DAP gembira Anwar bebas, mahu reformasi keseluruhan sistem

KUALA LUMPUR, 9 JAN – DAP menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membebaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan liwat.

“Hari ini Anwar dibebaskan, dan kita harap esok Malaysia pula dibebaskan,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berharap agar rakyat Malaysia berhati-hati dan melihat perkembangan seterusnya dalam sistem perundangan Malaysia, sama ada ia benar-benar bebas atau tidak.

Katanya, keputusan mahkamah hari ini tidak semestinya mencerminkan kebebasan menyeluruh sistem.

“Kita mahu bukan sahaja keadilan untuk Anwar, kita mahu keadilan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya kepada Roketkini.

Beliau mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan bahawa Anwar tidak bersalah atas tuduhan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Tuduhan itu boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun jika Anwar didapati bersalah.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, apa yang lebih penting ialah keputusan mahkamah hari ini diharap menjadi iktibar kepada Peguam Negara supaya tidak menjadi senjata politik Barisan Nasional untuk “menguruskan” pemimpin Pakatan Rakyat.

“Ini bukan orang biasa anda dakwa. Anda dakwa Ketua Pembangkang dan bakal calon Perdana Menteri,” tambah beliau.

Menurutnya, keputusan mahkamah hari ini adalah satu lagi pembuka jalan agar rakyat Malaysia mendapat ruang yang lebih besar dan bebas bagi memastikan keluhuran undang-undang buat semua rakyat Malaysia.

Dalam masa sama beliau menegaskan agar tidak ada lagi lanjutan kes ketiga yang sama terhadap Anwar – di mana dalam kedua-dua kes tersebut, Anwar telah didapati tidak bersalah.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang pula menyatakan bahawa pembebasan Anwar adalah kejayaan besar untuk keadilan di negara ini.

“Ia adalah pendorong untuk harapan baru. Lebih penting, semua rakyat Malaysia bersedia untuk ubah dalam pilihan raya umum ke-13,” katanya.

Sementara itu, di hadapan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Anwar mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan rakan-rakan dari Pakatan Rakyat yang hadir memberi sokongan terhadapnya.

Beliau menegaskan bahawa apa yang lebih penting ialah membebaskan rakyat Malaysia dari segi ekonomi, sosial dan perundangan.

“Seterusnya kita harus memberi tumpuan kepada pilihan raya umum akan datang,” katanya di hadapan lebih 7,000 rakyat di perkarangan kawasan mahkamah itu. – Roketkini.com

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s