Satu Petang di hospital bahagia

Sudah dua tahun Awang mengalami rawatan sakit mental di Hospital
Bahagia. Sampai masanya dia akan keluar dari hospital itu dan
menjalanihidup sebagai manusia normal.
Sepanjang tempoh rawatan awang disitu, berbagai-bagai cabaran yang
dihadapi olae warden dan doctor kerana sakit mentel Awang agak
serius.
Namun, tidak akan ada satu pun yang berkekalan. Awang semakin hari
semakin menunjukkan tanda-tanda akan sembuh. Hinggalahhari ini,
genap dua tahun awang di hospital itu, doctor mengesahkan awang
sudah sembuh.
Petang itu, awang akan keluar dari hospital. Doktor membuat ujian
terakhir sebelum membenarkan Awang keluar.
“Awang,” kata doctor dengan lembut, “kamu sekarang sudah sembuh.
Sebentar lagi kamu akan keluar. Keluarga kamu menunggu di luar
sana. Sebelum kamu keluar, boleh saya Tanya satu soalan?”
“Boleh doctor.” Kata Awang dengan senyum.
“Bila kamu dah tak tinggal sini lagi, apa kamu nak buat?”
Lama Awang diam seperti orang sedang berfikir. Doktor menunggu
jawapan.
“Saya akan datang ke sini lagi kemudian akan mengopakkan
dinding-dinding hospital ini.” Kata Awang dengan serius kemudian
tersenyum-senyum dan akhirnya ketawa terbahak-bahak.
Doktor terkejut. “Oh, tak boleh, tak boleh. Tak boleh keluar. Masuk
balik”
Awang menjalani rawatan semula. Tinggallah dia di hospital itu
selama setahun lagi. Doktor yang merawatnya mengesahkan keadaan
penyakit Awang semakin sembuh.
Seperti setahun dulu, Awang dibawa ke hadapan doctor untuk ujian
terakhir. Petang itu, jika lulus ujian itu, dia akan keluar dan
menjalani hidup sebagai manusia normal.
“Apa kamu akan buat selepas keluar dari sini, Awang.” Tanya doktor.
“Saya berminat untuk kerja di kauri.” Kata Awang.
“Dah sembuh dah.” Kata doctor dalam hati. “Bagus, Awang. Manusia
mesti bekerja. Lepas itu apa kamu nak buat?” Tanya doctor lagi.
“Lepas itu saya ambil batu yang besar dari kauri, saya datang sini
dan baling hospital ini biar kopak dinding-dinding hospital ini.”
Kata Awang dengan terbahak-bahak. Kerana terlampau geli hati, Awang
ketawa berguling-guling di lantai.
“Oh, tak boleh, tak boleh. Makin teruk kamu. Masuk balik, masuk
balik.”
Sekali lagi, awang hidup sebagai pesakit mental di hospital
tersebut.

Setelah tamat tempoh setahun, dan penyakit awang banyak menunjukkan
perubahab lebih baik, sekali lagi doctor bercadang untuk
mengeluarkan awang dari hospital itu.
“apa kamu nak buat Awangselepas keluar nanti.” Tanya doktor pada
suatu petang.
“Tuan doktor saya ucapka ribuan terima kasih kerana membantu saya
selama ini.” Kata Awang dengan syahdu.
“Oh tidak mengapa.” Kata doktor, ” Dah sembuh ke?” Tanya doctor
dalam hati. “Lepas ini kamu nak berkerja?” Tanya doctor kepada
Awang.
“Betul doktor, saya memang nak berkerja, saya nak kumpul wang.”
Kata Awang.
“Nak buat ape itu?” Tanya doctor lagi.
“Saya nak beli kereta tuan, tuan.” Jawab Awang.
“Dah elok dah ….” Kata doctor dalan hati.
“Lepas itu kamu nak buat apa?” Tanya doctor lagi.
“Oh, senang saja tuan, saya buka tayar kereta, saya ambil
tiubnya, kemudian saya lastikyang besar. Lepas itu saya akan cari
batu besar dan lastik hospital ini sampai dinding-dinding hospital
ini kopak.” Kata Awang sambil ketawa berdekah-dekah. Doktor itu pun
ikut ketawa sambil menghantuk-hantukkan kepalanya ke dinding.

Apa pengajaran yang anda perolehi?:

Moral dari Cerita ini.

Jangan putus asa. Hidup bukan untuk berputus asa tetapi
untuk mencipta kehidupan yang lebih baik. Orang yang putus asa
tidak pernah berjaya dan orang yang berjaya tidak pernah berputus
asa.
Adakah dengan berputus asa keadaan akan berubah? Ia akan berubah?
tetapi berubah kepada keadaan yang lebih buruk.
Ramai yang hanya mengira berapa kali jatuh. Sepatutnya, jika
mahukan kejayaan dalam apa jua bidang – jangan kira berape kali
jatuh, tetapi kira berapa kali boleh bangun semula. Juga kira
berapa jauh kita boleh pergi selepas bangun.
Kita patut berani untuk menghadapi halangan dan rintangan supaya
dapat mengubah ‘batu penghalang’ yang merintangi menjadi ‘batu
loncatan’ bagi menuju ke arah kejayaan.

Hikmat Inspirasi:
Kemenangan dimiliki oleh orang-orang yang paling keras hati.
– Napoleon Bonaparte

rujukan buku :khazanah inspirasi oleh azman ching
Terima Kasih

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s