Irina Shayk tolak tawaran Playboy

Model pakaian dalam kelahiran Rusia, Irina Shaykhlislamova atau lebih dikenali sebagai sebagai Irina Shayk mula mencipta nama apabila seringkali muncul dalam majalah Sports Illustrated edisi pakaian renang sejak daripada tahun 2007.

Walaupun seringkali tampil seksi dan adakalanya tidak berpakaian dalam majalah, teman wanita kepada pemain bola Real Madrid, Cristiano Ronaldo ini memberitahu dia tidak akan bergambar untuk majalah Playboy.

Berkata dalam satu temubual bersama majalah lelaki Esquire edisi Februari, Shayk berkata, majalah milik Hugh Hefner pernah menawarnya wang yang banyak, tetapi dia menolak.

“Saya tidak akan bergambar untuk Playboy. Ya, saya memang model pakaian dalam. Namun saya mempunyai kelas tersendiri. Mereka pernah menawarkan wang yang banyak tetapi dalam fikiran saya berkata tidak.

“Memang Naomi Campbell dan Claudia Schiffer pernah melakukannya. Namun mereka mengambil tawaran tersebut di saat-saat akhir karier mereka. Saya menganggap diri saya sebagai perempuan muka hadapan. Akan tetapi saya tidak akan melakukan majalah yang sedemikian.”

Menariknya, Shayk membuat kenyataan berani itu ketika bergambar separa bogel untuk majalah lelaki tersebut.

Model berusia 25 tahun ini turut berkongsi minatnya terhadap skirt pendek dan kasut tinggi. Malah dia mengakui dirinya tidak disukai oleh lelaki dan seringkali diejek kerana mempunyai kulit yang gelap.

Shayk dan Ronaldo dilaporkan sudah bertunang pada Februari tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak awal 2010. Mereka bertemu selepas bergandingan bersama dalam kempen iklan jenama Armani Exchange.

Shayk kini berada di posisi ke-10 dalam carta “Top 20 Model Paling Seksi” di laman web Models.com.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s