Strok

Tak Dapat Berjalan Kerana Strok.
Strok atau Angin ahmar ialah masalah kesihatan yang diakibatkan
oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak
diganggu.

Bersihkan Sumbatan Salur Darah Untuk Elak Daripada Serangan Strok.

Stroke Boleh Menyebabkan kesukaran Bergerak.

Angin Amar Sudut Perubatan Moden
Strok atau Angin ahmar ialah masalah kesihatan yang diakibatkan
oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak
diganggu.

Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi
dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan
bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi.

Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah
kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.

Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri
peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi
vena.

Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang
boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian
jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.

Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing
manis, kolesterol tinggi, dan merokok.

Mencegah serangan angin ahmar:

1. Pesakit tekanan darah tinggi perlu melakukan pemeriksaan secara
rutin agar tekanan darah terkawal. Pesakit kencing manis juga perlu
mengawasi kadar gula dalam darah pada peringkat terkawal.
Pengawalan ini boleh mengurangkan risiko diserang strok sehingga 40
peratus.

2. Jauhi stres kerana boleh merangsang kepada serangan angin ahmar.

3. Tidak merokok kerana sikap ini dapat mengelakkan bahaya strok
sehingga 33 peratus.

4. Bersenam dengan kadar konsisten. Bersenam boleh menjauhi strok
pada kadar 57 peratus.

5. Kurangkan makanan berlemak dengan kolesterol tinggi. Kolesterol
menyempitkan saluran darah yang menggalakkan serangan angin ahmar.

6. Makan sayur-sayuran berwarna hijau dan buah-buahan setiap hari
untuk mengelakkan serangan strok.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s