkan polis Keningau.

Bagaimanapun kata Borhan, beliau tidak berputus asa dan akan membuat laporan polis di Kota Kinabalu dalam masa yang terdekat kerana yakin anaknya menjadi mangsa ‘Cover-Up’ polis.

Tegas Borhan, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sewajarnya menubuhkan Unit Khas untuk menyiasat punca kematian anaknya dan beliau akan mendesak agar Kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi mendapatkan keadilan untuk anaknya yang bukan sahaja dibunuh dengan kejam, malah dilemparkan dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas.

“Semoga kematian Kartini akan mendedahkan rahsia yang disimpan selama ini dan kami akan menampilkan saksi untuk membuktikan bahawa Kartini dibunuh dan saspek utama ialah seorang Pegawai Polis yang meletakkan undang-undang ditangan sendiri dan mencemar imej kepolisan di Malaysia,” kata Borhan yang kesal kerana Balai Polis di Keningau sudah menjadi pejabat mafia.

Dalam pada itu, siasatan wartawan Sabahkini.net di Keningau mendapati bukan sahaja Polis Keningau cuba menutup kes berkenaan, malah ada kumpulan Mafia yang sedang memasang umpan untuk melencongkan bukti dan mencipta tertuduh baru bagi menyelamatkan Inspektor Ahmad Rizal yang disyakki melakukan jenayah berkenaan.
POLIS ENGGAN TERIMA LAPORAN BAPA MANGSA
sabahkini.net

ADIK ROGOL KAKAK….

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook1094KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar adik setan kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.

Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung benih adiknya.

Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak.

Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.

Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.

Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui, kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad baru-baru ini.

Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.

Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.

Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol, katanya.

Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.

Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.

Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya, katanya.

Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.

Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.

Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun takkan mengubah apa yang berlaku, katanya.

Yanti berkata, adiknya seperti tiada perasaan kerana seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.

Depan ibu dan ayah, dia menunjukkan rasa bersalah dan meminta maaf, tetapi dengan saya, dia buat seolah-olah tiada apa berlaku.

Hubungan saya dengan dia sebelum ini biasa saja, tetapi tidaklah rapat sangat. Mungkin kerana masih terlalu mentah, dia seperti tidak rasa bersalah, katanya.

Menurut Yanti, sukar untuk dia memberitahu punca mengapa adiknya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pada usia semuda itu, adik memang nakal. Bercampur dengan mat rempit dan kadangkala ponteng sekolah.

Barangkali kerana pengaruh rakan, adik jadi lebih tahu mengenai hal berkaitan seks sehingga dia terdorong untuk mencuba. Namun saya langsung tidak menyangka adik sanggup merogol saya, katanya.

Yanti memberitahu, selepas disahkan hamil, ibu bapa terpaksa menyembunyikannya di rumah seorang saudara mereka sebelum dihantar ke sebuah rumah perlindungan.

Saya akan ada di sini (rumah perlindungan) sehingga bayi yang dikandung lahir. Selepas itu saya akan menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat.

Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru. Saya mahu bersekolah semula dan belajar seperti rakan seusia yang lain, katanya.

Ditanya adakah dia memaafkan perbuatan adiknya, Yanti berkata: Mulanya memang saya bencikannya, tetapi lama kelamaan saya terima hakikat. Dia bukan orang lain… dia adik saya.

Saya harap dia menyesali perbuatannya. Perkhabaran terkini yang saya dengar daripada ibu dan ayah, adik kini bersekolah di sekolah pondok. Semoga ilmu diperoleh menjadikannya adik yang soleh, katanya