Foto Bogel Kirana Larasati Tersebar?

Baru-baru ini gempar dengan satu lagi foto bogel pelakon dari Indonesia yang telah tersebar meluas di laman web, dan foto bogel tersebut didakwa adalah bintang “Purple Love”, Kirana Larasati.

Walaubagaimanapun, masih ramai orang yakin bahawa gambar tersebut adalah gambar yang telah di “edit” secara digital.

Dalam foto pertama, memperlihatkan seorang wanita sedang berbaring di atas katil tanpa seurat benang, dan foto kedua pula menampakkan wanita tersebut sedang “pose” dalam keadaan separuh bogel dengan menutup payu-daranya dengan rambut.

Satu forum di laman web membincangkan foto yang didakwa milik Kirana itu adalah palsu, dan ramai yang yakin bahawa foto tersebut telah diubah suai.

Salah seorang daripada penulis di forum tersebut juga menyatakan bahawa foto tersebut nampak seperti diubah suai dengan menggunakan ‘Photoshop’ kerana perincian foto disembunyikan menyebabkan ia susah untuk diperinci.

Pada masa sama, pengurus kepada Kirana, Yopie, sekeras-kerasnya menafikan bahawa itu adalah foto Kirana.

“Ia tidak mungkin foto Kirana. Saya kenal dengannya dan dia tidak suka bergambar seperti begitu. Itu bukan gambar dia,” jelas Yopie. – HM

Misteri mistik di sebalik filem ‘Bunohan’

Filem ‘Bunohan’ akan mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air pada 8 Mac 2012. ‘Bunohan’ menjadi sebuah filem yang dinantikan oleh ramai penggiat dan peminat sinema seluruh negara. Filem yang dibarisi oleh para pelakon hebat seperti Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Bront Palarae, Amerul Affendi, Nam Ron dan Husairi Hussien ini diarahkan oleh Dain Said yang juga merupakan pengarah filem kontroversi ‘Dukun’ suatu ketika dulu.

Amerul Affendi depan rumah prop yang menjadi rebutan orang bunian

Seperti filem ‘Dukun’ yang tidak lekang dengan kisah-kisah misteri, filem ‘Bunohan’ ini juga menyimpan beberapa kisah mistik di sepanjang pembikinannya.

Perkara ini diakui dan dikongsi oleh dua pelakonnya Zahiril Adzim dan Amerul Affendi pada satu pertemuan. Ternyata banyak cerita mistiknya melanda penggambaran filem kedua arahan Dain Said ini.“Filem ini paling mencabar di sepanjang karier saya sebagai seorang pelakon. Sebab saya terpaksa berhadapan dengan banyak set penggambaran yang mempunyai seribu kisah mistik. Sangat menakutkan, tapi saya anggap ini sebuah cabaran,” ujar Zahiril Adzim, sebaik ditanya tentang pengalamannya.

Amerul Affendi ketika menceritakan sebuah kejadian di salah satu lokasi berhampiran tasik hijau di Setiu, kelihatan agak resah apabila cuba mengimbas kembali detik penggambaran yang dilaluinya.“Tasik tu memang banyak mistik. Masa tiga orang krew membina pondok untuk tujuan shooting scene saya, Zahiril dan Nam Ron, ada budak kecil yang datang entah dari mana dan berbual dengan mereka tentang hal-hal ghaib di kawasan tu.

Katanya, dah banyak orang yang mati dekat situ. Kemudian bila hampir Maghrib,budak tu masuk ke dalam tasik dan hilang,” cerita Amerul dengan penuh berhati-hati.

“Tapi yang paling cemas, masa hari shooting. Masa tu seorang sahabat saya yang juga bertugas sebagai koreografer bagi aksi Lawi Ayam, nampak banyak makhluk ghaib mengelilingi penjaga konti dan ingin membawanya ke dalam tasik. Setelah berbincang secara ghaib, rupanya masa tu penjaga konti tu dalam keadaan tidak suci. Pada hal, dari awal sudah dimaklumkan oleh sahabat saya syarat-syarat dari ‘penjaga’ tempat tu untuk shooting di situ. Masa tu semua orang rasa lain macam, suasana pun jadi seram sangat-sangat. Tambah pula masa dah hampir Maghrib. Tapi alhamdulillah, setelah sahabat saya terus berbincang dengan makhluk di situ, semua kembali aman dan kami beredar tanpa hal yang buruk berlaku.” sambung Amerul lagi.

Zahiril yang hanya banyak berdiam diri dalam pertemuan itu, kemudiannya menceritakan hal yang berlaku pada hari yang lain di set yang sama, di mana seorang dari krew yang terlibat telah muntah darah sebaik pulang dari lokasi.

“Kecoh juga tempat penginapan kami senja tu. Sampai production terpaksa minta Amerul telefon sahabat yang tahu tentang hal ghaib tu untuk datang. Kebetulan masa tu, sahabat kami tu baru pulang ke KL malam sebelum kejadian. Jadi dia terpaksa datang balik ke Terengganu untuk selesaikan masalah tu. Rupanya krew tu ada mengambil satu cawan purba di kawasan tasik semasa penggambaran,” cerita Zahiril.

Apabila ditanya mengenai kejadian-kejadian mistik lain yang berlaku di sepanjang proses penggambaran filem ini, kedua-dua pelakon berbakat ini mempunyai satu jawapan yang sama, “Banyak”.

Filem ‘Bunohan’ sebelum ini telah menerima pelbagai pengiktirafan di luar negara. Tayangan perdana antarabangsa ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada bulan September 2011 dan Anugerah NETPAC di Festival Filem Taipei Golden Horse pada bulan Oktober 2011. Ia juga telah ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Palm Springs dan tayangan perdana Eropah di Festival Filem Antarabangsa Rotterdam (IFFR) yang berprestij pada Januari 2012.

Universal Pictures bertindak sebagai pengedar filem Bunohan di peringkat antarabangsa.Pada 8 Mac 2012 ini, penantian penggemar filem tempatan terhadap kemunculan filem ini di layar perak akan tercapai.

Kejadian Bunian,Jin dan Iblis.

Kalau manusia mengambil masa sembilan bulan 10 hari untuk mengandung dan melahirkan anak ,Jin pula apabila disentuh alat kelamin jin lelaki dan jin perempuan maka jin perempuan itu akan terus mengandung dan melahirkan anak yang terus mukallaf.maka ia berterusan hingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dan paha kiri pasangannya akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telur itu ada 33 pasang benih.Tiap-tipa pasang benih apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri pasangannya akan mengeluarkan benih seperti yang terdahulu.Maka begitulah caranya pembiakan jin dan iblis hingga ke hari kiamat.
Bunian atau orang gahib adalah campuran lelaki atau perempuan jin dengan lelaki atau perempuan manusia. Anak yang terhasil dari percampuran ini dinamakan bunian. Perangai dan tingkah laku dalam beberapa perkara. perkara mengikut manusia dan sebahagiannya lagi mengikut jin.

Jika asal usul manusia Nabi Adam ,asal usul jin pula adalah dari datuk mereka “Jaan” yang sangat beriman dan melahirkan keturunan yang beriman juga. Selepas itu barulah terdapat keturunan Jaan yang kufur.

Asal Kejadian JIN

“Maarij” bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau “Al-Lahab” iaitu jilatan api yang bercampur antara satu sama lain merah,kuning,hitam dan biru.Sesetengah ulama mengatakan “Al Maarij” ialah api yang sangat terang memiliki suhu yang amat tinggi hingga bercampur antara merah,kuning,hitam dan biru.

Sesetengah pendapat lain mengatakan “Al Maarij” api yang bercampur warnanya dan sama makna dengan “As Samuun” iaitu api yang tidak berasap dan sangat tinggi suhu panasnya.Angin Samuun yang sangat sebati dengan “Al Maarij” itulah Allah SWT jadikan Jaan.

Menurut hadis yang diriwayatkan Ibnu Masaud,angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada 70 bahagian angin Samuun yang sangat panas.

Daripada api yang sangat panas itu Allah jadikan Jin,iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleus-nukleus api.Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa kepadanya,maka jadilah ia seperti yang dikehendaki Allah.Jin juga diberi kelebihan bagi menzahirkan rupa seperti mana yang dikehendaki kecuali rupa Rasullah SAW megikut tahap dan kemampuannya.

Jin juga diperintahkan Allah supaya mengikut syariat Islam.Setelah ditiupkan roh,rupa jin yang sebenarnya hanya diketahui Allah dan Rasulnya.Menurut sesetengah ulama,rupa,tabiat dan kelakuan jin hampir 90% menyamai manusia, namun ada juga yang mengatakan sebaik-baik jin itu adalah sama seperti sejahat-jahat manusia.

Asal campuran kejadian manusia ialah jisim “Kathif” iaitu tanah dan air,Jisim Syafaf campuran api dan angin dan Nurani iaitu akal.roh,nafsu dan hati yang dinamakan “Latifur Rabbaniah” sesuai dengan kejadian sebahagian sebaik-baik kejadian dan “khalifah” di muka bumi.Manakala kejadian Jin pula dari Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan nurani iaitu roh,akal,nafsu dan hati.

Itulah sebagai perkongsian bersama dan yang lebih mengetahui adalah Allah..wassalam.

Hamza Kashgari, kamu dimana sekarang?

By Hishamuddin Rais

Sesiapa yang tahu mendalam tentang budaya Arab akan tahu bagaimana syair, sajak dan gurindam amat-amat dekat di hati bangsa Arab. Bukan sesuatu yang ganjil apabila kita bertemu seorang Beduin di padang pasir yang mungkin buta huruf tetapi boleh menghafal syair dan sajak yang berumur ratusan tahun. Puncak keindahan bahasa Arab ini boleh dihayati dalam al-Quran.

‘I love the rebel of yours dear prophet…” aku berahikan pemberontakan yang kau bawa wahai Nabiku..’ Mengikut Fadiah Nadwa Fikri, inilah intipati syair yang ditulis oleh Hamza Kashgari. Hamza telah menyebarkan syair untuk menyambut Hari Kelahiran Nabi Muhamad tahun lalu melalui Twitternya. Tahun ini ‘kicauan’ ini telah menjadi isu politik yang menggemparkan Arab Saudi.

Setahun dahulu tidak ramai yang ambil peduli tentang isi twitter dari Hamza ini. Tetapi pada tahun ini semuanya berubah. Perubahan ini berlaku kerana suasana budaya politik di negara-negara Arab bergolak dan berubah.

Politik di Mesir, Libya, Tunisia telah berubah. Di Yemen, Syria dan Bahrain pergolakan politik sedang berlaku. Anak-anak muda Arab telah turun ke jalan-jalan raya menuntut perubahan. Anak-anak muda Arab telah bosan dengan rejim lama yang menindas mereka.

Arab Saudi tidak dapat terus menjadi pulau yang bebas dari ombak perubahan. Apa yang sedang berlaku di dunia Arab telah mula meresap untuk mempengaruhi anak-anak muda Arab Saudi. Inilah latar belakang budaya yang menjadikan ‘kicauan’ Hamza Kashgari menggegarkan Arab Saudi.

Hamza Kashgari yang berumur 23 tahun adalah contoh anak muda Arab yang bijak IT dan pengamal media baru yang cekap. Anak kelahiran Riyadh ini juga seorang kolumnis untuk akhbar harian al-Bilad — akhbar tertua di Saudi yang bermula pada tahun 1932.

Hamzah lahir dari keluarga inteligensia Muslim. Ibunya saorang guru agama. Hamza sendiri graduan dari jurusan Islam. Dia juga seorang hafiz yang boleh membaca al-Quran tanpa melihat kitab ini.

Hamza Kashgari terbang ke Kualam Lumpur bukan dari Arab Saudi. Dia terbang dari Jordan. Sebenarnya Hamza Kashgari telah melarikan diri dari Arab Saudi ke Jordan. Dia merasa dirinya tidak selamat di Arab Saudi. Jordan hanya untuk sementara kerana negara ini juga tidak berkeupayaan untuk menjamin keselamatannya.

Nyawa Hamza Kashgari sedang terancam di tanah kelahiranya. Ini timbul kerana ada tuntutan agar anak muda ini di tangkap. Kumpulan kanan dan konservatif dari puak salafi ‘telah naik minyak’ dan mahu kerajaan Saudi menangkap anak muda ini.

Isi Twitter Hamza telah ditafsir sebagai menghina Nabi Muhammad. Malah nombor telefon Hamzah telah disebar kepada orang ramai. Maka tidak ada jalan lain — Hamzah terpaksa melarikan diri ke Jordan.

“Sebenarnya twit ini keluar tahun lalu. Tahun lalu tidak ada sesiapa yang peduli. Tetapi sebelum ini, Hamzah telah berbulan-bulan diawasi dan di ekori oleh mukhabarrat – polis rahsia Saudi. Bukan kerana twit tetapi kerana dia menyusun gerakan anak muda yang mahukan demokrasi.

Hamza cukup aktif… dia ramai kawan…dia baru sahaja berjaya membuat forum membincangkan apa yang berlaku di Syria,” penerangan yang jelas dari Fadiah Nadwa peguam Lawyers for Liberty tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Menurut Fadiah, Hamza Kashgari telah sampai di Kuala Lumpur pada 7 Februari. Kuala Lumpur dipilih kerana warga Saudi tidak perlu meminta visa di kedutaan Malaysia di Riyadh. Visa lawatan boleh diambil ketika sampai ke mana-mana pelabuhan di Malaysia.

“Malaysia bukan negara yang dituju oleh Hamza. Dia mahu mencari suaka politik di Kanada atau di Eropah,” tambah peguam yang membela Hamza ketika dalam tahanan di Bukit Aman.

“Sesampai di Kuala Lumpur, Hamza telah menginap di hotel. Esoknya dia telah menemui ‘kenalan siber’ seorang warga Malaysia yang pernah bertahun-tahun tinggal di Saudi. Esoknya pada 8 haribulan, bersama kenalan siber ini Hamza telah pergi ke kedutaan New Zealand untuk melamar visa.

“Visa telah diberi. Malah pegawai dari kedutaan New Zealand telah memberi nasihat untuk Hamza meninggalkan Malaysia secepat mungkin.”

Sesudah mendapatkan visa, pada hari yang sama Hamza telah membeli tiket penerbangan ke Auckland New Zealand. Nasib Hamza pada ketika itu cukup baik kerana pada keesokan harinya ada pesawat yang akan terbang ke New Zealand.

Ketika Hamza merancang semua ini – ‘mukhabarat’ atau polis rahsia Saudi telah bekerja keras untuk mencium pergerakan Hamza dari Jordan hingga ke Kuala Lumpur. Pihak polis Saudi akhirnya telah bekerjasama dengan polis Malaysia untuk menangkap Hamza Kashgari.

Esoknya, pada 9 haribulan Hamza telah menuju ke KLIA untuk mengambil pesawat ke New Zealand. Mengikut peguam Fadiah, Hamza Kashgari telah ditangkap di lapangan terbang KLIA ini. Polis rahsia Saudi bersama dengan polis Malaysia sedang menunggu ketibaan Hamza di lapangan terbang.

Apabila disedari yang Hamza telah tertangkap, si kawan siber telah menghubungi Lawyers For Liberty. Dengan pantas kumpulan NGO yang berjuang untuk hak asasi manusia ini telah memulakan tugas. Keluarga Hamza di Saudi telah dihubungi.

“Saya bercakap dengan ibu dan ayah Hamza. Mereka dalam kerisauan… mereka takut apa yang akan terjadi pada anak mereka … mereka melantik kami untuk membantu Hamza…” Fadiah mengingatkan kembali bagaimana perbualan dengan keluarga Arab ini wajib menggunakan penterjemah.

Perlembagaan Malaysia dengan jelas telah memberikan hak kepada peguam untuk bertemu anak guaman. Ini asas hak asasi manusia. Berpandukan dengan hak ini Lawyers for Liberty telah menghubungi Bukit Aman.

Para peguam merasakan bahawa Hamza Kashgari pasti sedang di tahan di Bukit Aman. Semua usaha untuk bertemu anak guaman telah gagal.

“Kami tidak dapat bertemu dengan Hamza Kashgari.. beberapa kali kami hubungi pihak berkuasa di Bukit Aman. Tidak ada jawapan yang tepat,” kata Fadiah yang pada ketika itu masih belum putus asa.

Pada Ahad 12 haribulan Februari, Lawyers for Liberty telah berjaya mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan Hamza Kashgari dari meninggalkan Malaysia atau dihantar keluar Malaysia.

“Kami telah pergi ke rumah Hakim Datuk Rohana Yusoff di Subang Jaya untuk mendapatkan perintah mahkamah,”

Perintah mahkamah telah membuat arahan yang Hamza Kashgari tidak boleh di hantar keluar negara kerana telah ada permintaan harbeas corpus yang akan diajukan pada 13 haribulan dan akan didengar di mahkamah terbuka pada 14 haribulan.

Dengan perintah mahkamah ini para peguam telah bergegas ke Lapangan Terbang Subang untuk mencari Hamza. Subang dituju kerana besar kemungkinan polis rahsia Saudi telah datang dengan pesawat khas dan berlabuh di Subang.

Apabila mencari Hamza Kashgari di Subang gagal dengan cepat para peguam telah pergi ke KLIA dengan membawa perintah mahkamah. Sayangnya tidak ada nama Hamza Kashgari dalam data imigresen. Tidak ada nama masuk dan nama keluar.

“He is such a liar… dia telah menipu kerana tidak memberi maklumat tepat kepada peguam dan dia berniat untuk menipu mahkamah…” Inilah kata-kata keras dari Fadiah Nadwa untuk menjawab kenyatan awal Menteri Dalam Negeri Hishamudin Hussein yang menyatakan bahawa Hamza Kashgari tidak berada di Malaysia.

Berita Hamza Kashgari dihantar pulang ke Saudi tersebar di seluruh dunia. Media barat dan badan hak asasi antarabangsa telah menyelar Malaysia.

Kerana telah terbukti bahawa Hamza Kashgari memang telah pernah sampai ke Malaysia, maka Menteri Dalam Negeri telah berkata bahawa ‘Malaysia tidak melindungi pengganas’.

Bagaimana tidak ada rekod kemasukan Hamza Kashgari ke Malaysia masih menjadi tanda tanya. Apa yang sahih ialah telah ada kerjasama antara Malaysia dengan ‘mukhabarat’ Saudi yang telah menerbangkan Hamza dengan pesawat terbang khas pada petang Ahad 12 Februari yang lalu.

Latheefa Koya, juga seorang peguam telah menerangkan ‘di Saudi tidak ada hukum perundangan yang bertulis. Ini menjadikan nasib Hamza Kashgari dalam bahaya.

Abdel Rahman al-Lahim, peguam Hamza di Saudi Arabia hingga ke hari ini masih belum dapat menemui anak guamnya. Keluarga Hamza hanya mendoakan keselamatan ‘Hamza’.

Akhbar Guardian terbitan London pada 17 Februari ini telah melaporkan bahawa kempen untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap Hamza Kashgari sedang berjalan di Saudi.

Media baru — Twitter dan Facebook — kelihatan berkempen sama agar Hamza yang dituduh menghina Nabi Muhammad ini dibunuh. Suara-suara dalam blog dan alam siber yang cuba membantu Hamza telah diancam sama.

Kes Hamza Kashgari ini masih belum selesai. Ianya membawa implikasi politik terhadap dasar hak asasi manusia negara ini. Suhakam telah bersuara membantah tindakan menghantar Hamza pulang.

Pada 27 Febuari yang akan datang mahkamah akan mendengar permintaan harbes corpus yang telah diajukan oleh Lawyers For Liberty. Kes ini bukan hanya mengenai hak asasi warga asing seperti anak muda Hamza Kashgari yang kita tidak tahu dimana dia ditahan sekarang.

Kes Hamza Kashgari ini juga adalah cermin tentang hak asasi warga Malaysia sendiri.

Gerakan murtad beralih ke laman sosial facebook, hina Islam secara terbuka – yahoo

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 17 Feb — Gerakan memesongkan akidah umat Islam masih berlarutan, terbaru gerakan ini yang menggelarkan diri mereka kumpulan penyokong murtad di Malaysia dan Singapura menggunakan laman sosial Facebook bagi meraih sokongan masyarakat.

Dengan penubuhan kelab ini di Facebook ditambah pula penyertaan terbuka kepada mereka yang murtad di negara ini, pengendali laman sosial ini dikesan turut mempelawa mana-mana individu supaya menyumbangkan sokongan moral kepada golongan itu.

Memetik Harian Metro, gerakan itu juga terbuka mengemukakan objektif kumpulan berkenaan sebagai medium kepada sistem sokongan moral untuk golongan terbabit dengan perbincangan mengenai persoalan murtad di Malaysia, termasuk agama Islam serta bangsa Melayu.

Bagaimanapun, mereka yang memasuki laman berkenaan dan cuba berdakwah atau menentang perbuatan serta perbincangan ahli kelab yang menghina dan merendah-rendahkan agama Islam itu segera disekat daripada menjadi ahli.

Sehingga petang semalam seramai 843 orang menyukai pautan dinding kelab terbabit yang mula mencetuskan kebimbangan umat Islam berikutan pandangan dikemukakan keterlaluan termasuk menghina junjungan besar Nabi Muhammad s.aw.

Antara pandangan dikemukakan beberapa ahli kelab itu ialah mempertikai kandungan ayat suci al-Quran, mukjizat nabi selain memaparkan objek menyamai kemaluan yang digambarkan sebagai perkataan Allah dalam bahasa Arab.

Pengendali kelab itu dipercayai cuba memesongkan akidah pembaca dengan memberikan serba ringkas penerangan isu murtad di negara ini serta pada masa sama membuat perbandingan mengenainya dengan beberapa negara Islam lain.

Selain itu, pengendali laman berkenaan turut memberi jaminan keselamatan dan privasi ahli kelab selepas menyertai perbincangan lanjut bersama ratusan pengikut lain.

Selain ahli yang sudah murtad, ahli yang bukan beragama Islam turut mengutuk dan menghina Islam secara terbuka serta memberi gelaran yang melampau bukan sahaja kepada Nabi Muhammad, malah kepada mufti, ulama serta tokoh agama lain.

Mereka juga mempersoalkan beberapa amalan yang disyariatkan kepada umat Islam termasuk pemakaian bagi wanita Islam selain menggelar Islam “agama samseng” hanya kerana umatnya ingin mempertahankan kesucian agama itu.

Pautan pada laman itu juga memaparkan penghinaan terhadap Rasulullah apabila pengendali memaparkan artikel bertajuk “Memahami Muhammad” dengan penuh prasangka buruk terhadap junjungan besar itu termasuk memutar belit sifat mulia Nabi itu dengan kata-kata kesat serta cacian.

“Demi menjamin keselamatan rakyat Malaysia yang murtad dari Islam, mereka tidak digalak menggunakan nama sebenar seperti tercatat dalam rekod negara yang tertulis di kad pengenalan warga negara,” kata satu petikan di laman itu.

Menurut kenyataan itu, individu yang menyertai perbincangan itu dijamin keselamatan peribadi dan digalakkan berbincang dengan menghormati antara satu sama lain.

“Seseorang yang murtad biasanya mengalami krisis peribadi dan risaukan keselamatan kerana hubung kait dengan keluarga dan masyarakat Islam di sekeliling. Jadi marilah kita semua menjadikan tempat ini sebagai tempat pelindung kepada golongan murtad di Malaysia dan menghulurkan bantuan serta sokongan kepada mereka.

“Ini boleh menjadi tempat selamat, penuh dengan dorongan dan sokongan kepada apa jua pilihan dibuat mereka yang murtad. Tanggungjawab kita semua hanyalah untuk menerima mereka ini sebagai seorang individu berhak membuat pilihan dan hidup bebas dari hukuman syariat Islam,” kata pengendali itu.

Sementara itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata akta berkaitan murtad diharap dapat dikuatkuasakan segera bagi membendung kegiatan pihak tertentu yang cuba mewujudkan gerakan menyokong gejala itu.

Kata beliau, kegiatan sebegitu dikesan sejak 20 tahun kebelakangan ini dan dijadikan agenda kumpulan tertentu untuk mendesak kerajaan menerima kegiatan murtad di negara ini.

Menerima Padah, Rokok Elektronik Meletup

PENSACOLA (Florida) – Seorang lelaki yang cuba menyingkirkan tabiat merokok dengan menyedut rokok elektronik, ditimpa malang apabila ia meletup dalam mulutnya akibat kerosakan bateri.

Ekoran letupan itu, beberapa batang gigi depannya tercabut, secebis lidahnya terputus dan wajahnya turut terbakar teruk, kata pegawai bomba, semalam.

“Analogi terbaik adalah ia seperti meletakkan botol berisi roket dalam mulut anda lalu ia meletup,” kata Ketua Bahagian Jabatan Bomba North Bay, Joseph Parker.

“Bateri tercampak daripada tiub dan menyebabkan alat itu terbakar,” katanya.

Pegawai bomba tidak mendedahkan identiti mangsa berikutan polisi jabatan itu, tetapi laman Facebook di bawah nama Tom Holloway, 57, dipenuhi dengan pengunjung yang memberikan komen mengenai kecederaan itu dan pencarian di pangkalan data menunjukkan alamatnya pada laporan di jabatan bomba berpadanan dengan namanya.

Holloway berada di pejabat di kediamannya apabila alat itu meletup menyebabkan kusyen kerusi, gambar, permaidani dan alatan pejabat terbakar.

Kotak bateri hangus yang ditemui di atas cebisan permaidani cair kelihatan seperti alat untuk merokok. – AFP

* Sekadar Gambar Hiasan

22 Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda

1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.

2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3. Rumah yang memelihara anjing.

4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6. Rumah yang sering meninggikan suara.

7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.

10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13. Rumah pemakan riba.

14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15. Rumah yang memiliki patung-patung.

16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17. Rumah yang didiami peminum arak.

18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Sumber : http://www.loveloveislam.com