Mahathir bukan cerdik sangat: Ku Li

By Hishamuddin Rais
• PostsHishamuddin Rais

Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party akan menerima kekalahan lagi. Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.
Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian, negara kita mungkin menghadapi krisis.
Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.
Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global yang sedang melanda dunia sekarang.
Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik – flip flop – apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak terlebih dahulu.
“Mereka tidak peduli satu apa pun… tetapi mereka tidak ingin masuk penjara,” Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.
Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK), berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang murid tua MCKK minggu lalu.
Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan. Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas 1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini atas arahan Tun Abdul Razak.
“Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui.”
Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.
Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat , pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.
Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai ‘the dawn raids’. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh penjajah.
Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan 43 undi apabila lampu terpasang kembali.
Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ‘ kes lampu padam’ ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li enggan melintasi dilurah yang sama.
“Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar ‘ad hoc’. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai haknya,” dakwa beliau.
“Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia ‘playing to the gallery’,” kata Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.
Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.
Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia. Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini dibantu oleh dana Yayasan Feisal.
“Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara.”
Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li , Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan apa-apa terhadap Shahrizat.
“Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap membisu,” katanya.
Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang tidak membawa beban ‘kerpai buruk’. Tetapi Ku Li juga adalah sosok yang berkontradiksi.
Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil ‘loud hailer’ untuk menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster atau memasang khemah atau turun berdemo. Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.

Advertisements

Makanlah Budu Sebelum Terlambat

Misteri yang baru terungkap. Khazanah yang belum dikenali ramai tapi sudah lama diamalkan di Kelate. Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman.

Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”. Budu berpotensi untuk melawan
radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.

Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare, penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi. Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh.

Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat. Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron2 yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B Kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K). Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin 12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin – yang mana Vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. Ianya perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar Vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12
di dalam badan. Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup.

Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2,87 dan 8.05mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon. Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan
reaksi pembentukan radikal bebas.

Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel.

Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut. Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon (unsur antioksidan) iaitu daidzein,glisitein dan genistien.
Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi soflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di University North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan kanser payudara. Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner
akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis.

Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein,serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan. Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi,budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik.

Kandungan serat didalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Reserach.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada tempe (Farmasi Anis: tempe atau budu?) lebih mudah untuk dicernakan. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan.

Budu umpama seteguk air multivitamin yang menyumbang kepada pelbagai keperluan untuk tubuh badan.

Wallahu a’lam…

Dewan Muslimat PAS bantah Perhimpunan Seksualiti Merdeka 2011

Majlis Peguam dan Suaram mungkin sudah kehabisan Idea kot. Sampai terpaksa mencari populariti murahan: sanggup menjadi Penaja kepada satuProgram yang amat bertentangan dengan cara hidup umat islam dan masyarakat di negara ini keseluruhannya. (seksualiti Merdeka 2011).

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusof membantah sekeras-kerasnya perhimpunan Seksualiti Merdeka 2011 yang sedang berlangsung di Galeri Annexe di ibu negara bermula pada Selasa sehingga 13 November ini.

Menurut beliau, pakatan rakyat membenarkan sesiapa saja berhimpun seperti yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, perhimpunan yang bertujuan untuk menghalalkan hubungan sejenis di negara ini tidak patut diadakan.

“Walaupun kita mahukan kebebasan untuk berhimpun, perlu ada garis panduan yang tidak melampaui tabi’e di negara yang agama rasminya adalah agama Islam,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini, Khamis.

Menurut beliau, umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan gaya kehidupan barat yang memperjuangkan hak kebebasan hubungan sesama jenis.

“Tindakan itu tak betul…kita ada pegangan agama dan moral yang tinggi. Saya tidak bersetuju dengan penganjuran program ini,” tambahnya.

Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan buat kali keempat bertujuan mempertahankan hak golongan tersebut agar diterima dalam kalangan masyarakat di negara ini.

Antara penaja dan penyokong program itu adalah Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Penganjur Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan dilaporkan akan merasmikan program itu pada Rabu depan.

Pembangkang Tuntut SPR Segera Laksana Reformasi Pilihan Raya

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa agar melaksanakansegera beberapa tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) termasuk pembersihan daftar pemilih sedia ada.

Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, gesaan berkenaan akan dibuat esok (Rabu) apabila suruhanjaya itu tampil memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya di negara ini.

Menurut anggota jawatankuasa itu, terdapat beberapa tuntutan yang dikemukakan Bersih boleh dilaksanakan SPR tanpa melalui apa-apa proses perundangan ataupun pindaan undang-undang.

“Esok kita akan panggil SPR sebagai saksi utama kerana banyak kelemahan yang berlaku dapat dilaksanakan dengan komitmen badan itusendiri. Tak perlu tunggu jawatankuasa ini selesaikan laporan terlebih dahulu baru mereka nak bertindak.

“Adakah kita perlu tunggu pendengaran awam baru SPR nak bersihkan daftar pemilih? Sekiranya SPR itu serius untuk melakukan reformasi pilihan raya, banyak pembaharuan dapat dilaksanakan tanpa memerlukan pindaan Perlembagaan serta tidak memerlukan cadangan daripada jawatankusa khas. Perkara ini akan kita tegaskan esok,” katanya padasidang media di lobi Parlimen di sini, Selasa.

Selain itu Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, pembangkang akan mengemukakan beberapa tuntutan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang akan bermesyuarat kali kedua pada tengah hari Selasa agar lebih tegas dalam membuatkeputusan.

Katanya lagi, pembangkang mahu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengemukakan cadangan kepada kerajaan agar tidak diadakan pilihan raya sehingga jawatankuasa itu selesai menjalankan kajian yang bertujuan menambah baik sistem pilihan raya sedia ada.

“Kita tidak mahu sementara jawatankuasa ini menjalankan siasatan dan pendengaran awam, kerajaan mengambil keputusan untuk membubarkan Parlimen.

“Kita juga tidak mahu jawatankuasa ini menjadi helah untuk melengah-lengahkan proses pembersihan daftar pemilih dalam negara ini,” katanya.

Tambah Mohamed Azmin, pembangkang akan membawa semua lapan tuntutan yang terkandung dalam memorandum Bersih agar diberi perhatian dan dibincangkan secara terpeinci.

“Kita juga mahu jawatankuasa ini memberi ruang yang seluas mungkin kepada Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga untuk mengemukakanhujah-hujah bagi menyokong lapan tuntutan yang dibuat,” katanya.

Projek MRT: Pemilik Tanah Desak Kerajaan Ubah Laluan Landasan

KUALA LUMPUR: Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada Selasa mendesak kerajaan supaya mengubah laluan landasan projek transit aliran massa (MRT) yang dirancang dibina di atas tanah Jalan Sultan Ismail dan Jalan Bukit Bintang.

Setiausaha Agungnya, Yong Yew Wei berkata, pembinaan laluan MRT di lokasi tersebut akan memberi kesan kepada perniagaan dikawasan berkenaan dan menjejaskan bangunan warisan di sekitarnya.

“Di kawasan itu, terdapat banyak lot-lot perniagaan dan bangunan warisan… pembinaan landasan itu akan memberi kesan secara tidak langsung terhadap perniagaan di kawasan ini yang turut menjadi tumpuan hampir empat juta pelancong asing setahun,” katanya selepas menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz di bangunan Parlimen di sini, Selasa.

Terdahulu, memorandum bantahan itu turut diserahkan kepada Timbalan Setiausaha Sulit Perdana Menteri untuk disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, pemeliharaan kawasan sekitarnya amat penting bagi pembangunan jangka masa panjang negara terutamanya dari segi nilai sejarah dan ekonomi.

Selain itu, Yong berkata memorandum itu juga mengandungi cadangan pembinaan laluan alternatif yang membabitkan kos lebih rendah dan jauh daripada premis perniagaan.

Pembinaan MRT secara berperingkat akan bermula pada suku kedua tahun depan manakala kerja penerowongan laluan sejauh 51 kilometer dari Sungai Buloh ke Kajang dimulakan pada suku kedua 2014.

Mahkamah Rayuan Putus Seksyen 15(5)(A) Akta AUKU 1971 Tidak Sah

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin mengisytiharkan Seksyen 15 (5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan dalam aktiviti politik sebagai tidak sah di sisi undang-undang.

Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Wra Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara.

Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membenarkan rayuan empat penuntut jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menghadapi tindakan disiplin kerana didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Hulu Selangor pada 24 April tahun lepas.

Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza dalam saman pemula mendakwa mereka menerima notis dari UKM untuk menghadiri Lembaga Disiplin UKM bagi menjawab tuduhan melanggar Sesksyen 15(5)(a) Akta AUKU.

Bagaimanapun, mereka didapati tidak bersalah oleh lembaga itu. Kesemua mereka itu telah menamatkan pengajian masing-masing bulan lepas.

Hakim Low menentang dengan menyatakan larangan itu perlu bagi mengelak ideologi politik meresap di kalangan penuntut yang mudah terdedah, tertakluk kepada tekanan rakan sebaya dan mudah terpengaruh, yang akan menjejaskan peranan utama universiti dalam menyediakan pendidikan.

Hakim Hishamuddin dalam penghakiman 21 muka surat berkata Seksyen 15(5)(a) adalah tidak rasional kerana ia menghalang pembangunan pemikiran kritis dan asli penuntut di mana objektif institusi pengajian tinggi berusaha untuk mencapainya.

Katanya universiti seharusnya menjadi tapak semaian ahli reformis dan pemikir dan bukan institusi untuk melahirkan penuntut ibarat robot.

Jelas sekali, katanya, peruntukan itu bukan sahaja tidak produktif malah menindas.

Selain itu, katanya, kebebasan bersuara merupakan salah satu hak asasi utama yang dinikmati oleh seseorang individu dan hak itu turut diktiraf dalam pelbagai dokumen hak asasi manusia seperti Deklarasi Hak Asasi Manusia dan Perjanjian Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik.

Hishamuddin berkata ianya adalah asas kepada pewujudan demokrasi dan menghormati nilai diri seseorang dan kebebasan bersuara diberi status terunggul dalam perlembagaan kebanyakan negara.

Katanya beliau tidak dapat memahami cara mana seseorang penuntut yang menyatakan sokongan atau bangkangan terhadap sebuah parti politik boleh memudaratkan atau membawa kesan buruk kepada ketenteraman awam atau prinisp moral.

Hishamuddin berkata kebanyakan penuntut universiti sudah mencapai usia matang di mana mereka boleh menjalin perjanjian, saman dan disaman, boleh berkahwin dan memikul tanggungjawab ibu bapa, mengundi sekira mencapai usia 21 tahun.

“Namun secara ironi, mereka dimaklumkan secara sah mereka tidak boleh berkata apa-apa yang boleh dianggap sebagai sokongan atau bangkangan terhadap sebuah parti politik,” katanya.

Panel itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 September tahun lepas yang membatalkan saman pemula penuntut berkenaan terhadap kerajaan, Menteri Pengajian Tinggi dan UKM dengan mencabar tindakan universiti berkenaan mengambil tindakan disiplin.

Hakim Linton dalam penghakiman 15 muka surat berpendapat seksyen itu telah melanggar Artikel 10(1)9a) Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan kebebasanbersuara dan ekspresi.

“Sebuah enakmen perundangan yang melarang penyertaan dalam PRK adalah aspek penting demokrasi dan tidak dalam sebarang standard dikatakan sebagai munasabah,” katanya.

Dalam penghakiman menentang, Hakim Low berkata larangan itu adalah bagi melindungi kepentingan penuntut dan institusi berkenaan sebagai perkara menyentuh dasar dan oleh itu ianya adalah munasabah.

Katanya bukan untuk mahkamah menyatakan undang-undang itu keras dan tidak adil kerana mahkamah hanya diamanahkan dengan tanggungjawab mentafsir undang-undang.

Sebaliknya, Low berkata ia merupakan persoalan dasar yang perlu dihujah dandiputuskan oleh Parlimen.

“Secara tegas antara lain, Parlimen mungkin mahu mempertimbangkan khususnya pindaan Seksyen 15(5) dan Akta itu pada amnya supaya memansuhkan atau menyemak semula,” katanya.

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili UKM, memberitahu panel itu bahawa beliau mendapat arahan daripada anak guamnya untuk membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.

Di luar mahkamah, Muhammad Hilman menyifatkan keputusan itu sebagai ‘kejutandan bersejarah’. – BERNAMA

Tiduri ramai lelaki rebut gelaran ratu x

KUALA LUMPUR: Amat Mengejutkan apabila ada remaja perempuan yang masih bersekolah sanggup menggadai maruah diri dengan meniduri seramai mungkin lelaki terutama golongan berada dan berpengaruh semata-mata ingin merebut gelaran ratu sebuah pusat beli-belah terkenal di ibu kota.

Semakin ramai lelaki yang ditiduri, semakin hebat reputasi gadis itu di kalangan remaja perempuan yang melepak dan berpeleseran di pusat beli-belah berkenaan, sekali gus melayakkannya digelar Ratu X.

Gelaran itu menjadi kegilaan gadis liar dan apa yang menyedihkan kebanyakan remaja berkenaan yang masih bersekolah sanggup menggadai dara hanya untuk mencari populariti segera.

Trend menggemparkan itu diakui Shana dan Yanti, 16 (bukan nama sebenar) yang mendedahkan kegiatan itu biasanya dilakukan pada setiap hujung minggu bagi mengaburi mata ibu bapa dan keluarga.

Menurut Shana, Ratu X adalah gelaran yang diberikan kepada remaja perempuan yang sering mendapat perhatian lelaki yang biasanya melepak sekitar pusat beli-belah berkenaan dan untuk mendapatkan gelaran itu, beberapa syarat perlu dipatuhi.

“Syaratnya mudah saja, untuk menjadi ratu atau popular di kalangan remaja di situ, seseorang itu hendaklah bermalam dengan seramai mungkin lelaki dan lelaki yang dipilih juga harusnya golongan berada atau yang mempunyai ramai kawan atau pengaruh.

“Kumpulan remaja di situ hanya akan berkumpul setiap hujung minggu bermula jam 4 petang hingga awal pagi,” katanya kepada Metro Ahad.

Sumber:
kakibising.com