Kompas Prisma

Sejak zaman dahulu lagi, manusia telah tahu menggunakan kompas untuk menentukan arah. Kemagnetan adalah perkara semula jadi yang wujud dalam teras logam bumi.

Daya magnet, yang keluar ke permukaan bumi akan bertindak dengan jarum-jarum kompas. Secara kebetulan pusat kemalaran magnet ini akan bertindihan sedikit dengan utara benar.

Perbezaan yang wujud di antara kedua-dua utara ini dinamakan sudut serongan magnet. Sudut ini berbeza-beza di sepanjang tahun dan mengikut tempat, tetapi nilai puratanya diperolehi dari peta-peta isogonik atau peta-peta topografi tempatan.

Sekiranya kompas digunakan untuk penentuan arah, maka arah yang ditunjukkan ini dinamakan bering magnet. Dalam konsep segi tiga sfera, utara yang dirujukkan ialah utara benar. Justeru itu, sebelum kompas boleh digunakan untuk penentuan azimut, pembetulan sudut serongan magnet perlu dilakukan. Azimut yang telah diberi pembetulan ini menjadi azimut magnet.

Azimut magnetik = Azimut – sudut serongan magnetik

Selain dari ralat sudut serongan magnet, ralat lain yang sering berlaku semasa menggunakan kompas ialah kesan tarikan logam tempatan dan ralat alat itu sendiri.

Oleh itu ralat tersebut perlulah didapatkan terlebih dahulu sebelum kompas boleh digunakan untuk tujuan penentuan arah yang tepat.

Untuk mengetahui jumlah kesemua perbezaan sudut jarum kompas disebabkan ralat yang dinyatakan di atas, semakan boleh dilakukan pada satu tanda rujuk yang diketahui azimutnya, atau membuat perbandingan dengan garisan utara/ selatan yang diperolehi dengan kaedah tongkat istiwa.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s