Umur bukan penghalang cinta Azza & Azlan

2 April, Percintaan yang disulam hampir dua tahun di antara Azza Elite atau nama sebenar Azzarima Zawari, 35, dengan pasangan, Azlan Zulaily yang berusia 25 tahun akhirnya berakhir dengan ikatan perkahwinan pada 1 April yang lepas.

Memilih diijabkabulkan di masjid Bukit Antarabangsa sebagai lokasi untuk hari bersejarah mereka, pasangan raja sehari ini sah diijabkabulkan pada jam 5.30 petang dengan tiga kali lafaz.

“Alhamdullilah, dengan perkahwinan kali kedua ini apa yang saya harapkan agar hubungan ini kekal sehingga ke akhirnya. Tidak lagi mahu kisah yang lalu terjadi kembali. Kami akan sama-sama melayari bahtera ini dengan sebaiknya. Saya bersyukur dipertemukan jodoh dengan Azlan yang pada saya dia merupakan seorang insan yang memahami dan bertanggungjawab. Walaupun perbezaan umur kami agak jauh,”ujar Azza.

Dipetik dari laporan portal hiburan Gua, Azlan yang bekerja sebagai pramugara di syarikat pernerbangan tambang murah Air Asia Berhad, turut bersyukur di atas pernikahan mereka yang telah dirancang sejak dari bulan September tahun lepas berakhir dengan baik. Tambahnya lagi, dia langsung tidak ambil kira perbezaan usia diantaranya dengan isteri, Azza.

“Walaupun perbezaan umur kami jaraknya agak jauh, namun itu langsung tidak menjadi masalah kepada saya. Saya sendiri lupa umur Azza berapa kerana pada saya sama sahaja. Yang membezakannya adalah personaliti seseorang. Janji mereka tahu tugas sebagai suami dan isteri.”

“Tambahan lagi, ikatan kekeluargaan di antara Azza dan anak angkatnya yang kini berusia 7 tahun, Marissa Janna menguatkan lagi niat saya untuk menjadikan Azza sebagai pasangan hidup kerana merasakan Azza mampu menjadi isteri dan juga ibu yang baik dan penyayang kepada anak-anak kami kelak.”

Pasangan ini tampil segak dengan busana tajaan pereka fesyen baru, Syafieq Ayman, dinikahkan oleh jurunikah dan pengurus tadbir Masjid Bukit Antarabangsa, Ustaz Abdul Hakim Abdul Rahman, dengan Azza diwalikan oleh ayahnya Azwari Abdul Aziz walaupun mengalami kesukaran untuk berjalan akibat strok.

Menceritakan detik perkenalan mereka ketika Azza membuat persembahan di pusat membeli- belah Mydin USJ di mana adik Azlan turut membuat persembahan di situ. Tambah Azza lagi, bagi memperingati detik perkenalan mereka, mereka bakal mengadakan majlis resepsi disana pada bulan Mei.

Ditanya tentang lokasi berbulan madu nanti, Azza memberitahu bahawa mereka sudah ada beberapa cadangan destinasi untuk berbulan madu namun masih belum membuat kata putus.

“Kami sudah merancang untuk pergi ke beberapa destinasi yang telah dipilih bersama, namun tempat masih belum diputuskan. Selepas semuanya selesai baru kami fikirkan,” ujarnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s