Adab Ketika Makan

Gambar Hiasan.
( Makan bersama Pengantin. Bersopan santun dan beradab.)

Tertib di hadapan makanan

Makan dan minum adalah keperluan yang penting dalam hidup kita
kerana ia menjadi sumber tenaga untuk tubuh badan. Walaupun begitu,
kita tidak boleh mengikut kehendak nafsu dalam memenuhi keperluan
makan dan minum.

Lebih-lebih lagi, yang tersangat perlu diambil berat ialah dari
sudut halal dan tidak halalnya, sama ada sifat makanan itu sendiri
mahupun sumbernya. Makanan yang kita makan akan menjadi darah
daging. Sel-sel darah akan membentuk hati.

Hati yang dibentuk dari sumber yang tidak halal, akan menjadikan
hati keras dan buta dari segi kemudahan dan kesediaan untuk
menerima seruan kebenaran. Hati ini akan terasa susah dan berat
menerima sebarang ilmu dan juga didikan yang berguna.

1. Baca doa. Sebelum makan hendaklah membasuh tangan. Duduk dengan
sopan dan tertib, dan tidak lupa untuk membaca doa sebelum makan.

2. Guna tangan kanan. Jangan sekali-kali mengambil atau menyuap
makanan dengan kanan kiri kerana perbuatan itu mencontohi perangai
syaitan. Baca ‘bismillah’ sebelum menyuap makanan ke mulut. Jika
terlupa membacanya tetapi teringat waktu sedang makan, bacalah:

Ertinya; “Dengan nama Allah pada awalnya dan akhirnya.”

3. Tenang dan sopan. Jika makanan berupa satu hidangan, sediakan
hamparan terlebih dahulu untuk dijadikan sebagai pengalas. Ambillah
makanan atau lauk yang paling dekat dahulu. Makan dengan tenang dan
sopan, jangan terburu-buru atau gelojoh.

4. Elakkan pembaziran. Ambillah semula makanan yang terjatuh dari
hidangan kerana Rasullullah s.a.w. ada berpesan, “Apabila suapanmu
jatuh, ambillah kembali lalu buang bahagian yang kotor dan makanlah
bahagian yang bersih. Jangan biarkan ia dimakan syaitan.” (Riwayat
Muslim)

5. Jangan merungut. Eloklah jangan terlalu banyak bercakap ketika
sedang makan. Jangan makan makanan yang terlalu panas atau terlalu
sejuk. Jika tidak menyukai makanan yang dihidangkan, janganlah
mencela atau merungut-rungut.

6. Makan sambil duduk. Rasullullah melarang makan atau minum sambil
berdiri, apatah lagi jika berjalan. Sebaik-baiknya habiskan
makanan, dan jangan dibiarkan bersisa. Disunatkan mengulum jari
sesudah makan, mudah-mudahan beroleh keberkatan dari Allah.

7. Tertib ketika minum. Elakkan meminum air ketika sedang makan.
Bacalah ‘bismillah’ terlebih dahulu sebelum minum. Jangan bernafas
di dalam bekas minuman ketika sedang minum.

8. Baca doa selepas makan. Selesai makan basuhlah tangan. Sudahi
dengan membaca doa selepas makan:

Ertinya; “Segala puji bagi Allah yang memberi kami makan dan minum
dan menjadikan kami orang Islam.”

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s