Kisah kontroversi punca cinta musnah?

Selepas sekian lama berteka-teki mengenai status hubungan mereka, akhirnya bekas juara “Akademi Fantasia” musim ketujuh (AF7), Hafiz atau nama sebenarnya Mohd Hafiz Mohd Suip akhirnya tanpa berselindung mengakui hubungannya dengan naib juara AF8, Adira sudah berakhir.

“Hubungan kami yang dibina hampir setahun retak disebabkan beberapa isu kontroversi yang membabitkan kami sebelum ini yang secara langsung mengganggu karier masing-masing,” ujar Hafiz ketika ditemui pada sidang media Anugerah Juara Lagu Ke-26 (AJL26) di Bentley Music Auditorium, petang semalam.

Menafikan kehadiran pihak ketiga, Hafiz turut menyatakan keputusan untuk berpisah diambil selepas masing-masing mahu lebih fokus kepada karier yang baru beberapa tahun dibina dan mereka kini kekal berkawan baik.

“Banyak kontroversi yang melanda kami, keadaan tersebut telah memberi impak negatif kepada hubungan kami,” jelas jejaka kelahiran bumi Kenyalang ini lagi.

Hafiz turut berharap dengan pengakuan ini, maka tiada lagi kontroversi yang membabitkannya dengan pelantun lagu hits, “Ku Ada Kamu” tersebut.

Sebelum ini, Hafiz menggemparkan dunia hiburan apabila dilaporkan bertindak kasar ke atas seorang wanita dipercayai pengkid yang bekerja sebagai pengurus pentas ketika rakaman sebuah program hiburan selepas berang dan cemburu apabila mengetahui wanita tersebut cuba menjalinkan hubungan sejenis dengan Adira.

Bercerita tentang persediaannya yang akan bertanding di dalam AJL26 menerusi lagu “Awan Nano” pada 29 Januari ini, Hafiz berkata, buat masa ini dia sememangnya sibuk membuat persiapan untuk persembahanya pada malam anugerah tersebut.

“Setakat ini, saya masih lagi sibuk membuat sedikit susunan muzik “Awan Nano” agar ia kedengaran sedikit berbeza dengan lagu yang ada pada album,” ujar Hafiz.

Mengakui dirinya cukup berdebar memandangkan barisan penyanyi yang turut bertanding pada malam anugerah tersebut seperti Yuna, 3 Suara (Ning Baizura, Shila Amzah, Jacylyn Victor), Aizat dan Projek Pistol dianggap sebagai saingan sengit, Hafiz walaubagaimanapun berharap dirinya dapat memberikan persembahan terbaik pada malam anugerah berprestij tersebut kelak.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s