Hubungan Anak Dan Ibu Bapa

Gambar Hiasan.

(Pembesaran anak-anak adalah lebih bahagia dan sempurna jika
ibu-bapanya sentiasa sihat dan riang gembira)

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan
membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua.

Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak
bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa.

Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini
bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan
memerlukan lebih perhatian.

Terdapat sekurang-kurangnya 3 bakti perlu dilakukan setiap anak
terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah.

Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka
tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia.
Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung
perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat.

Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan
kewangan kepada ibu bapa.

Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa
untuk membesar dan mendidik anak.

2. Menyediakan tempat tinggal.

Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai
untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat
tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa.

Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat
menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan
baik.

3. Memberi kasih sayang.

Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini
telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah
padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas
dengan sebaik-baiknya.

APAKAH “BERKAT” ?

Berkat diambil daripada perkataan Arab iaitu “BARAKAH”. Dan perkerjaan “mengambil berkat“ pula dikenali sebagai “TABARRUK“.

Sudah tentulah “ berkat “ yang ditanya itu bukannya “ berkat @ barakat “ sebagai mana yang difahami oleh masyarakat Jawa, iaitu “ nasi kenduri yang dibawa pulang sebagai bekalan “.

Oleh itu “berkat“ ini ialah : BAHAGIA, BERUNTUNG, BERTAMBAH & BERKEMBANG .

Ar-Raghib Al-Isfahani mendefinasikannya sebagai :

Ertinya : “ Keberkatan itu ialah tetapnya kebaikan Ilahi di dalam sesuatu “.

Maka jelaslah “ MENGAMBIL BERKAT “ pula ialah : “ Mengharapkan datangnya kebaikan daripada Allah Ta’ala dari sesuatu yang dipercayai mempunyai nilai-nilai keberkatan “.

Contoh-contohnya :

KEBERKATAN DI DALAM BELAJAR :

~ Sedikit yang dipelajari dengan ikhlas kerana Allah Ta’ala, membuahkan lagi ilmu-ilmu lain.
~ Secocok dengan ajaran Allah Ta’ala dan Rasul-Nya (saw).
~ Ianya membuahkan amal seterusnya iman.
~ Ianya merangsangkan lagi minat beribadat.
~ Ilmu yang disalurkan, dikembangkan pula oleh generasi selepasnya.

KEBERKATAN DI DALAM BERAMAL & BERIBADAT :

~ Amalan yang diamalkan itu secocok dengan Allah Ta’ala dan Rasul-Nya (saw).
~ Amalan itu IKHLAS kerana Allah Ta’ala.
~ Amalan itu membuahkan hasil yang selari dengan kehendak Islam.
~ Terasa manisnya beribadat.
~ Lahirnya ibadat itu setelah mempelajari Sunnah Baginda s.a.w.

KEBERKATAN MASA :
~ Berdoa di saat menjelangnya Subuh ( 1/3 daripada malam ).
~ Makbulnya doa di antara Azan dengan Iqamah.
~ Makbulnya doa di antara Azan Jumaat dengan selesainya khutbahnya.
~ Makbulnya doa khasnya di musim Ramadhan dan terutamanya di 10 hari-hari terakhirnya.
~ Makbulnya doa ketika melakukan Ibadah Haji khasnya ketika melakukan Wuquf di Arafah.

KEBERKATAN TEMPAT :
~ Beribadat di ketiga-tiga masjid : Masjidil Haram di Mekkah Al-Mukarramah, di Masjid an-Nabawi di Madinah Al-Munawwarah dan di Masjidil Aqsa di Palestin.
~ Berkatnya berdoa di Padang Arafah ketika Wuquf.
~ Berkatnya berdoa di Multazam, Di Safa & Marwah, Maqam Ibrahim, Telaga Zam-Zam dan sekitar kawasan haji.

KEBERKATAN PADA REZEKI DAN MAKANAN-MINUMAN :
~ Rezeki itu daripada sumber yang tidak haram dan tidak syubhat.
~ Rezeki itu sedikit dirasa, tetapi mencukupi keperluan.
~ Rezeki itu dengannya kita mampu membiayai keluarga dan menjaga kebajikan mereka menurut neraca syariat.
~ Rezeki itu tidak “ menggelapkan hati “ daripada cahaya Allah Ta’ala.
~ Rezeki itu tidak menyebabkan kita jauh daripada hidayah Allah Ta’ala.
~ Rezeki itu menyemarakkan lagi semangat untuk beribadat.

KEBERKATAN PADA USIA :
~ Usia yang ada dimanfaatkan untuk menegakkan perjuangan Islam.
~ Usia sedikit, tetapi mendatangkan manfaat yang besar – contohnya ulama’ silam, mereka mampu menghasilkan kitab-kitab yang berjumlah beratus-ratus jilid dan judul walaupun mereka tidak mampu hidup lama.
~ Usia itu memenuhi persoalan : “ Untuk apa kita dilahirkan ke dunia ini ? “.

Kerana keberkatan itu sendiri adalah urusan ibadat, maka sudah semestinyalah ianya ditentukan oleh MAHA PENGATUR SYARIAT iaitu Allah Ta’ala dan diterangkan pula oleh utusan-Nya iaitu Baginda Rasulullah s.a.w/

DOA UNTUK IMAMKU

Ya Allah,,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi imam dalam hidupku,,
Seseorang yang mencintaiku sungguh lebih dari segala sesuatu,,
Lelaki yang meletakkanku pada posisi kedua dihatinya setelahMu,,
Lelaki yang hidup bukan hanya untuk dirinya tapi juga untukMu,,

Ya Allah,,
Wajah tampan dan daya tarik fisik tidaklah penting,,
Yang paling penting adalah hati yang sangat mencintaiMu,,

Ya Allah,,
Berikan aku lelaki yang memiliki hati yang bijak,,
Bukan hanya otak yang cerdas,,
Lelaki yang tidak hanya mencintaiku tetapi juga menghormatiku,,
Lelaki yang tidak hanya memujiku tetapi juga membimbingku,,
Lelaki yang mencintaiku bukan hanya karena fisikku tapi juga hatiku,,
Lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaik dalam setiap waktu,,
Lelaki yang dapat membuatku sebagai seorang wanita saat berada disisinya,,

Ya Allah,,
Aku tak meminta lelaki yang sempurna sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mataMu,,
Aku hanya meminta lelaki yang membutuhkan dukunganku sebagai pendampingnya,,
Lelaki yang membutuhkan doaku untuk kehidupannya,,
Lelaki yang membutuhkan senyumanku untuk mengatasi kesedihannya,,
Lelaki yang membutuhkanku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna,,

Ya Allah,,
Aku juga meminta,,
Jadikan aku seorang perempuan yang dapat membuatnya bangga dan bahagia,,
Berikanku sebuah hati yang sungguh mencintaiMu sehingga aku dapat mencintainya dengan cintaMu,,
Bukan mencintainya dengan sekedar cintaku,,

Ya Allah,,
Berikanlah sifatMu yang lembut sehingga kecantikanku datang dariMu,,
Berikanlah aku tanganMu sehingga aku slalu mampu berdoa untuknya,,
Berikanlah aku matamu sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dalam dirinya,,
Berikan aku mulut yang penuh dengan kata-kata kebijaksanaanMu sehingga aku dapat mendukungnya setiap hari,,

Ya Allah,,
Bilamana akhirnya kami bertemu,,
Aku harap kami berdua dapat mengatakan
“Maha suci Allah karena telah memberikan kepadaku seseorang yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna”,,
Aku tahu bahwa Kau menginginkan kami bertemu pada waktu yang tepat,,
Dan aku juga tahu Kau akan membuat segala sesuatu indah pada waktunya,,

Amin Ya Rabbal’alamin.

Doa Bertemu Jodoh Untuk Kaum Wanita

Pernah dengar istilah anak dara tua (andartu), anak dara lanjut usia (andalusia), janda berhias dan sebagainya?

Sebenarnya penulis dan ramai pihak tidak begitu gemar hendak melabelkan seseorang wanita yang tidak berkahwin itu dengan pelbagai gelaran sedemikian.

Namun di sebalik pelbagai gelaran itu, kita kena terima hakikat, memang jumlah wanita yang belum berkahwin cukup ramai ketika ini

Ada pendapat mengatakan, antara punca wanita tidak berkahwin bukanlah kerana mereka lebih selesa hidup bersendirian daripada menanggung risiko dalam perkahwinan tetapi disebabkan tidak ramai lelaki yang layak dijadikan suami.

Sudahnya, suami orang juga yang diintai, lebih-lebih lagi suami misali, kerana mereka tentunya memikat hati banyak wanita.

Malah ada tinjaun menunjukkan, fenomena pelajar perempuan menguasai institut pengajian tinggi (IPT) dewasa ini telah mewujudkan semakin ramai golongan wanita yang enggan berkahwin.

Penulis difahamkan, yang merisaukan ramai wanita andartu ialah, masa berlalu, tetapi mereka tetap tidak mempunyai calon yang sesuai dan memahami diri mereka, dalam masa yang sama mereka juga takut untuk tangkap muat, bimbang kalau menyesal di kemudian hari.

Bagi Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Anisah Abdul Ghani , dalam menghadapi tekanan hidup, apatah lagi ke atas golongan tanpa suami, maka menjaga hubungan dengan Allah adalah amat-amat diperlukan.

Ini kerana golongan sebegini sering dilempar dengan pelbagai tohmahan yang sudah pastinya menyentap dan mengguris hati kecil seorang wanita.

Ditambah pula dengan lemparan gelaran dan jolokan seperti ‘janda berhias’, ‘janda meletup’ ‘andartu’ dan ‘andalusia’ seperti yang disebutkan di awal tadi.

Padahal sepatutnya, golongan ibu tunggal harus dibela kebajikan dan dijaga sensitiviti mereka.

Besar kemungkinan juga, segelintir wanita yang tidak berkahwin itu bukannya memilih, jauh sekali menafikan sunnah Nabi.

Tetapi semua itu adalah dugaan Allah Yang Maha Mengetahui.

Sayangnya, itulah realiti masyarakat kita yang sesuka hati melabelkan seseorang itu tanpa meletakkan diri mereka ditempat si pulan itu.

Hakikatnya, lelucon yang berlebihan dan sindiran yang menyakitkan itu memberi kesan kepada mental, spiritual dan emosi individu yang dimaksudkan itu.

Tambah memburukkan keadaan apabila ada segelintir mengaitkan golongan sebegini dengan perlakuan maksiat dan tidak bermoral.

Meskipun tidak dinafikan ada kes sedemikian, namun punca utamanya bukanlah disebabkan oleh status mereka itu.

Lantaran itu, selagi individu yang terpaksa memikul bebanan atas tuduhan yang tidak berasas ini berpegang dengan pendirian setiap sesuatu itu adalah dengan kehendak-Nya, kata Anisah, mungkin tekanan ini dapat dikurangkan atau dijadikan penawar atau sebagai pemujuk hati.

Ermmm…menarik juga apa yang dikatakan pensyarah ini.

Apapun, alang-alang kita menyentuh bab ini, penulis ada terjumpa sepotong doa dalam laman web Darussyifa khusus untuk kaum wanita (seperti di atas) yang mengharapkan jodoh atau dipertemukan insan yang soleh sebagai teman hidup mereka.

Darussyifa ini merupakan satu pusat perubatan cara Islam yang cukup terkenal di negara ini yang diterajui oleh Datuk Dr. Haron Din.

Mana tahu dengan mengamalkan doa ini, akan dimakbulkan harapan dan seterusnya bertemu dengan jejaka idaman yang diidamkan, InsyaAllah.
Selamat Mencuba Dari Pentadbir Blog Teratakusang.

Siapakah Kita?

Assalammualaikum,

Al Quran dan Hadis banyak menyebut tentang orang-orang Islam yang zalim, fasik, soleh dan bertaqwa. Kalau kita teliti betul-betul, kita akan dapati bahawa orang-orang yang dimaksudkan itu boleh dibahagi-bahagikan ke dalam beberapa kategori. Kalau kita kaji orang-orang yang dalam berbagai kategori ini, mungkin kita akan dapat faham kedudukan orang bertaqwa berbanding dengan orang-orang di kategori-kategori yang lain. Kita pun dapat mengukur di tahap mana diri kita, sama ada kita sudah selamat atau belum.

Kategori-kategori tersebut ialah:

1. Orang yang abai
2. Orang yang cuai
3. Orang yang lalai
4. Orang yang bertaqwa

ORANG YANG ABAI

Ertinya orang yang mengabaikan Tuhan dan syariat Tuhan. Dia itu Islam mungkin kerana datuk neneknya Islam dan emak ayahnya Islam. Maka secara automatik, dia pun Islam. Namun dia tidak fikir tentang Tuhan dan tidak fikir tentang syariat Tuhan. Dia tidak fikir tentang ibadah dan dia tidak fikir tentang halal dan haram. Tuhan ada atau tidak, tidak penting baginya. Tuhan ada atau tidak ada, sama sahaja baginya.

Begitulah rasa hati orang yang mengabaikan Tuhan.Dia hidup mengikut gaya dan corak yang disukainya. Tidak mengikut syariat yang ditetapkan oleh Islam. Lebih tepat lagi, dia mengikut hawa nafsunya. Kalau kita tanya apa agamanya, dia kata dia Islam. Tetapi Islam itu tidak nampak pada dirinya, peribadi dan tingkah lakunya. Islamnya hanya berdasarkan keturunan dan warisan.

ORANG YANG CUAI

Ini baik sedikit dari orang yang abai. Orang cuai ini, dia rasa bertuhan tetapi di waktu-waktu yang tertentu sahaja terutama di waktu dia susah, di waktu dia sakit dan di waktu dia diuji. Di waktu-waktu itu dia mengeluh, “Wahai Tuhan!!” Waktu senang, dia langsung tidak ingat Tuhan. Ibadahnya mengikut keadaan. Apabila dia tidak sibuk dia beribadah ala kadar. Apabila dia sibuk atau dia tidak ada mood, dia tidak sembahyang dan tidak puasa. Begitu juga dengan perkara halal haram. Ada masa dan dalam sesetengah hal, dia tidak buat yang haram. Pada masa dan dalam sesetengah hal yang lain pula, dia selamba sahaja buat yang haram.

Dengan kata-kata yang lain, orang yang cuai ini, dia buat sedikit tetapi banyak yang dia tidak buat. Sebahagian kecil dia buat, sebahagian besar dia tinggalkan. Atau dia buat suruhan agama bermusim- musim. Dia tidak rasa menyesal dan tidak rasa bersalah atau berdosa di atas semua itu.

ORANG YANG LALAI

Orang ini, soal lahiriahnya termasuk ibadahnya sangat baik dan tidak boleh dipertikaikan. Semuanya selesai, semuanya beres. Kalau dipandang secara lahir, orang akan kata dia orang agama, orang baik, ahli ibadah. Segala rukun Islam dibuatnya, ditambah pula dengan yang sunat-sunat. Dia buat umrah, baca Quran,wirid dan zikir. Tasbih sentiasa di tangan. Orang ramai sekampung memujinya. Mereka kata, “Baik orang itu.” Amalan agamanya yang lahir beres. Syariat lahirnya selesai. Yang tidak selesai dan yang tidak beres ialah hatinya.

Semakin banyak beribadah, dia semakin tamak, semakin bakhil, semakin hilang rasa takut dengan Tuhan, semakin tidak ada rasa hamba dan dia rasa selamat dengan ibadahnya yang banyak itu. Dia tertipu dengan sembahyang dan ibadah-ibadahnya yang lain. Orang melihat dia seperti beragama tetapi hakikatnya dia adalah orang yang lalai. Manusia kata dia baik tetapi Tuhan kata dia tidak baik sebab hatinya tidak takut dan tidak cinta dengan Tuhan. Dia masih megah, angkuh, cinta dunia dan gila puji walaupun sembahyangnya banyak, puasanya banyak, baca Quran, wirid dan zikirnya banyak. Tuhan kata dia orang yang lalai. Walaupun dia tidak lalai dengan ibadah lahiriah tetapi hatinya lalai dengan Tuhan.

Hakikat ini membuatkan kita cemas. Orang yang dianggap beragama pun tidak selamat kerana faktor lalai. Dan lalai itu bukan perkara lahir tetapi perkara hati. Tidak takut Tuhan, tidak takut dengan dosa, itu termasuk lalai walaupun sembahyang banyak, puasa banyak, wirid, zikir dan baca Quran banyak.

ORANG YANG BERTAQWA

Orang yang bertaqwa pula dia sempat buat ibadah yang wajib sahaja. Ibadah-ibadah sunat kurang. Itupun ibadah sunat yang dibuat hanya yang besar-besar sahaja. Yang kecil-kecil tidak dibuat. Kalau dibandingkan ibadahnya dengan ibadah orang yang lalai atau ahli abid, sangat jauh bezanya. Banyak kurangnya. Tetapi dia takut dan cinta dengan Tuhan. Rasa bertuhannya tebal. Hatinya sentiasa rasa tidak selesai dengan Tuhan.

Dia tidak rasa dirinya baik malahan dia rasa dirinya orang yang paling jahat, hina dan tidak berguna. Inilah orang yang bertaqwa.Walaupun dia buat ibadah yang wajib sahaja dan yang sunat kurang, namun dengan Tuhan hatinya sentiasa bergelombang dan bergelora macam air laut yang tidak pernah tenang. Dia kurang buat ibadah-ibadah sunat yang kecil-kecil sebab terlalu sibuk, terlalu letih dan tidak ada masa kerana terlalu banyak membantu dan menolong manusia serta membuat kerja-kerja masyarakat. Masanya banyak dimanfaatkan untuk orang ramai.

Ibadah hablumminallahnya kurang tetapi yang hablumminannasnya banyak. Ibadah ini lebih besar pahalanya dari ibadah-ibadah sunat. Rasulullah SAW ada bersabda: Maksudnya: “Sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain.” Memberi manfaat kepada manusia lain dengan tenaga, ilmu, minda, kuasa, wang ringgit dan lain-lain itu adalah lebih besar. Buktinya orang yang banyak ibadah pun tidak sanggup hendak berbakti, berkhidmat atau berkorban apa yang ada padanya untuk manfaat orang lain.

Orang bertaqwa tidak membuat dosa. Kalau dia sedar dia terbuat dosa, sehari suntuk jiwanya akan terseksa. Dia rasa menyesal, menderita dan dukacita. Dia akan buat ibadah-ibadah tambahan yang lain untuk menutup dan menebus dosanya itu. Begitulah kategori orang-orang Islam berdasarkan apa yang disebut dalam Quran dan Hadis sebagai zalim, fasik, soleh dan bertaqwa. Mengikut kategori-kategori ini, barulah kita tahu dan sedar tentang letak duduk orang bertaqwa berbanding orang yang abai, cuai dan lalai. Umat Islam sekarang ini hina-dina di mana-mana, tidak dibantu, tidak dilindung dan tidak dibela oleh Tuhan kerana orang Islam yang bertaqwa terlalu sedikit jumlahnya. Ia masih kumpulan minoriti.

Yang terbanyak ialah orang Islam yang abai, diikuti orang Islam yang cuai dan lalai. Tuhan tidak membantu dan tidak membela orang Islam yang abai, cuai dan lalai ini. Tuhan hanya akan membantu orang Islam yang bertaqwa sahaja. Di Akhirat nanti, hanya orang yang bertaqwa sahaja yang akan selamat.

Manohara tidak trauma

31 Jan, Model Indonesia, Manohara Odelia Pinot menafikan dirinya trauma selepas bercerai dengan bekas suaminya yang merupakan kerabat diraja Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry.

“Saya tidak trauma tetapi saya sememangnya tidak mempunyai teman lelaki lagi,” ujar model berusia 19 tahun kepada media Indonesia selepas ditemui di majlis resepsi perkahwinan temannya, Febry Rizky Andhika Siregar bersama vokalis kumpulan Lyla, Indra Perdana Sinaga di Hotel Sultan, Senayan, Jakarta Pusat baru-baru ini.

Ketika ditanya tentang kriteria lelaki idamannya, model berdarah campuran Perancis dan Bugis ini memberitahu dia bukanlah seorang yang memilih, sebaliknya mementingkan keserasian.

“Tidak kira banyak kriteria yang dimiliki oleh seseorang, apa yang penting adalah keserasian antara satu sama lain dan saling memahami.”

Manohara yang berkahwin pada usia 16 tahun memberitahu dia juga tidak memilih calon pasangannya berdasarkan pangkat atau golongan tertentu dan pada masa yang sama berusaha melakukan perubahan agar rumah tangganya akan menjadi lebih baik satu hari nanti.

Ana Raffali Bakal Nikah Februari 2012?

PETALING JAYA – Penyanyi Ana Raffali dilaporkan akan menamatkan zaman bujang dengan pengurus peribadinya yang dijadualkan pada 25 Februari depan.

Menurut khabar angin yang ‘hangat’ membicarakan tentang perkara ini, penyanyi yang manis berbaju kurung itu akan bernikah dengan pemuda yang dikenali sebagai Naim dan majlis tersebut bakal dilangsungkan di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati.

Bagaimanapun, Ana ketika dihubungi oleh pihak media untuk mendapatkan kepastian perkara itu enggan mengulas lanjut.

Sebaliknya, dia akan mengadakan sidang media bagi mengumumkan perkara berkenaan selepas Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL) selesai yang akan berlangsung Ahad ini.

“Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu, saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Bagi saya, biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua.

“Apa–apa pun, saya mohon semua pihak bersabar dan tidak tersalah anggap dengan keputusan saya ini. Tunggu sehingga saya adakan sidang media perkahwinan dalam masa terdekat ini,” kata Ana.

Dalam masa yang sama, Ana mengakui yang dia berkecil hati dengan tuduhan kononnya mahu menyembunyikan majlis pernikahannya sendiri dan menyifatkan perkara itu tidak adil buat dirinya serta keluarga.

Ana sebelum ini sudah pun merancang untuk mengadakan sidang media khas bagi mengumumkan berita gembira itu tetapi, perkara itu sudah tersebar terlebih dahulu dan disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Dakwaan (sembunyi perkahwinan) ini adalah tidak adil buat saya dan keluarga. Sudah tentu saya sebagai artis akan berkongsi berita baik ini apabila tiba waktu yang sesuai untuk saya umumkan.

“Masalahnya, saya sedang sibuk membuat persiapan untuk AJL26 pada Ahad ini. Saya dan keluarga sudah rancang untuk buat pengumuman perkahwinan selepas AJL selesai.

“Tidak sangka pula, berita itu sudah tersebar tanpa mendapatkan sebarang penjelasan atau pengesahan daripada saya terlebih dahulu,” terang Ana.

Ketika ini, Ana sedang sibuk membuat persiapan terakhir bagi lagu Kalau Berpacaran nyanyiannya bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet yang akan bertanding dalam AJL26, hujung minggu ini.