Irina Shayk tolak tawaran Playboy

Model pakaian dalam kelahiran Rusia, Irina Shaykhlislamova atau lebih dikenali sebagai sebagai Irina Shayk mula mencipta nama apabila seringkali muncul dalam majalah Sports Illustrated edisi pakaian renang sejak daripada tahun 2007.

Walaupun seringkali tampil seksi dan adakalanya tidak berpakaian dalam majalah, teman wanita kepada pemain bola Real Madrid, Cristiano Ronaldo ini memberitahu dia tidak akan bergambar untuk majalah Playboy.

Berkata dalam satu temubual bersama majalah lelaki Esquire edisi Februari, Shayk berkata, majalah milik Hugh Hefner pernah menawarnya wang yang banyak, tetapi dia menolak.

“Saya tidak akan bergambar untuk Playboy. Ya, saya memang model pakaian dalam. Namun saya mempunyai kelas tersendiri. Mereka pernah menawarkan wang yang banyak tetapi dalam fikiran saya berkata tidak.

“Memang Naomi Campbell dan Claudia Schiffer pernah melakukannya. Namun mereka mengambil tawaran tersebut di saat-saat akhir karier mereka. Saya menganggap diri saya sebagai perempuan muka hadapan. Akan tetapi saya tidak akan melakukan majalah yang sedemikian.”

Menariknya, Shayk membuat kenyataan berani itu ketika bergambar separa bogel untuk majalah lelaki tersebut.

Model berusia 25 tahun ini turut berkongsi minatnya terhadap skirt pendek dan kasut tinggi. Malah dia mengakui dirinya tidak disukai oleh lelaki dan seringkali diejek kerana mempunyai kulit yang gelap.

Shayk dan Ronaldo dilaporkan sudah bertunang pada Februari tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak awal 2010. Mereka bertemu selepas bergandingan bersama dalam kempen iklan jenama Armani Exchange.

Shayk kini berada di posisi ke-10 dalam carta “Top 20 Model Paling Seksi” di laman web Models.com.

Advertisements

Os Terus Bawa Teksi Selepas Osbon Juara MLM

KUALA LUMPUR – Anggota kumpulan duo Osbon, Mr. Os akan terus menjadi pemandu teksi biarpun muncul juara Maharaja Lawak Mega (MLM) dengan memenangi hadiah wang tunai RM350,000 pada final pertandingan itu di Stadium Malawati, Shah Alam semalam.

Menurut pelawak dan pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Santan Berlada pada awal tahun 1980-an itu, dia akan menggunakan wang kemenangan yang akan dikongsinya bersama pasangannya, Abon selepas menjuarai pertandingan anjuran Astro Warna tersebut.

“Macam biasa saya akan terus membawa teksi saya. Cuma dengan duit kemenangan itu, saya bercadang mahu menambahbaik teksi saya itu supaya ia lebih solid demi memberi keselesaan kepada para penumpang saya kelak. Pemandu teksi adalah kerjaya saya sekarang ini.

“Malah, saya akan terus menggunakan teksi saya itu kerana keadaannya masih elok. Apatah lagi, permit teksi saya itu pula hanya akan mati pada tahun 2015. Selain itu, saya akan menggunakan duit kemenangan ini bagi menyara anak-anak saya yang ramai dan masih kecil,” katanya.

Os berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhirnya final MLM yang menyaksikan kumpulan Boboi muncul naib juara dengan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM250,000, tempat ketiga Saehu (RM150,000) dan pemenang keempat Syok (RM50,000).

Pada pertandingan yang menggunakan sistem pemarkahan 70 peratus daripada para pengkritik dan 30 peratus lagi berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada para penonton itu, Osbon mendapat 31.1 peratus markah, Boboi (29.3), Saehu (22) dan Syok (17.5).

Sementara itu, Abon pula berkata dia dan Mr. Os tidak berasa kecil hati biarpun sepanjang menyertai MLM mereka pernah dikritik teruk oleh pengkritik pertandingan itu terutamanya Datuk Chef Wan tetapi berkat kesabarannya ia membuahkan hasil.

“Dalam tiga minggu pertama menyertai MLM kami memang dikutuk teruk menyebabkan kami terpinga-pinga. Saya mulanya seperti tidak boleh terima bagaimana seorang tukang masak seperti Chef Wan mengkritik lawak kami sedangkan dia bukannya pelawak.

“Begitu juga misalnya dengan Zainal Abidin Hassan seorang pemain bola sepak. Apa yang dia (Zainal) tahu tentang lawak jenaka? Tetapi kami terima kritikan mereka dengan hati terbuka dan menyahut cabaran serta kritikan itu bagi menunjukkan bakat sebenar kami,” jelasnya.

Jue Aziz Disingkirkan Dari Teater “Semerah Padi”

Pelakon, Zuliana Abd Aziz atau lebih dikenali sebagai Jue Aziz, yang dipilih memegang watak sebagai Dara dalam pementasan teater “Semerah Padi” yang akan dipentaskan pada 24 Disember ini, telah disingkirkan oleh pihak produksi akibat masalah disiplin.

Dipetik dari Mstar, penerbit produksi, Megat Noor Salleh Ghani @ Keno, nyata kecewa dengan sikap Jue yang mengakibatkan keseluruhan produksi terjejas.

“Kami terpaksa menggunakan khidmat pelakon lain bagi menggantikan Jue. Nasib baiklah kami telah bersedia dengan pelakon gantian kerana bimbang berlaku masalah pada saat-saat akhir. Rupa-rupanya memang benar berlaku.

“Jue tidak datang latihan sejak Jumaat lalu dan pihak kami gagal menghubunginya, namun dia ada menghantar pesanan bahawa dia ada masalah kesihatan,” katanya

Penguguran Jue Aziz dikatakan bakal diganti oleh pelakon Arbaiah Ahmad Nadzri ataupun Abby Nadzri.

Tambah Keno lagi, Jue kurang memberi tumpuan sepenuhnya ketika sesi latihan yang mula dijalankan sejak 13 November lalu.

“Pementasan teater bukan seperti penggambaran filem atau drama yang boleh ditangguhkan atau menunggu pelakon.

“Teater perlu ada komitmen, usaha dan disiplin yang tinggi. Latihan adalah paling penting dan tidak boleh dipandang remeh atau sambil lewa,” katanya dengan nada kesal.

Ketika ditanya adakah pihak produksi mahu mengambil tindakkan undang-undang terhadap pelakon berusia 28 tahun itu, Keno memberitahu bahawa mereka tidak ada membuat apa-apa perbincangan setakat ini.

“Kami mempunyai kontrak dan boleh ambil tindakan terhadapnya kerana melanggar perjanjian.”

“Bagi saya dia sendiri telah menjatuhkan reputasi dia dalam industri ini dan secara jujur, ini mungkin kali yang pertama dan terakhir untuk bekerjasama dengan Jue,” katanya.

Pada masa sama, Keno turut menjelaskan pembatalan dua hari pementasan teater pada 22 dan 23 Disember ini bukanlah akibat dari masalah disiplin Jue, tetapi persediaan keseluruhan produksi masih tidak lengkap dari segi teknikal.

Teater arahan Rosdeen Suboh ini akan turut dibintangi oleh Khir Rahman, Datuk Baharuddin Omar, Azizah Mahzan, Fauzi Nawawi, Fazlina Datuk Ahmad Daud dan Baby Erin.

Teater “Semerah Padi” akan mula dipentaskan pada 24 hingga 31 Disember di Panggung Sari, Istana Budaya.

Britney Spears Dilamar Jason Trawick

Akhirnya penyanyi ratu pop dunia, Britney Spears sah menjadi tunangan kepada kekasihnya Jason Trawick.

Dipetik dari laporan contactmusic, Jason yang telah menjalinkan hubungan cinta dengan pelantun lagu “Criminal” itu, tampil memberikan penjelasan dalam laman social Twitter miliknya pada Jumaat lalu.

“Ya, kami sudah bertunang”, tulisnya ringkas.

Jason telah melamar Britney di hadapan anak-anak penyanyi tersebut kerana mahu anak – anak Britney iaitu, Sean Preston (6) dan Jayden James (5), menjadi saksi hari bahagia mereka.

Jason yang mengakui sangat bahagia telah menghadiahkan Britney sebuah cincin berlian 3-karat.

Sementara itu, Britney yang meluahkan kegembiraannya melalui laman social Twitter miliknya dengan menulis bahawa Jason telah memberi kejutan yang dia sangat idamkan selama ini.

“Semalam Jason memberikan kejutan dan hadiah yang sangat aku inginkan selama ini. Aku tidak sabar untuk menunjukkan kepada semua,” tulisnya.

Tujuh Fakta Tujuh Pemenang Juara Lagu

Tujuh Fakta Tujuh Pemenang Juara Lagu

Senarai finalis Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26 sudah pun diketahui dan acara kemuncaknya akan bersiaran langsung 29 Januari nanti. Sementara menantikan Yuna, Najwa Latiff, Projek Pistol, Aizat dan yang lain-lain membuat persembahan, membuat kontroversi dan membuat peminat dan pembenci bersorak di depan televisyen, mari kita imbas kembali antara pemenang-pemenang kontroversi AJL sejak awal kewujudannya pada tahun 1986 lagi.

Tahun: 1986
Lagu: Sekadar di Pinggiran
Penyanyi: Francissca Peter
Komposer: Manan Ngah
Penulis lirik: Lukhman S
Ketika Francissca Peter atau mesra dipanggil Fran tampil menyanyikan lagu ini, penyanyi bersuara lunak ini hanya berbaju kurung dan penampilannya dikritik kerana tampak ‘kekampungan’. Namun semua kritikan terus lenyap apabila lagu nyanyiannya ini dinobatkan sebagai pemenang utama ketika itu.

Album “Sekadar di Pinggiran” juga turut diundi sebagai “Album Terbaik” tahun itu dan Fran memenangi anugerah “Penyanyi Wanita Terbaik”. Ia juga memenangi anugerah antarabangsa sebagai “Lagu Terbaik” di Festival Lagu ASEAN pada tahun 1987.

Tahun: 1989
Lagu: Isabella
Penyanyi: Search
Komposer: Search
Penulis Lirik: Bob Lokman
Menariknya tentang lagu “Isabella” ialah bukan sahaja ia menaikkan lagi populariti kumpulan Search pada waktu itu, malah ia turut diadaptasi menjadi filem usaha sama Malaysia – Indonesia dan dibintangi oleh Amy dan ahli kumpulan Search yang lain di samping pelakon jelita Indonesia Nia Dzulkarnain dan pelakon Pan-Asian Julia Rais. Sebuah lagi filem yang diangkat melalui lagu ini ialah filem “Fenomena” yang dibintangi M.Nasir dan Ramona Rahman. Lucunya pada awalnya filem ini mahu menggunakan tajuk “Isabella” juga tetapi terpaksa mengubahnya kepada “Fenomena” (tajuk album Search di mana lagu “Isabella” dimuatkan) kerana ia telah digunakan terlebih dahulu oleh filem usaha sama Malaysia – Indonesia tersebut.

“Isabella” juga merupakan lagu balada rock pertama yang memenangi anugerah ini.

Tahun: 1994
Lagu: Tanya Sama Itu Hud-Hud
Penyanyi: M.Nasir
Komposer: M.Nasir
Penulis Lirik: M.Nasir
Tahun 1994 ialah tahun di mana M.Nasir menang besar apabila lagu “Tanya Sama Itu Hud-Hud” memenangi Juara Lagu, Lagu Pop Etnik Terbaik dan juga Persembahan Terbaik. Pada masa yang sama M.Nasir juga memenangi Lagu Balada Terbaik untuk “Bonda” melalui persembahannya diiringi oleh kumpulan Freshies. Memandangkan M.Nasir juga merupakan penulis lirik dan komposer lagu-lagu tersebut, maka ia adalah kemenangan paling besar dalam sejarah Anugerah Juara Lagu. Ia juga kali pertama dan kali terakhir pertandingan ini diadili oleh para juri antarabangsa. Nampaknya bukan semua orang suka M.Nasir makan seorang!

Tahun: 1996
Lagu: Jerat Percintaan
Penyanyi: Siti Nurhaliza
Komposer: Adnan Abu Hassan
Penulis Lirik: Othman Zainuddin, Hani MJ
Lagu “Jerat Percintaan” merupakan lagu berhantu dan lagu tuah buat Dato’ Siti Nurhaliza ketika ia dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Juara Lagu pada tahun 1996. Sebelum kemunculannya dalam pertandingan ini, Siti Nurhaliza hanyalah penyanyi biasa yang muncul dari pertandingan nyanyian Bintang HMI 1995. Hanya selepas membuktikan kehandalan vokalnya melalui lagu “Jerat Percintaan”, dia diberi gelaran Celine Dion Malaysia dan sekaligus menaikkan terus namanya secara keseluruhan. Komposer dan penulis liriknya juga turut menerima tempias populariti dan selamanya dikenali sebagai mereka yang berjaya menaikkan nama Siti Nurhaliza.

Tahun: 2005
Lagu: Gemilang
Penyanyi: Jaclyn Victor
Komposer: Aubrey Suwito
Penulis Lirik: Asmin Mudin
Ketika lagu Jaclyn Victor memenangi Anugerah Juara Lagu pada tahun 2005, ramai yang mempersoalkan kredibiliti anugerah kerana dikatakan Jaclyn menang kerana statusnya sebagai pemenang siri realiti terbitan Media Prima. Namun begitu, lagu tersebut juga telah memenangi Lagu Terbaik dan Persembahan Terbaik dalam dalam “RTM Hits 1”. Melalui “Gemilang” juga, Jaclyn muncul juara dalam Festival Muzik Asia di Shanghai namun tewas pada Hazami dalam Anugerah Vokal Terbaik dalam Anugerah Juara Lagu. Jaclyn Victor juga penyanyi bukan Melayu kedua yang memenangi anugerah ini selepas kejayaan Fran sembilan tahun sebelumnya.

Tahun: 2007
Lagu: Itu Kamu
Penyanyi: Estranged
Komposer: Estranged
Penulis Lirik: Rich Estranged
Estranged merupakan kumpulan rock alternatif pertama yang memenangi anugerah ini dan memberikan harapan besar kepada kumpulan indie lain untuk muncul di media arus perdana. Lirik hasil vokalis kumpulan dan bintang Akademi Fantasia 4 ini menjadi pilihan untuk memenangi anugerah utama kerana jenis muziknya yang dikira baru dan segar ketika itu. Estranged terus bertanding dalam tahun yang berikutnya namun tidak berjaya mengulang kejayaan “Itu Kamu”.

Tahun: 2010
Lagu: Tolong Ingatkan Aku
Penyanyi: Ana Raffali
Komposer: Ana Raffali
Penulis Lirik: Ana Raffali
Lagu nyanyian gadis yang sentiasa berbaju kurung dengan gitar di sisi ini dilanda kontroversi paling hebat apabila kemenangannya dipersoalkan ramai. Sekalipun dengan lirik dan lagu yang indah, nyanyian Ana yang tidak begitu baik dan persembahan yang agak bercelaru, ditambah lagi dengan kewujudan calon pilihan – Yuna dengan lagunya “Sempurna”, membuatkan ramai yang mempertikaikan kemenangan tersebut. M.Nasir sebagai ketua juri juga turut terkena tempiasnya. Disebabkan tidak puas hati dengan kemenangan lagu Ana Raffali tersebut, sebahagian peminat seni telah mewujudkan laman “Kami Tidak bersetuju Dengan Kemenangan Ana Raffali”. Penyokong Ana Raffali bagaimanapun tidak berdiam diri, mereka wujudkan pula laman “Kami Menentang Page Kami Tidak Bersetuju Dengan Kemenangan Ana Raffali”. Tidak lama kemudian wujud pula laman – “Kami Bersetuju Ana Raffali Menang AJL 25”. Ana Raffali tentu tidak mahu sesiapa mengingatkan dia tentang kontroversi yang melanda dirinya ketika itu!

Nursuhaila Mungkiri janji Pada Suaminya???

Pengacara popular, Jimmy Norjahan Salleh atau lebih dikenali sebagai Jimmy Shanley mendakwa isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy telah memungkiri janjinya untuk berubah menjadi isteri yang solehah, sekaligus menyebabkannya memfailkan permohonan nusyuz dan perintah kembali taat terhadap isterinya itu.

Dipetik daripada laporan Harian Metro, Jimmy, 31, memberitahu Nursuhaila, 25, pernah berjanji untuk meninggalkan perangai buruk termasuk suka berjudi selepas mendirikan rumah tangga bersamanya pada 1 Oktober 2010.

Walaubagaimanana dia gagal dan tidak melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri yang baik dan enggan tinggal bersama selepas berkahwin.

Nursuhaila yang merupakan anak jutawan produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim, didakwa telah menghilangkan diri pada malam sambutan hari lahir bapanya sendiri pada 11 Oktober tahun lepas kerana pergi berjudi bersama teman baik dan bekas kakak iparnya.

Malah Jimmy turut mendakwa Nursuhaila lebih mementingkan kawan-kawannya daripada rumah tangganya sendiri.

Jimmy telah memfailkan permohonan tersebut terhadap Nursuhaila di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 3 dan 27 Januari lalu. Perbicaraan akan bersambung pada 23 Februari dan 5 Mac tahun depan.

Pasangan suami isteri telah diijabkabulkan pada 1 Oktober tahun lalu dengan hantaran sebanyak RM31,186 dan telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Zahrah Rania Shanley.

Isu Gambar Cium: Amy Search Nasihat Nabila Jaga Tingkah Laku

Amy Search

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berharap anaknya, Nabila Huda, 27, menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Kata Amy, Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.

“Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.

“Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Simetri, di sini, Selasa.

Gambar Nabila yang dipetik daripada blog Ohbulan.

Amy diminta mengulas tentang laporan sebuah program hiburan yang menyiarkan beberapa keping gambar artis yang dipercayai milik Nabila Huda.

Gambar-gambar liar tersebut diambil ketika Nabila sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.

Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut perkara tersebut namun berharap Nabila sedar dan bertanggungjawab terhadap kesilapannya.

“Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku,” katanya.