ADIK ROGOL KAKAK….

[CLIK HERE] Share Dengan Rakan di Facebook1094KUALA LUMPUR: Baru berusia 14 tahun tetapi selayaknya dia digelar adik setan kerana tergamak merogol kakak kandungnya yang hanya setahun lebih tua.

Lebih memilukan, perbuatan jijik sumbang mahram itu bukan hanya menimbulkan perasaan trauma dan tekanan kepada mangsa tetapi pada usia yang masih mentah, dia terpaksa mengusung benih adiknya.

Itu yang berlaku kepada Yanti, berusia 15 tahun, yang kini sarat mengandung dan hanya menanti masa untuk melahirkan anak.

Gara-gara perbuatan adik setan itu, Yanti terpaksa berjauhan daripada keluarga, malah meninggalkan alam persekolahan buat seketika.

Sepatutnya saya menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan lalu tetapi terpaksa melupakannya. Saya meninggalkan buat seketika alam persekolahan sehingga anak dikandung ini lahir.

Saya benar-benar tertekan kerana pada usia muda terpaksa berdepan situasi yang tidak sepatutnya saya lalui, kata Yanti ketika ditemui wartawan Metro Ahad baru-baru ini.

Menurut Yanti, tragedi hitam itu berlaku tahun lalu dan ia berulang sehingga empat kali sebelum dia disahkan mengandung.

Tragedi hitam itu berlaku di rumah. Ketika semua ahli keluarga tidur, adik menyusup masuk ke dalam bilik ketika saya tidur.

Adik menekup mulut saya dan mengugut mahu mencederakan saya jika saya buat bising. Selepas itu, bagaikan dirasuk setan, saya dirogol, katanya.

Yanti berkata, walaupun dia kakak, dia tidak mampu melawan, apatah lagi diugut akan dicederakan jika melawan.

Kudrat saya memang tidak mampu melawan kekuatan adik ketika itu. Selepas merogol saya dia sekali lagi mengugut akan mencederakan saya, malah sanggup melakukan lebih daripada itu jika mendedahkan perbuatan terkutuknya kepada sesiapa saja, terutama ayah dan ibu.

Begitulah yang dilakukannya ketika merogol saya. Seingat saya, empat kali dia merogol saya, katanya.

Selepas empat kali dirogol, dia berasa tidak sihat dan lemah hinggalah kelainan pada dirinya disedari ibu bapanya.

Ibu Yanti kemudian membawanya ke klinik dan pemeriksaan lanjut dilakukan mendapati dia mengandung.

Saya menceritakan perkara sebenar kepada ibu. Pulang ke rumah, ayah dan ibu bertanya adik dan dia mengaku. Ketika itu menangis air mata darah sekalipun takkan mengubah apa yang berlaku, katanya.

Yanti berkata, adiknya seperti tiada perasaan kerana seolah-olah tidak rasa bersalah dengan perbuatannya.

Depan ibu dan ayah, dia menunjukkan rasa bersalah dan meminta maaf, tetapi dengan saya, dia buat seolah-olah tiada apa berlaku.

Hubungan saya dengan dia sebelum ini biasa saja, tetapi tidaklah rapat sangat. Mungkin kerana masih terlalu mentah, dia seperti tidak rasa bersalah, katanya.

Menurut Yanti, sukar untuk dia memberitahu punca mengapa adiknya sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu.

Pada usia semuda itu, adik memang nakal. Bercampur dengan mat rempit dan kadangkala ponteng sekolah.

Barangkali kerana pengaruh rakan, adik jadi lebih tahu mengenai hal berkaitan seks sehingga dia terdorong untuk mencuba. Namun saya langsung tidak menyangka adik sanggup merogol saya, katanya.

Yanti memberitahu, selepas disahkan hamil, ibu bapa terpaksa menyembunyikannya di rumah seorang saudara mereka sebelum dihantar ke sebuah rumah perlindungan.

Saya akan ada di sini (rumah perlindungan) sehingga bayi yang dikandung lahir. Selepas itu saya akan menyerahkan anak saya kepada keluarga angkat.

Selepas ini saya mahu mulakan hidup baru. Saya mahu bersekolah semula dan belajar seperti rakan seusia yang lain, katanya.

Ditanya adakah dia memaafkan perbuatan adiknya, Yanti berkata: Mulanya memang saya bencikannya, tetapi lama kelamaan saya terima hakikat. Dia bukan orang lain… dia adik saya.

Saya harap dia menyesali perbuatannya. Perkhabaran terkini yang saya dengar daripada ibu dan ayah, adik kini bersekolah di sekolah pondok. Semoga ilmu diperoleh menjadikannya adik yang soleh, katanya

Advertisements

Lindsay Lohan, Philipp Plein Semakin Intim

Lindsay Lohan dan Philipp Phein

HUBUNGAN profesional antara aktres Lindsay Lohan dan pereka fesyen, Philipp Plein seperti sudah beralih kepada hubungan romantis pula.

Baru-baru ini Lohan dan Plein dilihat sedang bercium sebelum makan malam di Milan, Itali, manakala pengawal peribadi Lohan mengelilingi mereka agar tidak diambil gambar oleh paparazi.

Ketika menikmati makanan segera, piza bersama air mineral, kedua-dua mereka tampak begitu mesra dan saling bermanja walaupun baru sahaja berjumpa pada Jumaat lalu dalam sebuah acara persembahan fesyen.

Plein juga sempat memuji Lohan yang mempunyai susuk badan yang menarik, berbakat dan cantik dan pujian itu ternyata bukan kerana hubungan profesionalnya dengan Lohan.

Bagaimanapun, jurucakap Lohan menafikan tentang perhubungan tersebut dan enggan mengulas lanjut tentang hal itu.

Ada Sebab Irma Enggan Hadir Pernikahan Nabil

KUALA LUMPUR: Pelakon Irma Hasmie tidak akan menghadiri majlis pernikahan dan persandingan bekas kekasihnya, Ahmad Nabil Ahmad (Nabil Raja Lawak) yang akan bernikah dengan Nazirah Ayub, Jumaat (hari ini), demi menghormati hari bahagia pelawak itu.

Irma berkata, dia bimbang sekiranya dia hadir, akan timbul perasaan tidak selesa kedua-dua pengantin atau akan menyinggung perasaan keluarga mereka.

“Saya sudah buat keputusan tidak akan hadir pada majlis itu. Lagipun saya tidak menerima kad jemputan perkahwinan daripada Nabil,” katanya kepada mStar Online ketika ditemui pada majlis resepsi persandingan Memey Suhaiza dan Norman Hakim di Hotel Crowne Plaza di sini, malam Khamis.

Nabil dan Nazirah akan bernikah selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Mizan, Putrajaya dekat sini, Jumaat sementara majlis resepsi persandingan pula akan diadakan di I-City Shah Alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalam taman.

Kata Irma, Nabil ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk memaklumkan majlis berkenaan tetapi atas perbincangan dan persetujuan bersama, adalah lebih baik dia tidak muncul pada kedua-dua majlis itu.

Jelas Irma, sebagai seorang selebriti, dia bimbang kehadirannya nanti menimbulkan macam-macam persepsi selain takut diserbui pihak media untuk meminta pendapat mengenai perkahwinan berkenaan. Ditanya adakah dia menyimpan perasaan dendam terhadap pelakon lelaki itu, Irma berkata dia sudah melupakan peristiwa yang penah beliau di antara mereka selama ini.

Malah Irma juga berkata hatinya semakin tenang selain mendoakan agar perkahwinan berkenaan berjalan dengan baik.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Nabil dan Nazirah. Mudah-mudahan perkahwinan mereka diberkati Allah,” katanya.

Dalam perkembangan lain kata Irma selepas melalukan perubahan dengan mengenakan tudung, tawaran berlakon terhadapnya semakin bertambah.

Jimmy Shanley Teruskan Kes Nusyuz Terhadap Isteri

SHAH ALAM: Pengacara, Jimmy Shanley Norjahan Saleh,25, pada Khamis, membuat keputusan untuk meneruskan permohonan kembali taat dan nusyuz yang difailkan terhadap isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy,32.

Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh peguam syarie Mohd Noor Aizan Md Idrus pada prosiding sebutan semula kes yang diadakan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Menurut Mohd Noor Aizan, pihaknya juga telah memfailkan jawapan kepada pembelaan yang difailkan oleh Nursuhaila, pada prosiding terdahulu.

Jimmy, yang mengendalikan program ‘Gala TV Plus’ seterusnya memberitahu, dia juga telah memasukkan pelbagai bukti setebal 100 halaman termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) dan juga rakaman video dan audio yang akan dikemukakan pada perbicaraan tersebut.

Pada prosiding itu, Hakim Syarie Shaharuddin Selamat turut menegur Jimmy apabila dia mengatakan ‘lakonan’ isterinya semakin menjadi-jadi selepas berpantang.

Shaharuddin: Kamu juga seorang pelakon?

Jimmy: Ya.

Shaharuddin: Kamu jangan berlakon di dalam mahkamah saya.

Pengacara itu seterusnya memohon agar mahkamah dapat memberikan tarikh perbicaraan segera dan Shaharuddin menetapkan 6 Disember depan sebagai tarikh pendengaran permohonan tersebut.

Sementara itu, semasa ditemui di luar mahkamah, Jimmy memberitahu dia memilih untuk berdiam diri selepas Nursuhaila membuat kenyataan media yang mendakwa keretakan rumah tangga mereka disebabkan oleh sikapnya yang pernah memukul dan terlalu mengongkong.

“Saya mendiamkan diri kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Tetapi saya mengumpulkan semua bukti yang akan dikemukakan di mahkamah kelak,” tambahnya.

Jimmy dan Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya tersebut bernikah di rumah kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh dekat sini pada 1 Oktober 2010.

Ketika itu, Nursuhaila menerima wang hantaran sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahirnya pada 31 Januari 1986.

Bagaimanapun, pasangan itu hanya sempat tinggal bersama selama 20 hari menyebabkan Jimmy memfailkan permohonan menuntut Nursuhaila agar kembali taat pada 3 Januari lalu manakala permohonan nusyuz difailkan pada 27 Januari lalu.

Bagaimanapun, pada 15 Julai lalu, Jimmy memberitahu dia sedang berkira-kira sama ada mahu meneruskan kes itu atau tidak selepas dimaklumkan Nursuhaila bersedia untuk kembali semula apabila tamat tempoh berpantang selepas melahirkan anak sulung mereka, Zahrah pada 24 Jun lalu.

Nursuhaila pada 25 Julai lalu akhirnya ‘membuka mulut’ mengenai permasalahan rumah tangga mereka dalam sidang media yang diadakan di pejabat syarikat keluarganya di Damansara Damai, dekat sini.

Pada sidang media itu, Nursuhaila mendakwa Jimmy sebagai seorang yang berperangai pelik dan enggan membenarkan dia keluar bersama rakan-rakan selain pernah dipukul.

Kuiz Suria FM, Peguam Dapat Hadiah Proton Inspira

Muhammad Azim bergambar kenangan bersama penyampai Suria FM dan bersama kereta Proton Inspira dimenanginya. – Foto THE STAR Oleh ELLIS KHAN

PETALING JAYA: Seorang peguam, Muhammad Azim Salim, 37, pada Khamis berjaya membawa pulang sebuah kereta Proton Inspira pada acara finale peraduan ‘Kuiz Kereta dan Duit Raya’ yang dianjurkan oleh stesen radio popular, Suria FM.

Muhammad Azim berjaya meneka dengan tepat lokasi ‘Kerinting Three’ daripada segmen Breaksfast@Suria yang melarikan Proton Inspira tersebut pada 20 September lalu.

Pendengar yang berjaya meneka di manakah lokasi ‘Kerinting Three’ iaitu gandingan Halim Othman, Zizi dan Sharifah Shahira berada berjaya memiliki ‘kunci’ bertuah dan seterusnya berpeluang memenangi sebuah kereta sebagai hadiah utama.

Dia ketika ditemui berkata tidak menyangka panggilan yang dibuatnya ke studio Suria FM sewaktu dalam perjalanan ke pejabat telah membawa tuah kerana selama ini dia tidak pernah menyertai sebarang pertandingan.

“Ini adalah kali pertama saya menyertai pertandingan sebegini dan tidak menyangka akan memenangi sebuah kereta. Saya bersyukur dengan kemenangan ini dan berterima kasih kepada pihak Suria FM,” ujarnya.

Selain hadiah utama kesemua 50 peserta akhir pertandingan itu turut menerima duit raya berjumlah RM50 setiap seorang.

Kemenengan sebuah kereta begitu bernilai buat Muhammad Azim.

Dalam pada itu, pada majlis sama, Pengurus Operasi Suria FM, Azrullah Mohd Nor turut menyampaikan cek berjumlah RM10,600 kepada Intan Senin yang berasal dari Sungai Udang, Melaka selepas berjaya meneka dengan tepat lagu dalam segmen ‘Itu Aje’.

Intan berjaya meneka lagu yang dicari oleh pihak Suria FM daripada nyanyian kumpulan Spoon berjudul ‘Rindu Serindu-Rindunya’ selepas hampir lima bulan mencari pemenang.

“Saya mengikuti kuiz ini sudah lama semenjak tahun lepas lagi dan tidak sangka tahun ini menjadi rezeki saya,” katanya.

Intan memberitahu dia melekatkan sekeping kertas kajang di dinding ruang tamu rumahnya dan mencatatkan setiap lagu yang diteka salah oleh pendengar bagi memudahkannya untuk mencari klu sebenar,” katanya.

Sementara itu, Azrullah berkata, pihaknya gembira dengan sambutan yang diterima terhadap dua pertandingan itu dan akan meneruskan dengan beberapa pertandingan lain pada masa hadapan.

Katanya kemuncak kemenangan Muhammad Azim tidak terhenti di situ kerana Suria FM akan mengakhiri sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini dengan sebuah Konsert Kemuncak Raya Suria FM pada Sabtu ini.

Antara Artis yang bakal menjayakan persembahan pada konsert tersebut ialah Datuk Siti Nurhaliza, Datuk M. Nasir, Amy Search, Hattan, Ning Baizura, Hujan, Nurul Wahab, Mawi, Awi Rafael dan Adira.

Shahir AF8 Kembali Semula

Oleh KEMALIA OTHMAN

Shahir AF8

KUALA LUMPUR: Penyanyi Ahmad Shahir Zawawi (Shahir AF8) atau lebih dikenali sebagai Shahir AF8 menafikan bersara dari industri hiburan tempatan sebaliknya hanya berehat sementara dari segala aktiviti seni.

Shahir berkata, dia membuat keputusan untuk bercuti selama tiga bulan selepas mengalami kecederaan patah tangan selepas terjatuh di bilik air pada Jun lalu.

“Saya tidak pernah berkata untuk berhenti dari industri ini, malah saya memang meminta cuti dengan pihak Astro selama tiga bulan dan mereka meluluskannya.

“Dalam tempoh tersebut saya hanya berehat di kampung halaman di Perak dan menghabiskan masa bersama keluarga,” katanya yang membuat kemunculan pertama di rumah terbuka Astro, di sini, Rabu.

Dalam pada itu, Shahir turut menjelaskan kehilangannya bukan kerana tidak tahan terhadap penganiayaan dan penindasan pihak tertentu seperti dikhabarkan sebelum ini.

“Banyak khabar angin yang keluar media ketika saya bercuti, kenyataan sebenarnya bukan saya sengaja untuk membuat gimik seperti ini tetapi kerana sebab tertentu.

“Semua yang berlaku sudah tertulis dan saya anggap ia seperti satu perjalanan kehidupan dan bukan sesuatu yang saya rancang sendiri,” katanya.

Selain itu, Shahir turut menolak dakwaan dia menyertai kumpulan tabligh dan ditemui dalam keadaan berjambang dan tidak terurus.

“Saya tidak pernah menyertai mana-mana kumpulan tabligh seperti yang didakwa, jika ada yang mungkin ternampak saya dalam keadaan selekeh itu sebenarnya diri saya ketika di luar.

“Saya lebih suka bergaya sederhana ketika berada di luar, mungkin mereka tidak pernah nampak saya berpakaian begitu,” katanya.

Sementara itu, bercerita tentang perkembangan terbaru, Shahir baru sahaja keluar dengan filem terabru berjudul Pendam.

“Sekarang saya dalam proses menyiapkan album kedua dan kini sudah ada tiga buah lagu. Bulan depan kami akan buat klip video untuk lagu Pendam,” katanya yang dalam proses menguruskan badan untuk klip video tersebut.

Chef Riz, Ana Dahlia akan Bertunang 5 Oktober Depan

PETALING JAYA: Anak lelaki Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan iaitu Mohd Nadzri, 30, mengesahkan keluarganya akan menghantar rombongan meminang pelakon Ana Dahlia, 28, di Taiping, Perak pada 5 Oktober depan.

Nadzri atau nama komersialnya Chef Riz berkata, dia telah menyampaikan hasratnya itu kepada Chef Wan pada bulan lalu dan permintaan itu telah direstui keluarga.

“Alhamdulillah, selepas lapan bulan bercinta, saya dan Ana telah membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan.

“Saya percaya kalau sama-sama saling menyukai ditambah pula kami mendapat restu keluarga kedua-dua belah pihak, tidak perlulah kami melengah-lengahkan masa untuk terus bercinta.

Biarlah perhubungan ini lebih bermakna dengan melangkah ke fasa baru pula,” katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Khamis.

Tambah Nadzri, dia juga bersyukur kerana status Ana sebagai janda yang menjadi bualan masyarakat bukanlah satu penghalang untuk ayah serta ibunya menerima pelakon itu sebagai menantu mereka.

Malah Chef Wan sangat menyukai kejujuran Ana memberitahu statusnya yang pernah berkahwin sebelum ini.

“Apabila isu status perkahwinan Ana kecoh diberitakan, keluarga saya agak kurang selesa bukan kerana tidak menerima Ana tetapi dia tidak suka dengan kekecohan yang berlaku.

“Tetapi Ana mengambil langkah bercakap dan menjelaskan sendiri kepada ayah tanpa membabitkan saya langsung. Kejujuran itu membuatkan ayah menerima Ana,” ujarnya.

Selain itu, antara sebab Nadzri yakin Ana adalah pilihan terbaik untuk dijadikan isteri kerana mereka mempunyai persefahaman selain berkongsi minat sama seperti memasak dan bersenam.

Chef Wan kelihatan segak menghadiri majlis resepsi persandingan Norman Hakim dan Memey Suhaiza di Hotel Crowne Plaza, Kuala Lumpur, Rabu.

‘Tidak kisah dia janda’ – Chef Wan

Sementara itu, Chef Wan ketika dihubungi berkata, beliau menerima bakal menantunya itu walaupun mengetahui status Ana yang pernah berkahwin sebelum ini.

Chef Wan berkata, beliau tidak menilai seseorang itu berdasarkan kepada status perkahwinan tetapi menerima individu tersebut kerana hati budi.

Kata belau pihak luar tiada hak untuk menentukan apa yang terbaik untuk anaknya.

“Sejujurnya saya tidak menilai Ana kerana status janda kerana ia tidak mewakili keseluruhan peribadinya dan dia juga berhak untuk diberi peluang kedua merasai kebahagiaan.

“Pihak luar juga tidak berhak untuk menilai pilihan anak saya kerana saya yakin itu adalah jodoh terbaik untuknya,” ujar Chef Wan.

Beliau turut berharap anaknya itu akan membahagiakan Ana selepas berumah tangga dan sentiasa bersabar dalam menghadapi alam suami isteri kelak.

“Saya yakin itu adalah pilihan tepat untuk mereka berdua dan sebagai bapa saya mendoakan yang terbaik buat mereka dan berharap anak saya akan menjaga, menghargai serta menyayangi Ana dengan baik dan begitu sebaliknya.

Ditanya mengenai majlis perkahwinan mereka Chef Wan berkata beliau ingin melangsungkan majlis sebelum sambutan Krismas tahun ini kerana mulai Januari depan, beliau akan berangkat ke Amerika Syarikat selama sebulan.

“Memandangkan Nadzri tidak sabar lagi untuk berkahwin saya berharap mereka dapat disatukan sebelum saya berangkat ke Amerika Syarikat.

“Namun majlis yang akan diadakan tidaklah segah seperti mana Serina kerana kami di pihak lelaki,” katanya.

Chef Wan berkata, majlis pernikahan pasangan tersebut berkemungkinan besar akan diadakan di kampung halamannya iaitu di Sungai Koyan, Raub, Pahang untuk mencari kelainan selain merasai suasana perkahwinan ala kampung.