Ana Raffali Bakal Nikah Februari 2012?

PETALING JAYA – Penyanyi Ana Raffali dilaporkan akan menamatkan zaman bujang dengan pengurus peribadinya yang dijadualkan pada 25 Februari depan.

Menurut khabar angin yang ‘hangat’ membicarakan tentang perkara ini, penyanyi yang manis berbaju kurung itu akan bernikah dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim dan majlis tersebut bakal dilangsungkan di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati.

Bagaimanapun, Ana ketika dihubungi oleh pihak media untuk mendapatkan kepastian perkara itu enggan mengulas lanjut.

Sebaliknya, dia akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL) selesai yang akan berlangsung Ahad ini.

“Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua.

“Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini,” kata Ana.

Dalam masa yang sama, Ana mengakui yang dia berkecil hati dengan tuduhan kononnya mahu menyembunyikan majlis pernikahannya sendiri dan menyifatkan perkara itu tidak adil buat dirinya serta keluarga.

Ana sebelum ini sudah pun merancang untuk mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan berita gembira itu tetapi, perkara itu sudah tersebar terlebih dahulu dan disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Dakwaan (sembunyi perkahwinan) ini adalah tidak adil buat saya dan keluarga. Sudah tentu saya sebagai artis akan berkongsi berita baik ini apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya umumkan.

“Masalahnya, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk AJL26 pada Ahad ini. Saya dan keluarga sudah rancang untuk buat pengumuman perkahwinan selepas AJL selesai.

“Tidak sangka pula, berita itu sudah tersebar tanpa mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan daripada saya terlebih dahulu,” terang Ana.

Ketika ini, Ana sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi lagu Kalau Berpacaran nyanyiannya bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet yang akan bertanding dalam AJL26, hujung minggu ini.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s