Tampil Ceritakan Pengalaman Dirogol Bapa Sendiri

London, Selepas 10 tahun menjadi mangsa perlakuan seks bapa sendiri, seorang wanita, Emma Frost, 22, akhirnya berjaya keluar dari kepompong hidup yang sukar itu dalam usaha membantu mangsa rogol yang lain di Britain.

Dia kini menjadi jurucakap untuk kempen `Sekat Rogol Sekarang’ bagi menggalakkan mangsa rogol membuat laporan supaya penyerang mereka dikenakan tindakan undang-undang.

Ketika meceritakan penderitaannya, Emma berkata, dia dilayan oleh bapanya, Christopher Frost, 45, seperti seorang isteri dan selain dirogol, Emma juga terpaksa memasak dan mengemas rumah.

“Perlakuan menjijikkan itu bermula ketika saya berusia sembilan tahun.

“Saya ingat ketika kali pertama dia menyentuh saya, Selepas itu ia berlaku berulang kali sehingga beberapa tahun,” katanya.

Jelas Emma, dia mengetahui perbuatan berkenaan adalah salah namun ketakutan menghalangnya untuk memaklumkan kepada orang ramai dan sejak itu dia mula ponteng sekolah dan bertindak mencederakan diri sendiri.

Selepas perangainya semakin liar, pihak sekolah tidak lagi mampu mengawalnya sehinggakan dia terpaksa dipelihara oleh ibunya pada 2001, beberapa minggu sebelum hari jadinya yang ke-12.

Ibu dan bapanya itu telah berpisah.

Emma berkata, walaupun dia didera secara seksual, namun dia tetap menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki, Graham sehinggakan Emma mengandung.

Apabila mengetahui dia mengandung, bapanya mula bimbang Emma akan meninggalkannya dan sejak itu dia mula merayu supaya anaknya itu terus menetap di rumah mereka bersama bayi berkenaan.

“Selepas melahirkan anak, saya terus tinggal di rumah itu kerana Graham sendiri tidak mempunyai tempat tinggal sendiri,” katanya.

Emma kemudiannya memaklumkan kepada ibunya mengenai kejadian itu dan wanita berkenaan meminta Emma membuat laporan polis.

Pihak berkuasa kemudiannya menyiasat laporan tersebut dan Frost akhirnya ditahan.

Lelaki keji itu kini dipenjarakan seumur hidup sejak Disember lalu.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s