Kisah Beruk Malaysia dan Beruk Jepun

Kononnya di suatu ketika dahulu telah diadakan satu pertandingan yang sangat menarik iaitu pertandingan beruk memanjat pokok kelapa
dan memetik kelapa.
Beruk-beruk bersama tuannya datang ke pulau itu untuk menyertai
pertandingan yang menarik itu. Hadiah untuk pertandingan itu cukup
lumayan.
Kemenangan dikira dari beruk-beruk itu memetik kelapa. Hanya beruk
yang berjaya memetik kelapa dengan senpurna akan diisytiharkan
sebagai juara.
Pertandingan dimulakan dengan beruk dari Malaysia terlebih dahulu.
Wisel ditiup, dengan pantas beruk dari Malaysia itu memanjat pokok
kelapa. Dengan tangkas juga beruk dari Malaysia itu memulas dan
menjatuhkan kelapa. Dengan cepat juga beruk itu turun.
Beruk seterusnya ialah beruk dari Hawai. Cara memanjatnya
perlahan, cara memetik kelapa juga perlahan. Tidak banyak buah
kelapa yang dipetik. Masa selebihnya digunakan oleh beruk itu untuk
menyandar di pelepah kelapa.
Begitulah seterusnya. Setiap beruk yang memanjat pokok kelapa ada
cara dan karenahnya tersendiri.
Akhir sekali, tibalah giliran beruk dari Jepun. Beruk itu memanjat
dengan pantas, tetapi di satu peringkat, beruk itu berhenti. Ia
seperti mempelajari sesuatu. Kemudian ia memanjat semula, berhenti
dan mempelajari lagi. Begitulah, akhirnya dia memetik kelapa tua
sahaja. Begitu teliti sekali beruk itu memetik kelapa. Sesudah
selesai memetik kelapa barulah beruk itu turun.
Kemenangan diisyitiharkan. Beruk Jepun memenangi pertandingan
berdasarkan kesempurnaannya memetik kelapa.
Beruk dari Malaysia? Kalah. Mengapa? Kerana semua jenis kelapa
dipetik termasuk kelapa muda dan kelapa separuh tua.

Apa Pengajaran Yang Anda Perolehi?:

Moral Dari Kisah Beruk Malaysia dan Beruk Jepun.
Selalunya, yang cepat sangat naik akan cepat jatuh. Banyak
keburukan yang terjadi kerana tergesa-gesa dan kerana ‘nak cepat’.
Memang tabiat semula jadi manusia ialah ‘nak cepat’. Nak cepat
berjaya, nak cepat kaya, nak cepat untung dan lain-lain lagi. Tapi apa
yang anda saksikan, selalunya jika seseorang itu memperolehi
kejayaan dalam masa yang singkat, cepat, kejayaan itu adalah
kejayaan yang rapuh.
Itu tentulah berbeza dengan kejayaan yang dibina dari bawah,
sedikit demi sedikit, sambil membina kejayaan sambil menguatkan
asasnya. Sama seperti membina bangunan yang tinggi. Asasnya begitu
dalam dibenamkan ke bumi, kemudian bangunan itu mula dibina
setingkat demi setingkat, bukan sekaligus.
Cara yang diamalkan oleh Jepun amat berkesan. Mereka tidak terus
meluru ke puncak tetapi meningkat secara setapak demi setapak.
Bukan tiba-tiba sahaja syarikat Matsushita, Honda, Sony dan
lain-lainnya menjadi bertaraf gergasi. Mereka sentiasa belajar.
Bila berada di satu peringkat, mereka mempelajari tingkat yang
telah dilalui dan tingkat kukuh sambil membina kejayaan. Kejayaan
mereka mempunyai asas yang kukuh.
Hikmat Inspirasi:
Kita tidak belajar dari kejayaan-kejayaan kita. Kita belajar dari
kegagalan-kegagalan kita.
– John Naisbitt
rujukan buku :khazanah inspirasi oleh azman ching

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s