Mampukah Anda Menunggu Untuk Membeli Telefon Pintar?

Telefon pintar telah menjadi kebiasaan kepada pengguna di negara ini setelah masuk ke pasaran dalam tempoh yang sangat sekejap. Bayangkan, dalam masa dua tahun, ia berevolusi sepantas kilat sampai kita tak mampu mengejarnya.

Sekarang, kita tidak boleh lagi berkata “Ah, tunggu lah lagi dua bulan baru aku beli telefon itu, telefon ini”, sebab, dalam tempoh masa itu telefon yang anda idamkan mungkin sudah ketinggalan dari segi teknologinya.

Cepat betul masa berubah. Sebaik-baiknya, pengguna perlu memikirkan semasak-masak kegunaan yang akan menjadi sebati untuk tempoh setahun.

Teknologi akan berubah terutamanya dari segi kelajuan dan resolusi skrin. Tahun lepas kelajuan paling maksimum untuk satu telefon pintar ialah 800MHz. Sekarang, kelajuan paling tinggi direkodkan ialah 1.5GHz.

Bezanya memang jauh. Anda boleh bayangkannya begini. Dengan kelajuan 800MHz, tempoh buka satu aplikasi boleh ambil masa sampai satu saat – agak lembab untuk penggunaan telefon sekarang. Tetapi, dengan kelajuan 1.2GHz saja, tempoh buka aplikasi hanya memakan masa sekadar 0.2 saat.

Setakat ini, empat telefon pintar yang tiba-tiba muncul mendadak tapi memang menjadi sasaran yang hebat untuk dibeli asalkan cukup duit dalam poket untuk pelaburan.

Saru daripadanya pastinya iPhone 4s. Walaupun mendatangkan rungutan di kalangan pencinta Apple kerana syarikat itu dikatakan seakan menipu dengan menidakkan pengeluaran iPhone 5, model ini masih hangat untuk dibeli.

Semuanya disebabkan fungsi Siri (arahan suara) yang menjadikan kita seakan-akan dalam alam Terminator atau Stealth. Lagi menarik, kameranya yang jauh lebih baik serta kelajuannya dengan operasi iOS5.

Ok, ia masih belum sampai di Malaysia, satu-satunya yang pasti ialah Samsung Galaxy Note yang dikira mantap dengan skrin besar dan Pen ‘S’nya. Dibuat dengan kukuh pada kepantasan 1.4GHz sudah menawarkan produk yang menusuk kalbu. Tergoda mahu mendapatkannya.

Kepada mereka yang sukakan seni, Galaxy Note memang idea paling atas untuk difikirkan. Mana tidaknya, anda boleh lukis di atas skrin sebesar 5.3 inci dengan mudah berikutan kadar responsif pada Pen S memang handal.

Satu lagi yang meleret mata untuk menontonnya ialah Motorola RAZR. Walaupun kelajuannya kurang 0.2GHz berbeza dengan Samsung Galaxy Note, tahap nipisnya memang ajaib. Tabik kepada Motorla sebab berjaya menjadikan saiznya senipis 7.1 milimeter saja.

HTC juga menambat hati, terutamanya dengan Sensation XE yang bekerjasama dengan Beatsaudio. Fuh! Bunyi yang terhasil memang menggegarkan gendang telinga. Seperti biasa, HTC memang lain dari yang lain apabila menonjolkan display qHD jadi skrin anda memang terang dan sesuai untuk menonton filem.

Dalam keempat-empat produk tersebut, mungkin tiada satu yang boleh meyakinkan sejauh mana ketahanan bateri untuk tempoh lama.

Kalau dahulu, kita tak perlu mengecas telefon untuk jangka masa tiga hari malah seminggu sebab tak banyak aplikasi berat untuk dimainkan.

Walau bagaimanapun, zaman sekarang, vendor telefon seperti tiada idea atau menghadapi dilema yang sangat teruk untuk mengatasi masalah bateri. Kalau bateri besar, ia akan menjadikan telefon berat dan tidak akan disukai pengguna.

Setakat ini bateri paling besar pun ialah 2500mAh tapi saiz telefon terpaksa ditingkatkan melebihi 5 inci. Ia memang dilema bagi semua pengeluar.

Satu-satunya cara yang boleh dilakukan sekarang ialah dengan mengoptimumkan aplikasi dibuka dengan sistem tutup pada aplikasi yang tidak digunakan tapi bantuannya agak minima.

Oleh itu, perhatian paling penting pada masa depan ialah tahap penggunaan bateri yang perlu dianggap paling penting bagi pengeluar telefon pintar, bukan fokus pada resolusi skrin yang tinggi atau keupayaan main video HD semata-mata.

Aplikasi akan bertambah dari hari ke hari. Simpanan juga bukan lagi setakat 1MB jadi lebih baik lakukan sesuatu sebelum pengguna kecewa.

SIAPAKAH PEMILIK TULANG INI??

Hayatilah Kisah Di Bawah.

Suatu masa dahulu, ada seorang raja berasal dari salasilah raja-raja. Dia sangat kagum pada dirinya seolah-olah tiada makhluk ciptaan Allah yang lebih baik daripada dirinya. Dia sering berbicara tentang kebangsawanan darah yang mengalir di dalam tubuhnya. Di mana saja dia berada, dia dikelilingan oleh para penyair yang memuji-muji kehebatannya. Mereka mengarang syair, prosa serta puisi khusus untuk memuji dan memujanya.

Namanya terpahat di semua dinding-dinding istana, gambarnya tertera di mata wang emas dan perak kerjaannya.

Pada suatu hari, ketika angkatannya sedang berarak menuju ke satu destinasi, dia terpandang seorang lalaki sedang tekun menggali lubang-lubang kubur. Di sekelilingnya bertimbun-timbun tulang dan tengkorak manusia yang mana daging dan kulit yang membalutnya telah hancur di mamah bumi.

Dia berhenti lalu bertanya lelaki itu, apa yang sedang dilakukannya?

Lelaki itu berkata: “Patik berada di sini adalah semata-mata untuk berkhidmat kepada tuanku.”

Jawapan itu menimbulkan kehairanan yang tak terkira di hati raja. Dia berkata: “Bagaimana?”

Lelaki itu menghampirinya dan menjelaskan: “Tuanku, di tempat ini dulu telah berlaku satu pertempuran sengit yang menyebabkan ayahanda Tuanku terbunuh. Patik ingin mencari dan mengecami tulangnya untuk ditanam di tempat yang sesuai dengan kebesarannya. Namun, anehnya patik menemui sesuatu yang menakjubkan!”

Lelaki itu mengambil tulang-tulang dan membawanya ke hadapan raja sambil berkata:

“Tuanku, ini semua tulang-tulang yang patik temui. Perhatikan betul-betul. Adakah tuanku dapat membezakan antara tulang raja dengan tulang rakyat jelata? Antara tulang orang kaya dengan tulang orang papa? Antara tulang panglima dengan tulang tentera biasa?

Sesungguhnya tulang-tulang semuanya sama di sisi tanah, wahai tuanku!”

Memang benar..

“Bumi sentiasa menanti.. Perutnya sentiasa bersedia untuk menelan orang besar, yang sombong dan tertipu, yang berasa megah dengan apa yang dimilikinya di atas muka bumi. Namun tidak ada satu pun daripada semua itu dapat dibawa bersama ke dalam perut bumi!..

Kerana TANAH tidak kenal SIAPA PEMILIK TULANG… Semuanya sama. Semuanya akan dimamahnya..”

Fikir2kanlah…”Dari Allah Kita Datang,,Kepada Allah kita Kembali..”-)

Kematangan Shah Jaszle Membuat Miera Liyana Terpikat?

e »….18 Nov – Selepas hubungan cinta kontroversi bersama Maria Farida berakhir dan munculnya khabar angin dengan beberapa wanita, akhirnya Shah Jaszle mengejutkan pelbagai pihak apabila dia membuat pengakuan sedang menjalin cinta bersama aktres muda Miera Liyana.

Pasangan ini sudah mula mengenali sejak lapan tahun lalu ketika masih di bangku sekolah. Namun mula rapat apabila terlibat dengan penggambaran filem terbitan Grand Brilliance berjudul “Rentaz”.

Ujar Miera Liyana ketika ditemui di sidang media filem terbarunya teman lelakinya itu, “Azura 2012”, dia tidak pernah menyangka akan bersama Shah memandangkan dia pernah meminati pelajar senior itu ketika zaman persekolahan.

“Saya tidak menyangka akan bercinta dengannya. Kami sudah bersama sejak tiga bulan lalu dan segalanya berjalan dengan lancar.

Apabila ditanya apakah tarikan Shah yang membuatkannya jatuh cinta, aktres berusia 18 tahun ini menyangkal dakwaan bahawa dia tertarik kerana fizikal Shah.

“Saya menyukainya bukan kerana fizikal sebaliknya kematangannya yang ada dalam dirinya itu yang membuat saya jatuh hati. Dia adalah seorang lelaki yang baik dan boleh menerima diri saya seadanya.

“Kami juga ada merancang untuk bertunang tetapi ianya masih awal lagi untuk diperkatakan. Namun saya sudah bersedia untuk berkahwin pada usia yang muda,” cerita Miera apabila ditanya perancangan hubungan mereka.

Dalam perkembangan kariernya, Miera memberitahu dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 27 episod arahan Ahmad Idham, “Jangan Pandang-Pandang” yang akan ditayangkan di saluran Astro.

Film Parit Jawa: Mengangkat Kehidupan Orang Jawa

18 Nov – Orak ilok bermaksud tidak baik adalah perkataan yang sering dituturkan oleh orang tua terutamanya ibu bapa dalam masyarakat Jawa yang melarang anak-anak mereka daripada melakukan sesuatu perkara. Namun kisah anak-anak yang sering ingkar dengan nasihat ibu bapa adalah satu konflik normal yang pasti akan terjadi tidak kira masyarakat.

Itulah yang ingin disampaikan oleh pengarahnya, Tunku Mona Riza Tengku Khalid agar menjaga anak-anak menjaga amanat yang diberikan oleh ibu bapa mereka selain daripada mengetengahkan isu perebutan tanah.

Menurutnya, dia pernah menolak untuk mengarahkan cerita tentang perebutan tanah kerana ia pernah ditayangkan di televisyen sebelum ini.

“Namun selepas berbincang dengan penyumbang idea asal cerita ini, Saniboey Mohd Ismail, barulah saya bersetuju setelah kami menokok tambah idea asal itu agar menjadi lebih menarik dan berbeza daripada apa yang ada sebelum ini,” ujarnya sewaktu sidang media selepas tayangan “Parit Jawa” di GSC Signature, The Gardens, baru-baru ini.

Dibarisi oleh Eman Manan, Ruminah Sidek, Zahiril Adzim dan Namron, “Parit Jawa” yang menggunakan nama salah sebuah tempat di Muar, Johor ini turut mengangkat kehidupan masyarakat Jawa.

Malah menurut pengarah berusia 44 tahun itu, memang ada sejarah menceritakan kebanyakan masyarakat Jawa menetap dan menerokai tanah di Parit Jawa.

“Parit Jawa” bakal disiarkan di Astro Box Office Movie Tayangan Hebat (Saluran 952) bermula Disember ini.

SOAL HATI REMAJA – PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara…ara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Istana Negara ‘Lama’ Ditutup Secara Rasmi

KUALA LUMPUR: Apabila pintu masuk utama ke Istana Negara di Jalan Istana di sini dikunci pagi tadi, ia menandakan tempat bersemayam semua Yang di-Pertuan Agong sejak kemerdekaan negara itu, mengakhiri fungsinya secara rasmi hari ini.

Majlis penuh istiadat itu bermula 9 pagi dengan perarakan masuk anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) diiringi pasukan pancaragam pusat RAMD.

Kumpulan penurun bendera terdiri daripada 10 anggota RAMD kemudian menurunkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong sambil diperdengarkan tiupan paluan akhir yang bertujuan memaklumkan bahawa Istana Negara akan berpindah ke Istana Negara di Jalan Duta.

Istiadat diteruskan dengan perarakan kumpulan penurun bendera bersama pasukan istiadat berkuda ke pintu masuk utama istana bagi menyerahkan bendera berkenaan kepada Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Tengku Farok Husin Tengku Abdul Jalil, mewakili pihak Istana Negara menandakan berakhirnya penugasan di Istana Negara.

Penyerahan bendera itu dilakukan oleh Pemangku Pegawai Memerintah Batalion Pertama RAMD Mejar Mohd Kadri Abu Bakar.

Sebagai simbol penutupan bangunan yang tersergam indah dan ditandai dua kubah emas itu, Tengku Farok Husin kemudiannya mengarahkan Bentara Istana Negara, Rosli Asri, mengunci pintu masuk utama istana menandakan segala tugas telah tamat di Istana Negara sebelum mengorak langkah ke Istana Negara Jalan Duta bagi istiadat menaikkan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong.

Kawalan itu dilaksanakan Batalion Pertama RAMD dan Skuadron Istiadat Berkuda berkekuatan seramai tiga pegawai, 69 anggota lain-lain pangkat dan 12 ekor kuda.

Antara kenamaan yang hadir menyaksikan istiadat penurunan bendera itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis Rasmi Negara Datuk Othman Mahmood, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Lt Jen Datuk Raja Afandi Raja Mohd Nor dan Penolong Ketua Markas ATM Mej Jen Datuk Abdul Aziz Ibrahim.

Di Istana Negara Jalan Duta, istiadat menaikkan bendera bermula pada 10.25 pagi dengan penyerahan Bendera Peribadi Yang di-Pertuan Agong oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja kepada kumpulan penaik bendera bagi menandakan bermulanya penugasan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Istiadat menaikkan bendera di Istana Negara Jalan Duta dianggap unik kerana bendera itu dinaikkan secara automatik berbanding di Istana Negara “lama” yang dilakukan oleh anggota tentera.

Istana Negara telah berpindah dan mula beroperasi di kompleks baru di Jalan Duta secara berperingkat mulai 19 Okt lepas manakala penugasan kepada anggota pengawal daripada ATM bermula hari ini.

Istana Negara lama di kawasan seluas 11.34 hektar asalnya adalah sebuah banglo dua tingkat yang dibina pada 1928 oleh jutawan tempatan, Chan Wing.

Kemudian banglo itu bertukar milik apabila kerajaan negeri Selangor membelinya dan selepas diubah suai ia dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor, Sultan Sir Hishamuddin Alam Shah.

Bangunan yang dijadikan sebagai istana kepada Sultan Selangor itu kemudian bertukar milik sekali lagi apabila Kerajaan Persekutuan membelinya dengan harga RM1.4 juta pada tahun 1957 untuk dijadikan tempat bersemayam Yang di-Pertuan Agong pertama, Tuanku Abdul Rahman Tuanku Muhammad, beberapa minggu sebelum pengisytiharan kemerdekaan.

Istana Negara baru yang dibina dengan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu terletak di kawasan seluas 96.52 hektar dan akan menjadi lokasi pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 Disember ini.
– BERNAMA

Dakwat Kekal: Pembangkang Sokong Pinda Perlembagaan

KUALA LUMPUR: Pakatan pembangkang pada Selasa menyatakan sokonganterhadap sebarang usaha meminda Perlembagaan Persekutuan bagimembolehkan dakwat kekal digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13) akan datang.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,sokongan berkenaan dibuat dengan syarat draf pindaan Perlembagaanberhubung penggunaan dakwat kekal itu dibentangkan di Parlimen padasesi persidangan Dewan Rakyat kali ini yang sedang berlangsung.

“Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat sedia terima (pinda Perlembagaan)dengan syarat ia dilakukan segera.

“Kita cadangkan Peguam Negara menyediakan draf segera untuk memindaperuntukan berkenaan dengan syarat ia dibentangkan di Parlimen dalamsesi ini supaya tidak dijadikan helah atau dalih untuk lengahkan dangagalkan usaha untuk guna dakwat kekal. Kita sanggup sokong bagidapatkan undi dua pertiga,” katanya pada sidang media di bangunanParlimen di sini.

Bagaimanapun menurut Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat,sekiranya pindaan itu dibuat pada tahun depan, ia merupakan tindakanyang sia-sia.

“Kalau nak pinda Perlembagaan tahun depan iaitu selepas pilihan raya,ia tidak bermakna,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat pada sesi ini dijadual berakhir pada minggupertama Disember depan.

Pada pilihan raya umum 2008, SPR meluluskan penggunaan dakwat kekalbuat pertama kalinya bagi meyakinkan rakyat terhadap ketelusansuruhanjaya itu dalam memastikan pilihan raya bersih dan adil.

Bagaimana beberapa hari sebelum hari pengundian pada 8 Mac 2008, SPRmemansuhkan rancangan menggunakan dakwat kekal selepas mendapatnasihat daripada segi perundangan termasuklah keperluan menggubal satuundang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kukuatau jari telunjuknaya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertasundi.