Berita hiburan antarabangsa paling sensasi tahun 2011

Dunia hiburan antarabangsa tidak pernah sunyi dari terpalit dengan isu-isu kontroversi. Penyalahgunaan dadah, ketagihan alkohol, konflik rumahtangga adalah antara subjek hangat yang sering didepani selebriti-selebriti terkemuka Hollywood. Tidak kurang juga dengan berita-berita sensasi lagi menggemparkan, kisah suka-duka dan pahit manis insan seni dan selebriti terkemuka turut digarap dan dimuatkan sebagai kupasan warna warni yang menghiasi dunia hiburan antarabangsa sepanjang tahun 2011.

10. Baby Harper Seven penyeri rumahtangga Beckham

Victoria Beckham bersama Harper Seven BeckhamSetelah 12 tahun mendirikan rumahtangga dan beberapa kali gigih mencuba, akhirnya pasangan selebriti terkemuka David dan Victoria Beckham menyambut kehadiran anak tunggal perempuan mereka yang dilahirkan di Los Angeles pertengahan tahun ini. Pasangan tersebut turut meraikan kehadiran anak keempat mereka bersama tiga anak lelaki, Brooklyn, Romeo dan Cruz. Pasangan kaya raya itu yang dikatakan bernilai 165 juta pound telah menamakan puteri mereka Harper Seven. Sementara itu, penyanyi pop seksi Beyonce dan rapper Jay-Z bakal menimang cahaya mata sulung mereka yang dijadualkan lahir pada bulan ini sebagai berita penutup tirai dunia hiburan antarabangsa 2011.

9. Watak Craig & Rachel sebagai suami isteri dalam filem jadi realiti

Rachel WeiszHero filem “James Bond”, Daniel Craig bijak menggunakan kemahiran “risiknya” dengan menyembunyikan perkahwinan beliau dengan aktres jelita, Rachel Weisz di New York pertengahan tahun ini. Daniel dan Rachel dilaporkan mula menjalin hubungan cinta semasa di lokasi penggambaran filem “Dream House” di mana kedua-dua mereka membawakan watak sebagai suami isteri di dalam filem tersebut. Lebih menarik, momen istimewa itu hanya disaksikan oleh empat orang tetamu termasuk anak perempuan Daniel, Ella dan anak lelaki Rachel, Henry serta dua kenalan rapat mereka. Sehingga kini, aktor Britain itu lebih selesa mengunci mulut mengenai rumahtangga yang baru dibinanya dan hanya mengakui bahawa dia kini sedang dilamun cinta dan amat bahagia. Pasti menarik pengarah menggandingkan mereka sebagai hero dan heroin filem aksi James Bond selepas ini.

8. Adam Lambert bertumbuk dengan teman lelaki

Sauli Koskinen dan Adam LambertNaib Juara American Idol 2009, Adam Lambert dan teman lelakinya yang juga bintang TV realiti, Sauli Koskinen telah ditahan oleh pihak berkuasa Helsinki baru-baru ini setelah terlibat dengan pergaduhan. Menurut laporan media tempatan, pergaduhan tersebut mula tercetus ketika mereka berada di dalam sebuah bar kumpulan gay, Don’t Tell Mama pada jam 4 pagi dan keadaan menjadi semakin tegang sehingga pergaduhan mereka berlarutan di luar bar tersebut. Beberapa orang pengunjung bar berkenaan dikatakan cuba meleraikan pergaduhan mereka tetapi sebaliknya turut terkena pukulan liar. Adam yang popular dengan lagu Whataya Want From Me menjadi perhatian dunia hiburan setelah membuat pengakuan dirinya seorang gay selain pernah mencetuskan kontroversi berhubung aksi erotiknya dalam satu majlis anugerah tidak lama dulu.

7. Demam Bieber melanda dunia

Justin BieberTahun 2011 juga tidak ketinggalan dilanda demam Justin Bieber. Penyanyi remaja kegilaan gadis seluruh dunia yang berasal dari Kanada itu menjadi fenomena dunia setelah namanya dilonjak menerusi jejaring sosial. Rakaman video Bieber menyanyi yang dimuat naik di YouTube empat tahun lalu telah menarik perhatian promoter dari label muzik yang telah menjadikannya artis rakaman. Kini, penyanyi yang popular dengan lagu Baby dan Never Say Never itu menjadi idola dunia dengan lebih 200 juta orang mengikuti akaun Tweeter beliau. Para peminat penghibur cilik sensasi berusia 17 tahun itu seperti dihipnotis dengan kelincahannya menghibur sehingga ada yang menangis gembira bertemu penyanyi yang dilabel sebagai “Macaulay Culkin” industri muzik itu walaupun beliau secara terbuka berkongsi kisah cintanya dengan hos TV remaja Selena Gomez. Penyanyi comel itu juga tidak terlepas dari terpalit dengan kontroversi apabila seorang remaja perempuan mendakwa hamil anak Bieber.

6. Doktor Raja Pop Dijatuhi Hukuman Penjara

Dr. Conrad MurrayDoktor peribadi mendiang Michael Jackson, Dr. Conrad Murray akhirnya dijatuhkan hukuman 4 tahun penjara kerana didakwa bersalah menyebabkan kematian Raja Pop itu pada Jun 2009. Penyanyi “Thriller” itu dilaporkan meninggal dunia kerana penggunaan ubat bius secara berlebihan untuk bantuan tidur. Ubat bius tersebut diberikan oleh Murray di rumah sewaan penyanyi itu tidak lama sebelum konsertnya dijadualkan berlangsung di London. Pihak juri menyatakan Murray bersalah atas pembunuhan tidak disengajakan kerana kelalaian besar doktor tersebut. Baru-baru ini, anak perempuan Michael, Paris yang muncul dalam program bual bicara, Ellen Degeneres telah mendedahkan bagaimana dia sering merasa bodoh apabila dipakaikan topeng oleh Michael apabila berada di khalayak ramai ketika kecil tetapi akhirnya memuji tindakan ayahnya yang ingin melindunginya. Michael juga sempat berpesan kepada Paris yang bakal membintangi filem animasi supaya terus mengembangkan bakat lakonannya.

5. Harry Potter lakar sejarah filem fantasi terbilang

Daniel RadcliffeDunia magis Harry Potter telah berjaya meletakkan filem kelima, “Harry Potter and The Deathly Hallows (Part II)” sebagai filem Hollywood palis laris dengan mencapai kutipan lebih USD1billion. Kejayaan yang dicapai dalam tempoh tayangan 17 hari itu merupakan rekod terpantas bagi sesebuah filem sekali gus menjadikannya filem paling berjaya bagi syarikat perfileman Warner Bros dan francais fantasi terbilang dalam abad ke-21 ini. Helah magis watak budak lelaki berambut hitam dengan kening tebal yang didukung oleh pelakon dari Britain Daniel Radcliffe itu ternyata berkesan sehingga dia dinobat sebagai selebriti muda terkaya di dunia!

4. Hollywood suram dengan pemergian Liz & Amy

Amy WinehousePentas layar perak turut diselubungi kemuraman dengan berita kematian pelakon lagenda, Dame Elizabeth Taylor yang lebih dikenali dengan nama, Liz Taylor, Mac lalu. Aktres tersohor itu meninggal dunia pada usia 79 tahun akibat serangan jantung. Sejak sedekad yang lalu, Liz dilaporkan telah mula menderita gara-gara terjatuh dari menunggang kuda selepas penggambaran filem “National Velvet”. Pemenang anugerah Oskar melalui filem “Who’s Afraid of Virginia Woolf” dan “Butterfield 8” itu bukan sahaja meninggalkan legasinya dalam industri filem malah turut meninggalkan barangan milik peribadi beliau kepada para peminatnya yang membabitkan bidaan jutaan ringgit. Empat bulan kemudian, dunia hiburan antarabangsa pula gempar dengan kematian mengejut penyanyi kontroversi, Amy Winehouse pada usia 27 tahun akibat mengambil kokain secara berlebihan di pangsapurinya di Camden, London. Penyanyi lagu Rehab itu yang pernah mengikuti proses pemulihan daripada penagihan alkohol dan dadah khabarnya kembali kepada tabiat buruknya itu setelah hubungan dengan kekasihnya, Reg Traviss goyah manakala suami penyanyi itu, Blake Fielder-Civil pula masih meringkuk di penjara ketika itu. Sebulan sebelum mendiang meninggal dunia, konsert jelajah Eropah penyanyi itu terpkasa dibatalkan ekoran prestasinya yang mengaibkan dalam persembahan di Belgrade, Serbia. Amy telah dicemuh para peminatnya kerana tidak mampu mengingati lirik lagu akibat khayal.

3. Adele ketepikan kritikan untuk muncul artis terbaik

AdelePenyanyi kelahiran Britain, Adele yang kini popular dengan lagu “Someone Like You” merupakan satu testimoni yang mana saiz bukan ukuran untuk menjadi penghibur pujaan. Adele semakin mengukuhkan namanya di dalam dunia muzik setelah berjaya membuat persembahan solo di dewan konsert berprestij Royal Albert Hall di kota London baru-baru ini. Konsert itu dimuatkan dalam bentuk DVD berjudul, “Adele: Live at Royal Albert Hall” yang juga bakal menjadi kegilaan peminat Adele seluruh dunia. Pelantun lagu “Rolling In The Deep” itu juga sinonim dengan lagu-lagu yang bertemakan kisah cinta yang menyedihkan sehingga aktres terkemuka Hollywood Julia Roberts menerusi laman Twitter peribadinya memetik, beliau akan lebih dahulu melindungi Adele sekiranya bakal kekasih Adele cuba melukai hati penghibur itu.

2. JLo &

Demi Moorekembali menjanda Demi MoorePenghibur terkemuka Jennifer Lopez dan aktres popular Demi Moore mengalami nasib yang sama apabila kembali menjanda selepas rumahtangga yang dibina hancur berkecai. Setelah menyelusuri alam perkahwinan selama tujuh tahun, pasangan Latin, Jennifer atau lebih terkenal dengan jolokan nama JLo dan suaminya Marc Anthony akhirnya bercerai Julai. Pasangan berprofil tinggi itu bagaimana pun bijak menyembunyikan masalah rumahtangga mereka sehingga gagal dihidu oleh pihak media sehinggalah saat mereka mengumumkan berita penceraian. Hak penjagaan anak kembar pasangan itu, Max dan Emme diserahkan kepada JLo namun kedua-dua penghibur itu masih bergaul rapat dan menghadiri majlis anjuran keluarga bersama. Khabar angin mengatakan perceraian mereka terjadi atas sebab kehadiran pihak ketiga tetapi sumber yang rapat dengan pelantun hits On The Floor itu memberitahu bahawa JLo membuat keputusan berkenaan kerana dikatakan sudah tidak tahan dengan sikap emosional suaminya yang baran dan gemar meninggikan suara. Sementara itu, usia perkahwinan Demi dengan aktor tampan, Ashton Kutcher hanya bertahan selama enam tahun. Kehidupan pasangan tersebut sering menjadi perhatian lensa kamera dan wartawan hiburan kerana jarak usia yang 15 tahun berbeza. Aktres seksi itu dikatakan nekad meninggalkan suaminya setelah berita kecurangan Ashton yang sinonim dengan filem “There’s Something About Mary” itu tersebar luas di media cetak dan elektronik serta laman sosial. Jumlah pembahagian harta sepencarian Demi dan Ashton dikatakan bernilai US$290 juta.

1. Perkahwinan singkat Kim Kardashian

Kim Kardashian dan Kris HumphriesPelik tapi benar. Bercerai hanya selepas berkahwin selama 72 hari? Bintang realiti TV, Kim Kardashian yang mendirikan rumahtangga dengan pemain bola keranjang NBA, Kris Humphries Ogos lalu telah menfailkan permohonan cerai setelah dua bulan menjadi pasangan suami isteri. Perkahwinan mereka yang disambut penuh gilang gemilang dengan perbelanjaan lebih US$10 juta musnah kerana Kris dikatakan tidak mempunyai pekerjaan dan ditanggung sepenuhnya oleh Kim sehingga menyebabkan pasangan itu sering terlibat dalam pertengkaran yang tegang. Namun begitu, si seksi Kim ini dikatakan tidak menyatakan sebarang sebab rasmi kenapa mereka berpisah malah masih ingin terus menjalinkan hubungan baik dengan bekas suaminya itu.

Advertisements

1 thought on “Berita hiburan antarabangsa paling sensasi tahun 2011

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s